♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...

Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Persahabatan

Sumber : myMetro bullet Bimbingan bullet Tazkirah Remaja

Bersama : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Tajuk :
Persahabatan
Gambar sekadar hiasan
PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."
Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:
"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
  • Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.
  • Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
  • Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.
  • Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
  • Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
  • Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.
  • Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.
    Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya
    .

    Sumber : myMetro bullet Bimbingan bullet Tazkirah Remaja
    Bersama : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
    Tajuk : Tawakal selepas buat pelaksanaan rapi

    KITA merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan 100 peratus melalui doa tanpa melakukan sebarang tindakan atau usaha.
    Kita disuruh berikhtiar tetapi yang menentukan adalah Allah. Selepas merancang, segala ketentuan itu mesti diterima dengan hati terbuka.
    Itulah yang dinamakan tawakal. Sebenarnya tawakal terletak selepas seseorang melakukan perancangan serta berusaha kemudian disusuli dengan bertawakal.

    Umat Islam dulu cemerlang kerana kehebatan mereka merancang dan berfikiran ke hadapan. Rasulullah sendiri amat mementingkan perancangan rapi sebelum melakukan segala pekerjaan. Misalnya, sebaik tiba di Madinah, baginda segera meletakkan dasar bagi membentuk pemerintahan Islam pertama di dunia.
    Ketika itu baginda mula membina masjid sebagai sebagai tempat beribadat, bermesyuarat, tempat pertemuan seluruh umat Islam selain menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.
    Selepas itu, baginda mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi dengan meletakkan dasar perundangan Kota Madinah supaya setiap orang mengetahui kedudukan dan hak mereka dalam masyarakat.
    Sama juga yang dilakukan Rasulullah pada malam hijrah, malam Aqabah dan peristiwa di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua itu membuktikan Islam amat mementingkan perancangan yang rapi.

    Al-Quran sejak berabad lagi menggalakkan umat manusia bekerja menurut perancangan. Contohnya, al-Quran menceritakan utusan Raja Mesir datang kepada Nabi Yusuf di penjara meminta baginda mentakwilkan mimpi. Dia berkata; "Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkan kepada kami (mimpi) tujuh lembu betina yang gemuk dimakan oleh tujuh lembu betina yang kurus; dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya." (Surah Yusuf, ayat 46).
    Apabila berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf tidak hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda turut memberi petunjuk supaya membuat perancangan bagi mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa Mesir.
    Baginda mencadangkan beberapa langkah positif yang perlu diambil bagi menghadapi kesukaran itu.
    Al-Sayyid Qutb dalam kitabnya 'Tafsir Fi Zilal al-Quran mengatakan, Raja (Mesir) meminta huraian erti mimpinya tetapi pegawai kerajaan dan ahli nujum tidak sanggup menghuraikan erti mimpi itu kerana menganggap ia petanda buruk bakal berlaku.
    Sebaliknya, bagi menunaikan kehendak raja berkenaan, mereka memperlihatkan apa saja yang dapat menyenangkan raja dan menyembunyikan perkara yang menyedihkan.
    Mereka menghindari dari berbincang mengenai mimpi itu dengan mengatakan mimpi itu kosong dan tidak mempunyai erti.
    Sikap Nabi Yusuf berlainan kerana baginda tetap mentakwilkan mimpi raja itu kemudian menasihatinya dengan cadangan serta langkah sesuai bagi mengatasi petanda buruk yang diramalkan itu.
    Antara langkah-langkah yang dicadangkan Nabi Yusuf iaitu menggiatkan lagi pekerjaan yang sedang dilakukan serta menetapkan jangka waktu diperlukan.
    Kedua, perlu bersungguh-sungguh melakukan kegiatan pertanian dalam jangka masa tertentu.
    Ketiga, berusaha meningkatkan pengeluaran selain bekerja keras terus menerus.
    Berdasarkan cadangan itu, betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil bumi dan kepentingan menyimpan.
    Cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak berlebih-lebihan kerana Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk perkara yang tidak bermanfaat.
    Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi Yusuf, terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran.
    Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti dikatakan Nabi Yusuf, "Kecuali sedikit untuk kamu makan." (Surah Yusuf, ayat 47).
    Baginda memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama ketika menghadapi kesulitan.
    Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf itu adalah berdasarkan petunjuk Allah kepadanya, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan dapat mengatasi malapetaka besar.
    Demikian ilmu perancangan yang tercatat di dalam al-Quran untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya.
    Oleh itu, Islam bukan agama yang mengajar orang berfikir secara membuta tuli atau bertawakal tanpa alasan (bukan bertawakal dalam erti kata sebenar).
    Islam adalah agama yang mengajar manusia memerhati dan mempelajari dengan teliti terutama perkara berkaitan soal pengeluaran, penggunaan dan keperluan material lain dalam kehidupan.
    Sesuatu pekerjaan atau projek, sama ada besar atau kecil tidak berjaya dilaksanakan dan tidak terjamin pencapaiannya sekiranya dilakukan tanpa perancangan rapi.
    Semua undang-undang Islam sama ada yang bersifat ibadat atau muamalat, mempunyai dasar dan kaedah bagi dipraktikkan dalam kehidupan kita.

