"Aku TAK SELALU MENDAPATKAN apa yang KUSUKAI,Oleh karena itu AKU SELALU MENYUKAI apapun yang aku DAPATKAN."
...Kata-Kata Diatas merupakan wujud SYUKUR. Syukur merupakan kualitas hati yang terpenting.
Dengan BERSYUKUR kita akan senantiasa diliputi rasa damai, tenteram dan BAHAGIA...
Sebaliknya, perasaan TAK BERSYUKUR akan senantiasa membebani kita. Kita akan selalu merasa kurang dan TAK BAHAGIA.Bersyukurlah bahawa kamu belum siap memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan ....
Seandainya sudah, apalagi yang harus diINGINkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu...Kerana itu memberimu kesempatan untuk BELAJAR ... Bersyukurlah untuk masa-masa sulit ...Di masa itulah kamu TUMBUH ...
Bersyukurlah untuk keterbatasanmu ...Kerana itu memberimu kesempatan untuk BERKEMBANG ...
Bersyukurlah untuk setiap tentangan baru ...Kerana itu akan membangun KEKUATAN dan KARAKTERmu ...
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat ...Itu akan mengajarkan PELAJARAN yang berharga ...
Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih ...Kerana itu kamu telah membuat suatu PERBEDAAN ...
Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik...Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa surut...Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif...
Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu…Dan semua itu akan menjadi BERKAH bagimu ...
p/s:Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua...Semoga senantiasa mendapat keredhaan & keberkatan dari DIA. Semoga ia menjanjikan kebahagian & kebaikkan buat kita semua...
syukran Lutfi S Fauzan n Ogy Febri Adlha di atas perkongsian anda...Semoga bermanfaat untu semua... Insyaallah...

Salam Ramadhan...Selamat berpuasa, berterawih, bertadarus, bersahur, berbuka puasa kepada ummat islam di planet bumi nie...terutama kepada bonda dan keluarga tercinta di kampung serta pengunjung ♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥ aku nie sama ada lansung, sengaja atau tidak. ku pohon ampun dan maaf andai tersalah kata dan bahasa serta tatacara.Ayuh kita sama-sama perkasakan iman.semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.Insyaallah...
Surah: Al-Baqarah-ayat:183
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramdhan bulan yang penuh berkat.Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa pada bulan ini.Sepanjang Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta syaitan-syaitan akan dibelenggu atau dirantai."
- May your patience and strength take you closer to Allah.May peace be with you on Ramadhan and always! -
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui manusia di muka bumi ini terdapat banyak cabaran, dugaan, halangan, suka duka, pahit manis dan berbagai macam ragam lagi wujud kerana itu sudah menjadi lumrah kita sebagai hamba-NYA yang sentiasa diuji untuk menilai sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Sang Pecipta seluruh alam ini. Ujian Sang Pencipta adalah berbagai bentuk antaranya sakit demam (seperti aku sekarang nie), bencana alam, gempa bumi, dalam perhubungan sesama makhluk dan sebagainya.
Apabila didatangi ujian yang menimpa diri setiap daripada kita, maka ada yang mengeluh kesah, kecewa malah ada juga yang sanggup menyalahkan Sang Pencipta dengan apa yang menimpa ke atas dirinya. Tahukah kita setiap ujian yang datang itu adalah anugerah yang dikurniakan oleh Sang Pencipta kepada kita? Itu tandanya DIA mengasihi dan menyayangi kita. Bukankah semakin banyak cabaran dan dugaan serta ujian yang dihadapi semakin dekat kita kepada Sang Pencipta?
Sekiranya tidak didatangi pelbagai ujian dalam kehidupan kita, mungkin kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Bukankah Sang Pencipta menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat kepada-NYA? Kalau kita mengetahui hakikat ini, pasti kita akan sentiasa melakukan dan menurut apa yang diperintahkan oleh-NYA. Tetapi masih ramai manusia yang lupa dengan tuntutan dan kehendak ini. Mereka lupa tujuan apa sebenarnya mereka dilahirkan di dunia ini, apa matlamat dan halatuju mereka serta apakah kesudahan kehidupan mereka di akhirat kelak.*berfikir sejenak...kerana diri ini masih kejahilan. Justeru itu, setiap yang berlaku terhadap diri kita hadapilah dengan penuh rasa syukur kerana itu adalah satu ANUGERAH DARIPADA SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG.Sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian dari Sang Pencipta telah berikan kepada aku... walaupun diri ini punya masalah tersendiri, malah ada yang cuba mendekati aku dan menceritakan tentang masalah mereka. Aku suka sangat. Aku suka mendengar masalah meraka dan sedikit sebanyak aku dapat mengutip pengalaman mereka jadikan pedoman buat diri aku nie. Sebab time tue aku dapat memberikan nasihat dan memotivasikan diri aku sendiri. Aku bukannya arif sangat memberi nasihat kepada orang. Sesungguhnya yang baik itu jadikan teladan dan yang buruk itu jadikan sempadan...
