Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
Pasangan yang bercinta kerana Allah, mereka mencari syurga. Mereka mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar bergegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Tiada insan yang sengaja mencari sengasara. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendambakan seteguk minuman, mata yang mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”

 [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

Selamat Ulangtahun perkahwinan aku yg pertama buat suamiku... Abd Rahim. 
Terima kasih di atas segala pengorbanan yang dilakukan. Owes menyayangimu dan merinduimu. 
(◠‿◠)~...“♥♥”...~(◠‿◠) بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير (◠‿◠)~...“♥♥”...~(◠‿◠)