    Jika ada suara yang mengatakan Islam tidak mementingkan perancangan sama sekali berlawanan dengan anjuran al-Quran dan tindakan yang dilakukan Rasulullah.

    DIBURU ATAU PEMBURU CINTA?

    Andainya kamu mahukan perhubungan berkekalan ingatlah jangan terlalu suka'menyerah' .

    Biarlah sesekali dia menjadi cemburu cintamu.

    Jarang yang kita temui kasih sayang sejati yang seimbang. Adakalanya si gadis yang tergila-gilakan si lelaki begitu juga sebaliknya. Hakikatnya cinta salah seorang itu lebih mendalam. Kita sering dibisikkan bahawa cinta adalah kombinasi dua hati dan kasih sayang yang sama-sama berkongsi segalanya. Tapi cuba lihat sekelilingmu atau dirimu sendiri. Apakah kamu bertemu dengan pasangan yang sedemikian? Kebanyakan perhubungan lebih tertumpu kepada sebelah pihak sahaja terutamanya di awal pertemuan. Alangkah bagusnya jika si dia yang lebih mencintai kamu dari kamu mencintainya.

    Terlalu banyak memberi

    Andainya kamu yang lebih mencintainya tentu kamu sanggup melakukan apa sahaja. Lihat sahaja cinta wanita yang diagung-agungkan dalam filem. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan lelaki yang dicintai. Ada yang sanggup meninggalkan harta, pangkat serta darjat keluarga demi seorang lelaki. Begitu besarnya kuasa cinta!

    Menurut pakar psikologi, wanita, bila bercinta bukan sahaja memberikan hatinya tetapi perasaan dan jiwa raga. Seluruh jiwa dan raga serta tumpuannya hanya untuk orang yang dicintainya. Biar apa sahaja tohmahan atau sikap buruk si lelaki, baginya semua itu hanyalah omongan kosong orang-orang yang dengki. Baginya si dia langsung tiada cacat cela. Hanya satu sahaja dalam hidupnya iaitu untuk memenangi hati orang yang disukai. Kiranya hanya dia yang bersungguh sebenarnya dia akan kehilangan banyak perkara. Hidup jadi tak keruan. Pasti tiada teman sejati, hobi atau minat tertentu kerana seluruh hidupnya tertumpu kepada si dia.

    Si lelaki pula lain halnya. Biasanya mereka lebih pandai mengagih-agihkan ruang hidup membuatkan ia tidak meninggalkan sebarang kesan buat mereka. Lagipun ia sesuatu yang bagus bagi mereka kerana mereka tidaklah "take for granted".

