Pasangan yang bercinta kerana Allah, mereka mencari syurga. Mereka mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar bergegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Tiada insan yang sengaja mencari sengasara. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendambakan seteguk minuman, mata yang mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
“(Mereka diberi penghormatan serta
diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada
hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula
tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan
ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang
taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada
mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”
[al-Dzukhruf 43: 68-70]
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati…
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.
Selamat Ulangtahun perkahwinan aku yg pertama buat suamiku... Abd Rahim.
Terima kasih di atas segala pengorbanan yang dilakukan. Owes menyayangimu dan merinduimu.
(◠‿◠)~...“♥♥”...~(✿◠‿◠) بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير (✿◠‿◠)~...“♥♥”...~(◠‿◠)