♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...

Alhamdulillah...Masih diberi ruang dan kesihatan untuk diri ini kembali menaip di ruangan ini.
Aku berharap pembaca diluar sana sihat dan bahagia serta senantiasa diberi hidayah oleh Allah
 Alhamdulillah setelah menamatkan zaman 'single' pada 1/9/2011 dan aku disahkan hamil pada bulan Mac 2012.Alhamdulillah berkat doa semua...Mengimbas kembali saat kelahiran puteriku yg comel pada 26/12/2012 hari Rabu jam 4.15 pagi.

Selasa 25/12/2012,
Selepas solat Subuh, aku tersedar ade lendir dan darah pada kain...itu adalah salah satu tanda untuk bersalin aku segera beritahu pada kakak ku. Die ckp memang tanda2 dah nk bersalin.Aku disuruh untuk bersiap ke hospital. Sebelum pergi hospital kami singgah kat kedai kopitiam. kene mkn kenyang2 utk menambahkan tenaga semasa nak 'push' baby nanti. biasa orang yang ade pengalaman lain sikit orang yang baru mcm aku nie...ermmm... awal sgt kot kitorg sampai kat kdai, masakan panas pun belum masak lagi yg nak order semua belum masak lagi.last aku mkn telur 2 biji n roti bakar jer. Aku ditemani oleh kakak dan suami, Sampai di Hospital Pakar Perdana KB, aku dimasukkan ke dalam labour room. Perasaan ketika itu mula rasa berdebar, kelakar pun ade sebab perut aku tak rasa sakit sangat.Doktor Zanariah check jalan baru 2cm. aku tanya pada doktor agak2 pukul brp bersalin, doktor ckp mungkin lewat malam nanti atau awal pagi esok. Nasib baik doktor perempuan nie ramah orangnya.Aku dah cakap aku nak bersalin secara normal. Kemudian aku dimasukkan ke dalam wad.Alhamdulillah suami senantiasa menemaniku. Nurse dtg melawat dan lakukan ECG (electrocardiogram)nak check denyutah jantung baby dan kesakitan pada rahim, memang ia agar menyakitkan. Alhamdulillah denyutan jantung baby sihat, kakak dan anak2nya serta adikku dtg melawat. Pada ketika itu, mak tak dapat dtg menjenguk aku kat hospital sebab sangkut banjir on the way nak datang KB nie.
Pada malam nya, nurse dtg utk lakukan ECG (electrocardiogram) sekali lagi. Alhamdulillah service kat sini ok..berbaloi laa kalau charge mahal.Pada pukul 11 mlm, aku rasa perut semakin sakit dan tak dapat nak tidur.Aku memberitahu kpd suami agar memanggil nurse,nurse segera datang dan die cucuk dan masukkan ubat utk hilangkan rasa sakit.Alhamdulillah selepas di inject reda sikit rasa sakit tue..