    Cinta yang seimbang

    Kiranya si lelaki lebih mencintai pasangannya dan si gadis pula kurang memberi perhatian, pasti hubungan cinta mereka lebih meriah. Kes Mandy misalnya hingga kini masih lagi tercari-cari cinta sejati. "Sebenarnya bukan saya tak sedar, agaknya saya sering jatuh cinta pada orang yang salah. Mulanya dengan Mie. Setiap hari sanggup bertunggu tangga di rumah Mie. Hinggakan tiap saat saya memikirkan apakah yang dilakukan olehnya dan adakalanya saya tak boleh tidur. Fikiran terganggu dan terbawa-bawa ke pejabat. Setiap pagi saya menjemputnya dan menelefonnya setiap satu jam. Hati ini sentiasa bimbang kalau tak mendengar suaranya. Apakah dia keluar dengan orang lain? Gerak hati saya memang benar bila suatu malam saya tunggu depan rumahnya hingga jam tiga pagi. Memang benar dalam masa yang sama dia mempunyai seorang lagi teman wanita. Dalam kegelapan malam mengintipnya itu secara tak langsung saya tersedar dan berkata pada diri, mengapa saya harus jadi begini? Apa istimewanya hinggakan saya bagaikan orang gila. Sanggup menunggu dalam gelap semata-mata kononnya kerana cinta. Lepas tu terus saya memandu balik rumah. Sejak hari itu saya berjanji pada diri bahawa saya tak kan berterusan begini. Tak ada apa yang kurangnya kalau dia berlalu dari hidup saya. Selama inipun banyak duit saya habis kerananya. Tak berbaloi menunggu cintanya lagi.

    Bila saya kenal dengan Zul saya tak ingin mengulangi semua perkara yang pernah saya lakukan dengan bekas teman lelaki saya. Awal lagi dah saya katakan, biarlah perhubungan kami sekadar teman biasa sahaja. Memang saya serik dan dah malas nak menaruh harapan. Biarlah apa yang jadi, jadi lah. Bila dia ajak saya bercuti, awal-awal lagi saya kata mesti tempah bilik yang berlainan. Saya tahu kalau begitu cepat bersamanya nanti saya akan kehilangan harga diri."

    Kini tibalah giliran Zul pula yang memainkan peranannya untuk memenangi hati Mandy. Selepas itu barulah mereka menjadi pasangan namun Mandy tetap dengan pegangannya, tidak mahu menunjukkan dia jatuh hati pada Zul terlalu awal. Bagi menambat hati Mandy, pelbagai perkara Zul lakukan.

    "Saya ni bukanlah kejam sangat tetapi saya mahu meneruskan hidup sendiri dan adakalanya keluar bersama teman-teman. Biarlah saya mempunyai agenda hidup sendiri. Kini saya tak mahu lagi hidup dibelenggu dan saya bahagia dengan cara ini. Apa yang saya lakukan hanya untuk diri sendiri dan tak perlu lagi memikirkan perasaan orang lain."

    Nampaknya Zul pun selesa dengan situasi begini. Ia membuatkan dia sentiasa mempunyai cabaran.

    Jangan terlalu mudah

    Menurut pakar psikologi, sesebuah perhubungan akan lebih berjalan lancar kiranya lelaki yang memulakan dahulu perhubungan tersebut. Ini adalah fenomena natural. Biarpun ia lebih konservertif tetapi berkesan.

    Kebanyakan wanita sering membuat kehidupan lelaki selesa. Ini menjadikan dia langsung tak payah berjuang bagi mendapatkan kamu. Bila kamu jatuh cinta, kamu sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Bukan sahaja kamu ingin membuatkannya bahagia tapi ada juga segelintir yang keterlaluan dan mengharapkan si dia bergantung sepenuhnya kepadamu. Semua ini akan menyebabkan kita sibuk tak menentu dalam cubaan untuk memenangi hatinya. Bagaimana ye……..kiranya kamu benar-benar mencintai si dia dan mahukan perhubungan tersebut berjalan lancar? Jawapannya mudah sahaja kamu harus menyimpan sesuatu untuk kamu kerana kiranya teriadi sesuatu yang tak diingini kamu boleh bangkit semula. Jangan biarkan duniamu hanya diselubungi olehnya. Cuba bernafas sendiri.