p/s:memandangkan usia diriku ini makin hari makin meningkat...makin hari makin singkat. Maka aku perlukan sesuatu untuk melengkapi diri ini dalam kehidupan aku. Semoga aku terus kuat dan bersemangat. Semoga senantiasa mendapat keredhaan dan keberkatan yang hakiki. Mohon doa dari sahabat semua. Terima kasih.



Alhamdulillah syukur sujud padamu ya rabb, kerana aku masih diberi kesihatan, kecerdasan, kecergasan, rezeki yang halal, dan masih diberi kesempatan untuk aku terus menaip nie.sudah lama aku memasang niat untuk postkan entry pasal tazkirah yang diadakan di opis aku nie.tapi...tak terpasang niat tue..huhuhu...Sejak dua tiga menjak nie....opis aku secara istiqamahnya mengadakan majlis kerohanian setiap pagi hari selasa. Tahniah diucapkan pada company aku (eNCoral Digital Solutions Sdn.Bhd). kalau tiada aral melintang, lepas tazkirah ade progress meeting.
kali nie aku nak kongsi serba sedikit tentang tazkirah yang sempat aku catat, yang aku faham. Aku pun bukannya arif sangat bab2 agama nie...masih banyak lagi kekurangannyer.ape yang aku faham dan tahu akan aku cuba, try, test uraikannya..mungkin ada diluar sana yang sudah tahu.tak salah kalau kita kongsi bersama, berpesan-pesan dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain.ye dok?
Tazkirah nie disampaikan oleh en.Taib (software manager).Tajuk tazkirah pada pagi nie adalah NAFSU/JIWA MANUSIA. last week JIWA MANUSIA.(ade 2- roh dan hawa nafsu)
nafsu/jiwa manusia dibahagikan kepada 2 bahagian :
* Taqwa (tazkiyah-membersihkan hati)
* Jahat (fujur-mengotori jiwa)
Ciri2 orang yang bersifat taqwa:
1) sentiasa bersyukur - berterima kasih dengan apa yang diberikan oleh kita. tak kira baik ataupun buruk.
2) bersabar - sentiasa bersabar dengan ujian yang diberikan.
3) sopan-santun (raof) - atau hormat-menghormati antara satu sama lain. tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, kaya atau miskin.
4) penyayang (rahim) - sayang pada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, saudara mara, senang citer semua makhluk di bumi nie.
5) arif - bijak pandai.
6) banyak bertaubat - sentiasa bertaubat dan juga muhasabah diri, kite sebagai hamba-NYA tidak pernah lari melakukan kekhilafan.Seperti mana rasulullah pernah berkata "aku beristifar lebih dari 70 kali sehari semalam". itu nabi yang bersifat ma'sum.yang tiada dosa...nie kite...(ok2 nie aku yang sentiasa ade dosa setiap hari...astagfirullah halazim...). seeloknya perlu bertaubat setiap hari.
7) lemah lembut - senantiasa berlemah-lembut dalam setiap perbuatan.
8) jujur - bersikap jujur dari setiap segi, tak kira lah berniaga ker, dalam persahabatan ker, bekerja ker.
9) amanah - perlu amanah dalam perkara yang telah di berikan...contoh laa sesuatu pekerjaan.
jangan sesekali pecah amanah yer....atau jangan mengkianati kepercayaan seseorang pada kita.
Rumusan:Apabila berlakunya penyucian jiwa, maka terbentuklah 9 sifat ini dan lahirlah insan yang berjaya "orang yang cerdik itu adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsu dia."
Ciri2 orang yang bersifat jahat (fujur):
1) tergesa-gesa - selalu tergesa-gesa dalam setiap hal. tiada perancangan awal.
2) keluh kesah - selalu mengeluh dalam tindak. Allah tidak menyukai hamba-NYA yang suka mengeluh.
3) lalai - leka dan alpha dalam kehidupan dunia.
4) melampaui batas - contohnya dari segi pergaulan sesama manusia. tiada batasan.
