~ kad raya nie tanda penghargaan...istimewa buat kawan2 yg dikasihi terutamanya kepada pelawat2 blog aku nie. ~
All Praises to Allah...

Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku sempat lagi berceloteh di ruangan ini segala suka dan duka aku luahkan di sini...
♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥ dan selebihnyer akan ku luahkan dalam diari aku...Syukur kehadrat Illahi kerana memberi kesempatan, kesihatan (even keadaan aku kurang sihat sekarang nie...cuba kuatkan semangat nie..), mengurniakan rezeki yang halal dan keluarga dan sahabat handai yang aku sayangi dan kasihi....owh sedikit emo entry aku pada kali ini...

Pejam celik...celik pejam kite telah pun menghampiri ke penghujung Ramadhan....Tahniah dan syabas kepada mereka yang tidak jemu2 memburu malam Lailatul Qadar. Tahniah juga kepada mereka yang telah pun khatam al-quran sepanjang bulan ramadhan nie...tak sampai seminggu lagi semua ummat islam akan menyambut kedatangan Syawal....anak2 kecil tentu tidak sabar menanti kehadiran Syawal nie...(macam aku sewaktu kecil dulu)...
Bagaimana persiapan raya tahun nie...baju raya dah siapkah? kuih raya dah buatkah? kasut raya dah belikah? beg raya? yang penting duit raya tue...hehehe....

Tahun nie bajet raya aku lebih sedikit untuk family dan ank2 buah...diorg xsabar menanti tue...Bila hampir nak raya..
Suasana di kampung tentu sekali meriah dengan suasana yang bermandikan cahaya pelita di sekeliling rumah, riuh-rendah terdengar kanak-kanak bermain bunga api dan mercun...halaman rumah aku yang menjadi sasaran mereka...Sekarang masing2 sudah dewasa. Suasana tidak semeriah seperti dahulu..masing2 berhijrah ke kota raya...Seronok kan bila mengimbau kenangan mase kecil2 dulu...dapat duit raya...lepas solat raya...sibuk jer pergi jalan beraya dari umah ke umah beraya dan mintak duit raya..hehehe...boleh laa beratus ringgit time tue...hehehe...

Erm...(teringat pada seseorang dan amat merinduinye)...bile jer menjelang hari raya...hati ini cukup tersentuh nak2 bile terdengar takbir raya....teringat pada mereka yang telah tiada.... Tahun nie genaplah 21 tahun ayahku telah pergi menyambut seruan Illahi. Pada 1 Syawal 1410 Hijriah. orang lain sedang seronok berhari raya...tapi malang bagi keluarga aku...menyambut syawal dengan suasana kehibaan dan kesedihan yang menyelubunyi pada saat itu...Walaupun pada masa itu aku masih kecil dan tiada mengenal erti kesedihan dan juga keseronokan.Kami tidak sempat beraya bersama-sama.Tuhan lebih menyayangi beliau...Semoga roh beliau dicucuri rahmat..aminn...Setiap kali selepas sembahyang raya aku dan keluarga akan menziarahi pusara ayah...Air mata tiada tertahan saat mengalunkan bacaan yasin....Ye...aku tahu usah di tangisi pada mereka yang telah pergi.Tapi itulah..aku adalah insan biase yang punyai hati dan perasaan dan juga naluri yang tersendiri..Hanya doa sahaja yang dapat menghubungkan aku dengan mereka semua.Semoga Allah mencucuri rahmat arwah datuk dan nenek (sebelah mak dan juga ayah) dan juga arwah ayah....(maaf aku sedikit emo nie... sedih...)..Jadi kepada sahabat handai yang masih mereka di sisi anda semua...sayangilah dan jagalah mereka semua selagi jasad mereka masih ada...Semasa kita sedang bergembira..janganlah lupa pada mereka yang telah tiada, kunjungilah pusaranya.Bagi mereka yang serba kekurangan, bantulah mengikut kemampuan kita...

Di kesempitan dan kesempatan ini, aku ingin menyusun 10 jari kaki dan tangan memohon maaf kepada pembaca blog sama ada secara sengaja atau xsengaja mengunjung blog aku nie sepanjang aku berblogger... Selamat Hari Raya Aidilfitri...Semoga hari lebaran ini dapat memberi sinar kebahagiaan buat semua.Doaku agar anda semua berbahagia di hari raya dan hari seterusnya...insyaallah...

p/s:hati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang.pandu cermat jiwa selamat..jemputlah beraya di rumahku...