    Kamu harus punya keyakinan diri dan boleh hidup tanpanya. Biarlah kamu dengan minat dan aktiviti tersendiri dan tidak terlalu bergantung harap kepadanya. Jangan sesekali jadikan dia keutamaan dalam hidupmu. Tak perlulah kamu lakukan perkara yang tidak kamu sukai semata-mata inginkan dia dekat denganmu. Sebenarnya lelaki jarang bersikap demikian melainkan jika dia mempunyai alasan tertentu.

    Biar dia meneka dalam kesamaran

    Apakah kamu terlalu berkira? Tidak sebenarnya kamu adalah seorang yang realistik. Lelaki akan menunjukkan sikap terbaik ketika cuba menggodamu. Silapnya wanita juga kerana mereka ingatkan sikap itu akan berterusan. Ketika cuba menggoda dia benar-benar mahu kelihatan terbaik. Dia akan cuba sedaya upaya kerana dia mahukan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan ialah pastikan sikap itu tidak berakhir ketika cubaan memikat sahaja.

    Agar kasih sayang berpanjangan, kamu harus mengenepikan dahulu semua impian romatik yang dipendam. Diana seorang yang berjaya tetapi selalu kecewa dalam bercinta. Ketika dia bercinta dengan Hisyam selama empat tahun perhubungan mereka Diana tidak pernah jemu dan sentiasa berharap Hisyam juga akan menyayanginya sebagainya sayangnya pada Hisyam.

    Tak pernah sekalipun dia lokek dan sering membelikan hadiah-hadiah mahal untuk Hisyam, menghantar kad dan telegram, sanggup membantu menaipLan kertas kerja dan assignment dan menjadi pemandu untuk buah hatinya. Tapi sayang satu pun tak dihargai. Jenuh kawan-kawan menasihatinya, buat apa tunggu lagi dengan Hisyam sedangkan pengorbanannya sedikitpun tak dihargai. Cuma Diana sahaja yang terhegeh-hegeh menunggu. Saat paling memalukan Diana ialah ketika Hisyam dengan tenangkan membuat pengumuman pada teman-teman bahawa dia akan berkahwin tapi bukan dengan Diana sebaliknya dengan buah hatinya yang lain. Tergamam Diana seketika. Tak dapat langsung dia menerima hakikat itu.

    Peristiwa tersebut benar-benar menyedihkannya. Malu dia mahu berjumpa dengan semua orang dan lebih baik dia berkurung sahaja di rumah. Jenuh juga teman-teman memujuk dan mengajaknya keluar tapi semuanya tak berhasil. Akhirnya setelah lebih dari tiga bulan memerap barulah dia berjaya menerima hakikat itu.

    "Bila mengenangkan kembali perhubungan kami, rasanya memanglah saya rasa kehilangan kerana selama ini dia yang membuat semua keputusan. Bila dia berlalu dari hidup saya, gila sekejap. Saya tahu hidup ini harus diteruskan. Kini saya sedar kalau mahu mencari pasangan pun biarlah dia seorang yang bertanggungiawab dan boleh dipercayai serta paling penting dia menyayangi saya sepenuhnya. Sekarang ni bila ada yang ingin berkenalan dengan saya, pasti saya tidak terburu-buru dan biarkan dia yang melakukan cubaan memikat.

    Buat apa kita yang bersusah payah berusaha untuk memenangi hatinya? Buang masa sahaja kalau dia dah tak suka apa yang dilakukan tak akan berjaya juga. Lebih baik cari seseorang yang menyayangi kita. Lagipun lelaki kan tercipta untuk wanita jadi biarlah mereka yang lakukan tugas pikat memikat dan dirimu pula dipikat. Itu lah cabaran bagi mereka!.

    Related Posts with Thumbnails
    cun





    My Followers

    ♥ Tentang Diriku ♥

    My photo
    Jertih, Terengganu, Malaysia
    I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D
    allah

    Life Time

    allah

    * STRENGTH *

    I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

    hambaNYA

    Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

    (◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)