Rabu 26/12/2012,
Pukul 00.15 awal pagi.,asa sakit datang balik.. kali nie betul2 daa tak dapat nak tahan lagi...nurse dah bagitau tadi, kalau lepas inject nie sakit balik kena masuk labour room.Dalam pukul 1 pagi aku dimasukkan ke dalam labour room...nurse check bukaan rahim daa 5 cm... pada masa tue aku mula bertarung nyawa... sakit hanya Allah sahaja yang tahu.. Suami masih di sisiku.. Dia yg banyak memberi dorongan, semangat dan nasihat... supaya ape2 yg terjadi kite harus bergantung pada yang Maha Esa. mulut nie tak putus2 membaca ayat2 yg boleh meredakan kesakitan...start kul 2 pagi aku mula meneran perlahan-lahan. nurse menyuruh aku supaya baring mengiring kiri dan kanan dan cuba meneran perlahan-lahan...Aku mengikut apa sahaja arahan yang nurse suruh.. sambil memegang jari suami agar dapat kekuatan... dalam keadaan sakit pun sempat aku berfikir.. nanti sakit pula jari suamiku disebabkan aku pegang kuat sangat jarinya..aku memegang pada besi katil tue utk bertambah kuat!!!
Dalam pukul 3 pagi, aku terdengar pesakit bilik sebelah meraung kesakitan,Suamiku berpesan jangan fikir sangat pasal orang sebelah... sayang perlu kuat dan ingat kat Allah... sayang nak keluarkan baby kite nie... sayang boleh buat...mendengar kata2 suami tersayang aku semakin bersemangat utk push... suami tak putus2 beri sokongan... push... push sayang.... sayang boleh buat...sayang kuat kan... nie kata2yang sering suamiku cakap.Dalam pukul 3 lebih terdengar suara baby daa keluar... suamiku pun cakap... dengar tak suara baby tue.. sambil mengangguk, aku cakap dengar hubby...kite nak baby kite pun keluar jugak... suamiku cuba memujuk dan beri semangatmelihat kesakitan dan kepayahan yang aku alami.. suamiku meminta izin kepadaku untuk ke surau solat hajat. agar keberatanuntuk aku melepaskan dia pergi..kalau boleh aku tak nak berrenggang walau sesaat pun dengan beliau.Tuhan masih ade.. aku perlu bergantung pada DIA..demi niat yg baik... aku akur dengan permintaan beliau... Alhamdulillah berkat doa suami... selepas dia menunaikan solat hajat... Air ketubanmulai pecah... dan bukaan daa terbuka.. tunggu masa jer untuk aku meneran sekuat-kuatnya...Suasana dalam bilik aku bersalin semakin gamat... suami, seorg doktor dan 2 orang nursetidak putus-putus memberi sokongan kepadaku untuk aku push sekuatnya untuk keluarkan baby...terutama sekali suami tersayang... sampai kering kering tekak nie duk meneran...

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin.
ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.
Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa mustajab. Kita dianjurkan untuk sering membacanya,
lebih-lebih di saat kita mengalami kesulitan.

Alhamdulillah... tepat pukul 4.15 pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri yang comel seberat 3.2kg secara normal.selepas baby keluar, doktor bagi baby kepada ku untuk aku pegang... aku pegang jari kecilnya yang comel... baby terus memegang erat jariku... Subhanallah...Alhamdulillah ku bersyukur padaMU Tuhan kerana menganugerahkan cahaya mata.Anugerah yang tidak ternilai harganya. Status sekarang seorang isteri kpd suami, seorang ibu kpd anak. Tengah harinya mek dan abg dtg melawat...Bermalam di wad

Khamis 27/12/2012,
Alhamdulillah, setelah doktor Mazidah dtg melawat dan check baby... aku dibenarkan pulang ke rumah...
Terima kasih kepada staff di Hospital Pakar Perdana menjaga kami sepanjang kami berkampung di sana.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Begitu juga di dalam Surah Luqman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan.  Memang benar kata orang bersalin tu sakit.Kini baru aku mengerti.. Kesakitan akan terasa hilang bila melihat wajah insan yang baru dilahirkan...
Nur Amjad Insyirah (Cahaya Mulia kegembiraan) puteri kami...
 Hari pertama dilahirkan
 minggu ke-2

 minggu ke-3
 minggu ke-4
 minggu ke-5
minggu ke-6
sekarang baby daa 2 bulan... 






Assalamualaikum wbt.. ade org tak nie...
fuh...fuh...fuh.... daa bersawang blog nie... agar lama aku tak berceloteh di sini yer... insyaallah akan kembali berceloteh di sini...
kali nie aku nk tuko template yg baru.. boring asyik duk mengadap template yang lama...
duk godek2 HTML dan javascript... nie laa hasilnyer...

nie template yang lama 


nie template yang baru


tarrraaa...tarrraaa...........

.......

;;;

,,,


....  

 

ok x? aku harap ok jer bile pakai template nie... okies..tanpa membuang masa... selamat malam semua... template yg baru nie masih dalam pemantauan...lalalala...

Related Posts with Thumbnails

My Followers

♥ Tentang Diriku ♥

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D

Life Time

allah

* STRENGTH *

I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

hambaNYA

Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

(◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)