5) ingkar - mengingkari suruhan dan perintah Allah, suka melakukan perkara yang tidak disukai Allah.
6) membuat alasan - sentiasa mencari alasan untuk membebaskan diri daripada masalah.
7) membantah - suka membantah, tidak suka mendengar nasihat orang lain.
8) menganiayai - suka mengkhianati
9) jahil - tidak tahu tentang sesuatu ilmu, khursusnya ilmu agama.
Rumusan : Apabila berlakunya penyucian jiwa, maka terbentuklah 9 sifat ini yang akan merugikan diri sendiri.
Kerugian adalah mereka yang menikmati kehidupan yang sesaat berbanding menikmati kehidupan yang kekal abadi.
kita selalu mendengar pepatah pujangga ini..."hati manusia ibarat besi yang berkarat..."
peringatan untuk semua...terutamanya diriku ini...bacalah al-quran serta membaca terjemahannya dan selalulah mengingati mati.
wallahhualam...sesungguh yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang daif dan buruk itu datangnya daripada diriku ini yang serba kekurangan.
Ya aku tetap ketawa jika ditanya JODOH itu apa! Itulah sebuah ketegasan yang diajar oleh akal agama. Berlanjut dari perbahasan ini sebuah hadis sebagai pemula cerita, selepas 120 hari dalam perut, 4 perkara ditandai malaikat salah satunya adalah tentang JODOH.
Apa maksud JODOH sebenarnya? Masing-masing punya pengertian. Pertemuan, perpisahan, perkahwinan,dan perceraian, semua itulah contohnya. Ada orang bangga bila bercinta tapi bersedih bila putus cinta, ada orang suka ceria diwaktu perkahwinannya tapi berduka nestapa bila perceraian tiba, gundah gulana bagai hilang punca, mendapat kuasa cemerlang wajahnya sebaik dijatuhkan masam mencuka.
Oh tidak!! kenapa perlu diEMOSIkan sesuatu yang kita bina dan cipta. Tak mahu keringat jangan berlari, tak mahu merasa jangan mencoba, tak mahu lemah guna tongkat ali atau pearl kacip fatimah. Kalau tak mahu dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Semua diatas tidak lebih sekadar sandiwara. Hidup ibarat dipentas opera dan itulah hakikatnya. Kita semua pelakon dan ALLAH penulis skripnya. Bukankah lebih baik kita cool sahaja, tujuan kita dicipta bukan untuk tangis hiba tapi lebih mengutamakan nilai SYUKUR dan SABAR didada yang akhirnya membuah TAKWA. MAKA BERJAYALAH ORANG-ORANG YANG BERTAKWA.
Pesanan oleh penaja terhadap sang penagih CINTA(yang belum kawen daa), asyiknya membuat lupa, mabuknya mempesona, dunia dia yang punya. Berpegangan tangan dirasa tiada salahnya, berkongsi aurat dianggap biasa, bercium sekali sekala tiada salahnya. Woiiii!! Kamu dibumi siapa seolah-olah buta, pekak telinganya, bernanah hatinya. Tidak mengenal dosa dan kecil sekali dianggapnya.
Apakah dosa kecil sekecil semut adanya? Senang dijirus air panas kelubangnya lalu menggelepar matinya. Atau (bagi yang alim kucing)beranggapan sekali diratakan wudhu' berguguran dosa ibarat apa sahaja. Senang perkiraanmu dik!!! Tuhan paling ahli ilmu matematiknya, kalkulatorNya lebih canggih dari yang kita punya, videoNya lebih jelas dari ASTRO dirumah kita, buku catatan amalnya lebih bermutu kertasNYA,dan rangkaian telefonNya dimana-mana.
Rumput belukar, daun tempat berkelah, pasir dipantai, bilik hotel, botol arak, rokok, baju pagoda, seluar jeans ketat, baju nampak pusat, jilbab menyamar(konon baik), dan pil kuda semua termasuk juga saksi akhiratNya yang akan bercerita. Tangan, kaki, mata, usah ditanya memang dalam Quran jelas ada berkata. Rujuk Yaasin! bukan nama penyanyi. Itu sebuah surah selalu dibacakan kalimahnya namun ditinggalkan maknanya. Tanyala makcik pakcik tua-tua yang dulunya muda seperti kita bersenda-senda tentang agama datang waktu tuanya tak tahu “hapa” melainkan kebingungan semata. Belajarlah dari yang lebih dewasa dan diwaktu muda.
