♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...


Alhamdulillah syukur pada yang Berkuasa krn dgn izin dan kuasaNYA kite dapat bersua kembali di halaman blog ini...Jutaan terima kasih kepada pembaca setia blog nie yang sudi membaca dan mengomen blog yg xseberapa ini.Selamat melangkah ke tahun 2010!

Sungguh begitu pantas masa berlalu..meninggalkan segala kenangan aku tahun lepas 2009...(waaa..rase macam daa lm ni..padahal baru je semalam..huhuhu..)Bila masuk jer tahun baru...masing2 pasang niat @ azam yg baru...Azam yg lama daa tercapai ker?Alhamdulillah klo daa tercapai...klo yg belum tercapai tue sama2 laa kite meningkatkan keazaman untuk memperbaiki azam yg belum tercapai lagi...Semoga tercapai pada tahun ini...Insyaallah aminnn....

Hari ini 01/01/2010...(cantik gak no nie...)aku tak pergi mana2 pun just duk umh sambil merehatkn badan dan mata..hari ini turn aku kemas umah...mula2 aku bersih dalam bilik aku...pastu sapu kt luar smp ke dapur... ahkir sekali buang sampah...mak aii byk nyer sampah..huhuhu...org yg sebelum2 nie xbuang daa...(aku ngn housemate aku sikin g buang sampah) bilik air miggu nie turn org lain...turn aku daa lepas mggu lps...yeay...Lepas semuanya dah bereh aku duk ngadap laptop jer..xpun laptop yg tengok aku...hehehe...

Hari ini juga hari terakhir bercuti untuk hari jumaat setelah 4 minggu berturut-turut cuti ari jumaat...kerja 4 hari...cuti 3 hari..(suke..suke...suke..hehehe)mase miggu pertama cuti Keputeraan Sultan Selangor, minggu kedua cuti Awal Muharram,minggu ketiga cuti Krismas dan minggu keempat cuti Tahun Baru..Sungguh cantik aturanNYA...semuanya jatuh pada hari jumaat iaitu penghulu segala hari...

hehehe...semalam baru aku perasan kt blog achive aku no yg plg baik...emm...ade petanda baik ke untuk tahun 2010...harap2 mcm tue laa..insyaallah...cuba awk tgk dekat blog achive (tgk jgn xtgk...)pada tahun 2008 bilangan post 23 (hari lahir mak aku)tahun 2009 bilangan post aku 46 (no dlm ic aku daa..no yg duk tgh2 tue..861005-46-5312)waaa..sungguh menarik nie...hikhikhik...

Ok..aku stop dlu untuk post hari yg pertama dalam tahun 2010...
Selamat menjalani tahun 2010 smg azam anda akan tercapai untuk tahun ini...
Insyaalah..Aminnn...

Mutiara hati untuk hari ini:
Kenikmatan dunia adalah fatamorgana.
Penderitaan atau musibah adalah penghapus dosa.
Kemarahan adalah api yang menghanguskan.
Waktu kosong adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan.


MAKAN TAPI KEKAL LANGSING

Bagaimana dengan makan boleh terus kekal langsing ? Ikuti tip-tip di bawah:-

Makan dengan kerap.

Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah kalori, rendah lemak.
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.
Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1291, 15-21 Ogos 2008, m/s:44, oleh : Khairun Nisa Ishak

Related Posts with Thumbnails
cun





My Followers

♥ Tentang Diriku ♥

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D
allah

Life Time

allah

* STRENGTH *

I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

hambaNYA

Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

(◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)