♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...

La Hot Spring


Hari nie...kemeriahan sudah pudar dalam rumah nie,krn kekanda-kekanda dan family diorg sudah balik...esok giliran aku pula nak balik Key yeL...waa...sedih laa plak nk tgl desa halaman nie...(tetiba jer emo mlm nie...huhuhuhu)rase sekejap jer bercuti...penat balik aritu pun tak hilang lagi nie...
mlm nie baru ak dgr ujan yg mencurah jatuh ke bumi..emm...titisan hujan nie seperti kesedihan hati aku nie...sedih laa..esok aku daa nk blk...kalau boleh.......(lu fikir laa sdr kate nabil..)

semalam aku dan family sempat laa pergi picnic...(picnic ker...xjugak..pergi mandi-manda jer...)
selepas mkn tgh hari..kitorang gerak ke tempat perkelahan tue.semua perut daa kenyang...so xbw mknan laa..aku jer bawa buah nenas 2biji n colek nk mkn kt sn...dari umh ke tmpt picnic lbh kurang 8minit jer...dekat sgt2...fmly aku nie...kalau balik rmai2 mmg xsah kalau tak pergi picnic...bila blk desa rmai2...ade jer aktiviti yg nk dibuat...time nie laa kitorg leh bergurau senda dan juga share dann citer masalah msg2...dan beri pendapat ape yg perlu.soalan yg sama aku trime "nor bila nk kawen nie???" ank buah plak "mok chek bile nk kawen...kawen laa cpt2..."owh tidak..soalan nie mmg xboleh lengkang dari bibir mulut diorg..nak sgt2 ak nie kawen cpt2...pastu daa mula laa meleret-leret pasal kawen...ayoyo....(aku dgn selamba jwb sabar2..heroin dok gaduh)
*dok gaduh=tidak tergesa-gesa
kitorg smp sn dlm kul 1.15 tgh hari..lps jer solat zohor..ape lagi terus terjun dlm sungai...
tempat sini lebih selamat kalau bawa ank2 kecil untuk mndi...airnye xde laa dlm sgt pun berbanding dgn Air Terjun Lata Tembakah...12 minit dari umh.(sukar nk cari tempat yg lbh selesa untuk kanak2)
Selain itu,kitorg pergi Pantai Bukit Keluang...40 minit dari umh.(skg musim tengkujuh..ombak besar...)

Di sini kemudahan yg disediakan seperti musolla(surau),chalet,tempat untuk perkhemahan,kolam untuk lelaki dan perempuan,tandas dan kedai makan.
emm...pernahkah anda smp di sini?nnti klo nk dtg cni leh laa sy tlg bawakan...
Kalau time cuti sekolah rmai laa yg dtg ke sini...

sedikit info tentang tempat ini.
waaa...bukan main seronok lagi diorg nie...Tiada siapa yg kalah..semua mng yeay...-SUBHANALLAH-
Nie laa die air panas yg keluar dari perut bumi...Subhanallah...begitu indah ciptaanNYA...

Para pelancong tak kira dlm dan luar negara yg datang ke sini untuk berendam dalam kolam nie...ade org ckp air panas ini boleh dibuat ubat bila berendam dalam kolam..
Insyaallah dgn keizinan Allah.Tidak ketinggalan jg mereka yg bawa bekas untuk mengisi air panas nie.emm..telur pun boleh masak.

ok.inilah entry sy pada mlm nie...semoga anda semua gembira dgn aktiviti yg anda lakukan...
*** SENYUM SOKMO ***
*memikirkan betapa agungnya kebesaran Tuhan dan juga kehebatanNYA yang tiada tandingan mencipta alam semesta.

*** Salam Eidul Adha ***



Di kesempatan ini aku...Nor Hasula Yasa' serta keluarga igin mengucapkan Salam Eidul Adha kpd ummat Islam di dunia...
Raya korban tahun ini,keluarga ak xbuat korban.abg dan kakak ade yg amik bahagian...
byk bebeno daging lembu kt umh nie..."satu dapur bau lembu"-kata ank buah ak nie...(along) "nasib baik org dlm umah nie tak bau mcm lembu"-kata mak buah..(aku)

tadi...ade jg budak2 dtg beraya kt umh...so layan laa ak nie...pastu mcm biasa sebelum diorg balik... bagi laa duit raya...bila daa dpt duit raya..ape lg suke laa...