Begitulah secuit kata memperingati DOSA untuk yang punya kisah-kisah lama dan para remaja kepada yang terasa, itulah tujuannya, menegur hati banyak jalannya namun ramai yang suka-suka. Hidup enjoy beb!, apa lu peduli hal guwa! Jaga tepi kain sendirila! Ayuh come on beby!! Ini bukan sebarang cerita, tegur bukan nak mengata, tulis bukan sekadar menyusun kata, semuanya bermakna…
Semoga bermanfat dan memberi pengajaran untuk diriku ini dan juga kepada semua.
p/s: - Terima kasih kepada Mohd Hishamuddin Abdul Aziz sahabat sekampung kerana sudi berkongsi petikan ini dengan aku dan juga memberi keizinan untuk aku post dekat *** MY COLOURFUL LIFE *** dan juga ade sedikit penambahan....Kerana diri ini tidak sehebat manapun untuk mengarang dan bermadah..mahupun berpuitis...
- kepada sahabat aku..yang telah putus tunang dan juga putus couple...jangan menangisi dengan perpisahan itu..mungkin Allah nak hadiahkan kepada mu insan yang lebih baik dari si 'dia' serta banyak2lah berdoa...Insyaallah...

Alhamdulilah...Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Seperti yangg kita sedia maklum...esok adalah hari jumaat..(ye...memang betul...) pada 26 februari bersamaan dengan 12 Rabiul Awal tahun 1431 hijrah,umat yang beragama ISLAM akn menyambut hari kelahiran NABI MUHAMMAD SAW.. yang juga dikenali sebagai MAULIDUR RASUL ...di sini saya ingin menyeru semua sahabat2 yg beragama ISLAm bersama-sama menyedekahkan SELAWAT ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W , supaya kita sentiasa mengingatinya(Rasulullah SAW) . Semoga Beliau dikurniakan kedudukan yang tinggi dan terpuji seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT .
1-Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
2-Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
3-Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
GALAKAN DALAM MEMBESARKAN MAULIDURRASUL
1. Merayakan hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya sebagimana difahami daripada firman Allah taala dalam ayat 157 s
urah al-A’raf yang bermaksud: “ Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad )membesarkannya, membantunya dan mengikuti cahaya(al-quran) yang diturunkan bersamanya mereka itulah yang memperolehi kejayaan
2. Firman Allah Taala dalam ayat 32 surah al-Haj yang bermaksud : “Demikianlah (perintah Allah) dan sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketaqwaan hati”.
Dalam menafsirkan ayat itu maka antara erti membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.Apa yang di maksudkan dengan “tanda-tanda Allah” ( Sya’airallah ) pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah nabi Muhammad s.a.w dan menyambut maulidur rasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintahNya.
3. Imam Bukhari telah meriwayatkan didalam Sohihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak telah meriwayatkan bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Suwaibah iaitu hambanya bagi menceritakan khabar gembira tentang kelahiran nabi s.a.w.
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa:
a. Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah s.a.w akan di ganjari pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir pun diringankan azabnya, apatahlagi orang itu merupakan seorang muslim. Ini dapat diambil daripada apa yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasruddin ibni Syamsuddin Ad-Dimasyqi.
b. Dianjurkan kemuliaan dan membesarkan nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran baginda merupakan hari kebesaran islam dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, “ Bahawasanya nabi s.a.w ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, lalu bersabda nabi yang bermaksud : “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”
semoga kita mendapat hidayah dari peristiwa2 Rasul2 kita... INSYAALLAH....

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita. 
KESEDIHAN...Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia, selagi kita bergelar seorang hamba di sisiNYA...kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata, mana mungkin tiada air mata.namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam pada masa yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.Contohnya:
1.Bila kita putus cinta,ditinggal kekasih atau kita dimarahi oleh seseorang, mulalah kita menjadi negatif, terasa kekurangan diri..aku bodoh, aku tak cantik,aku miskin dia kaya...aku itu, aku ini..semua yang menjatuhkan rasa keyakinan diri.Kesedihan yg begini ini cukup membuat kita merendah diri.Kita rasa diri kita ini serba kekurangan...
2.Bila ada negara yg di landa ribut taufan.Contohnya Tsunami yg pernah berlaku di Acheh beberapa tahun dulu..ramai yg terkejut,ramai yang bersimpati dan rasa sedih.Itu kita yang mendengar apatah lagi mangsa ribut itu sendiri,kehilangan keluarga tersayang,harta benda.Dan diwaktu mereka kesedihan inilah ramai yg simpati dan merasai kesedihan mereka.Ramai yang menghulurkan bantuan dari negara luar termasuk Malaysia.