Sebelum ak tdo..ak igin berkongsi artikel tntg Pengertian Hari Raya Korban..
ak sempat baca dekat laman Utusan Online Bahagian Bicara Agama...
Artikal nie pnjg ckit....harap sabar membaca yer...sedikit sebanyak kita dpt ilmu dan juga berkongi ilmu antara satu sama lain.

HARI Raya Eidul Adha atau Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu, sekali gus menandakan bermulanya ibadat korban.

Eidul Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah tersebut.

Selain itu, salah satu keistimewaan Eiduladha dan Hari Tasyrik ini ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Eiduladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hakikatnya, terdapat di dalam masyarakat beberapa golongan yang silap faham lalu melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Begitu juga, di dalam permasalahan pembahagian daging korban, haiwan korban adakah menjadi pengangkutan di kemudian hari? dan juga berkaitan penyaksian mereka yang melaksanakan korban.

Perlukah orang yang berkorban itu menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan korbanan mereka dan segelintir menganggap ia satu kemestian. Ini berdasarkan kepada hadis bermaksud: Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu. (Riwayat Al-Imam Bazzar dan Al-Imam Ibnu Hibban). Berikan pandangan Ustaz?

Berhubung dengan persoalan di atas, iaitu adakah perlu orang yang berkorban itu menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan korbanan mereka dan jika mereka tidak menyaksikan akan mengakibatkan batal ibadat korbannya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam sanad sahih yang bermaksud:

Wahai Fatimah!! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.

Hadis ini tidak menunjukkan bahawa menyaksikan korban bagi mereka yang ingin berkorban itu satu kemestian dan menyebabkan batal ibadat korban jika tidak berbuat demikian. Perbuatan tersebut merupakan sunat dan lebih afdhal sekira disaksikan sendiri.

Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban. Di dalam kitab-kitab fikah menyatakan, penyaksian korban adalah sunat yang penting bagi mereka yang ingin melaksanakan korban berniat untuk melakukannya.

Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj ada menyatakan demikian, iaitu disunatkan bagi mereka yang ingin melaksanakan korban menyembelih sendiri binatang korban dan sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan tersebut.

Pengertian ibadat korban dan sejarah ringkas Hari Raya Korban?

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang amat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang mampu dari segi kewangannya. Ibadat korban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Di dalam ibadat korban ini juga, terdapat pelbagai hikmah dan rahsia serta ganjaran yang amat besar sekali daripada Allah s.w.t.

Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah Sunat Muakkad, melainkan bagi mereka yang bernazar, ia akan menjadi suatu perkara yang wajib manakala, makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya, sedangkan ia mampu.

Pun begitu, ibadat korban merupakan suatu ibadat yang wajib kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud: Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu.

Ibadat korban bermaksud, penyembelihan binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan seumpamanya, pada hari raya korban, iaitu 10 Zulhijjah sehingga gelincir matahari pada hari akhir tashriq, iaitu 13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Berikan beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan tentang kelebihan mereka yang melaksanakan ibadah korban?

Kelebihan hari raya Eidul Adha dan ibadat korban ada disebut di dalam al-Quran dan sunah. Antaranya firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud: Bersembahyanglah olehmu wahai Muhammad dan sembelihlah olehmu.

Solat di sini bermaksud, solat hari raya dan apabila Allah s.w.t. menyuruh melaksanakannya sudah tentu terdapat padanya kelebihan dan fadhilat yang amat besar.

Sembelih di sini bermaksud, ibadat korban. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Hajj ayat 34 yang maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.

Selain itu juga, Rasulullah s.a.w. juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.

Apakah perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari raya korban?

Menyentuh perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari raya korban, apa sahaja yang disunatkan pada Hari Raya Aidilfitri juga disunatkan pada Hari Raya Korban. Di antaranya;

1) Kita disunat solat hari raya dan mendengar khutbah seperti mana pada Hari Raya Aidilfitri. Menurut Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fatawa Mu'asirah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, melakukan solat di tempat yang terbuka seperti di padang atau di tempat-tempat yang luas dengan tujuan untuk memperlihatkan syiar Islam dan kekuatan umatnya.