Sama juga seperti kawan2 kita yang sedang kesedihan kerana putus cinta,kena tipu,kehilangan org tersayang..kita cuba bantu mereka meredakan kesedihan atau berkongsi masalah mereka dengan nasihat dan kata2 positif.Inilah contoh bekerjasama sesama manusia dalam kesedihan.
Sejak kebelakangan ini, aku sering mendapat berita yg kurang menyenangkn...ade laa beberapa kwn aku nie yg telah clash/putus dgn pakwe...ade yg couple...pastu clash..pastu couple..pastu clash..last2 kwn.ade sorg kwn aku nie daa 5 tahun couple last2 putus...kite bukan nak bende nie terjadi kan...kite hanya merancang...kwn aku bgtau...die rase diri die tak sesuai untuk bf die...so skg die daa couple ngn org lain...menakutkan jer untuk diri ini bercouple....emm...xyah couple laa diri nie...kawen terus kan..berkawan dlu..klo daa serasi dan senang dgn si dia terus je kawen... pastu bercinta,...waaa..bestnyer...suke..suke..suke...
Sebenarnya, Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang, membaca al-quran dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan Maha Berkuasa.Allah jualah yg mengetahui disebalik sesuatu kejadian.Kita hambaNYA hanya mampu merancang dan selebihnye kita berserah padaNYA serta bertawakkal dan juga banyakkan berdoa.
Kesedihan sama juga dengan kegagalan,ia boleh memberi rahmat atau kecelakaan pada diri kita.Bergantung pada reaksi kita menerimanya samada hendak membawanya ke arah positif atau negatif.Contohnya, bila cinta putus di tengah jalan,ia sebenarnya membawa seseorang itu ke titik permulaan dalam hidup.Dimasa inilah kesedihan mempamirkan diri,dan bertindak sebagai pembimbing kepada jalan kejayaan atau membawa kemusnahan diri.Semua bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya dengan kesedihan.Tenang jiwa kita tenanglah kita membuat keputusan sebab itu jangan membuat keputusan dalam keadaan kita yang tertekan.Pilihan ditangan kita.
Perasaan Sedih sama juga dengan Emosi Cinta,boleh membaiki jiwa kita,memberi dorongan untuk terus menghadapi liku-liku hidup ini dengan tabah dalam dunia yg penuh pancaroba.
Untuk itu,kita mesti tanamkan dalam diri kita, ' KESEDIHAN DI TERIMA SEBAGAI SATU FAEDAH BUKANNYA KECELAKAAN '
Utk kawan2 tersayang,'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah ia..cambahkan ia,agar esok dapat memungut faedah kegembiraan dariNYA dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kita lagi..'
Utk kawan2 disini sebenarnya sy sendiri dalam kesedihan.huhuhu...
Dua minggu lepas 2 org kawan saya yang telah kehilangan orang yg tersayang.itu ibu kepada kwn saya. sorang di Terengganu dan sorang lagi di Kelantan.Semoga roh ibu mereka di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Semoga anda tabah menerima ketentuan dan takdir dariNYA.Tuhan lebih menyayangi ibu anda dari kalian.Telah tiba masanya Tuhan mengambil balik ibu kalian dari kalian setelah diberi pinjam untuk bersama kalian.
Kepada mereka yang masih ada lagi kedua orang tua...sayangilah mereka...Macam saya nie...daa lama kehilangan ayah tersayang.Ayah saya pergi semasa saya berumur 2 tahun.Bayangkan saya tidak mengerti apa2 pada waktu itu.Saya tidak pernah merasai kasih sayang dari insan yg bergelar seorang ayah.Terima kasih kepada ibu tersayang Fatimah Binti Salleh di atas susah payah beliau membesarkn kami adik-beradik.Namun saya cuba pamirkan keceriaan,gelak ketawa di laman ini sebagai pengubat atau penawar kesedihan ini.U all semua hepi dengan jenakaku,diri ini yg berduka turut jd hepi.So,BE HEPIIII...yeayyy...
Hidup mesti diterus kan!
“ CINTA bukan dasar dari kebahagiaan, tetapi tanpa cinta adalah dasar dari kesedihan.
LOVE isn't the base of happiness, but without love is the base of sadness.”

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.
Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.
Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.
Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:
a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
Sila klik di sini untuk meneruskan pembacaan anda
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

