Berdasarkan pada hadis solat di padang dan seumpamanya, adalah lebih afdal berbanding di masjid, sekalipun masjid mampu menampung bilangan jemaah yang ramai melainkan dalam cuaca yang tidak menentu.

2)Disunatkan juga memperbanyakkan takbir dan tahmid dan berpakaian baru dengan tujuan untuk menzahirkan nikmat Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam hadis diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat suka melihat hasil nikmat yang dikurniakan ke atas hamba-Nya (iaitu memakai pakaian indah pada hari raya.

3) Di samping itu juga, disunat berwuduk dan mandi sunat hari raya sebelum menunaikan solat sunat hari raya serta saling menziarahi dan menghubungkan silaturahim di antara satu sama lain, terutama sekali menziarahi kedua ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan lain-lain lagi.

4) Kita juga disunatkan untuk melaksanakan ibadat korban sekiranya mampu untuk berbuat demikian.

Oleh itu, bagaimanakah seharusnya Hari Raya Korban itu disambut dan dibesarkan agar tidak bercanggah atau bertentangan dengan ajaran Islam?

Tidak dinafikan bahawa masyarakat hari ini tidak menyambut Hari Raya Korban menurut ajaran Islam seperti pergaulan bebas. Oleh itu, bagi memastikan cara menyambut hari raya ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, maka hari kebesaran ini perlu dirayakan menurut acuan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Misalnya, Islam amat menggalakkan saling menziarahi sesama Islam, namun bukannya dengan cara pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

Selain itu, Islam amat menggalakkan berpakaian baru, namun bukannya sampai mengakibatkan pembaziran dan paling mengharukan, perlaksanaan ibadat korban tidak sampai kepada objektifnya yang dikehendaki oleh Islam.

Misalnya mereka yang melaksanakan korban disunatkan memakan hanya sedikit daripada daging korban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin.

Namun, apa yang berlaku hari ini, adalah sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan kejahilan masyarakat tentang hukum agama, khususnya hukum ibadat korban.

Hari raya korban begitu sinonim dengan makna pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim. Bagaimanakah nilai pengorbanan ini boleh disesuaikan dengan suasana yang berlaku pada masa ini sama ada, dalam apa juga aspek kehidupan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hari Raya Korban yang bakal kita raikan mengandungi rahsia yang amat hebat sekali yang dapat dijadikan pedoman hidup kita.

Sebenarnya Hari Raya Korban mempunyai hubungan yang amat rapat dengan kisah yang telah berlaku di antara Nabi Ibrahim dengan puteranya yang tercinta, iaitu Nabi Ismail.

Menurut kitab Tafsir Ibn Kathir, pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda telah lanjut usia. Namun Nabi Ibrahim tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya dikurniakan zuriat.

Maka dengan kuasa Allah s.w.t. yang tidak dapat diduga baginda telah dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail.Baginda berasa amat gembira dan tidak ada perkataan dapat dilafazkan melainkan mengucapkan syukur di atas kurniaan yang telah lama ditunggu-tunggu. Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Shoffat ayat 101 yang bermaksud : Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Para ulama bersepakat termasuk ahli kitab, bahawa Nabi Ismail telah dilahirkan terlebih dahulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun dan Nabi Ishak dilahirkan sewaktu Nabi Ibrahim berumur 99 tahun.Tatkala umur Nabi Ismail telah meningkat muda remaja, satu ujian yang amat berat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. ke atas dua beranak tersebut, dengan tujuan untuk menguji keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya.

Betapa berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah tersebut kepada anaknya, Ismail. Namun, ini merupakan perintah Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan .Menurut ulama tafsir di dalam kitab tafsir, Fath al-Qadir, Nabi Ibrahim telah bermimpi tiga malam berturut-turut menyembelih anaknya. Sebagaimana yang kita maklum, mimpi para nabi bukan mainan tidur, bahkan ia merupakan wahyu daripada Allah s.w.t.

Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan tentang perintah Allah s.w.t. itu kepada Nabi Ismail. Namun, jawapan yang amat menakjubkan keluar dari mulut Nabi Ismail dengan menyatakan: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang-orang yang sabar".

Kisah kepatuhan dan kesabaran dalam melaksanakan perintah yang amat berat ini telah dinyatakan dalam surah al-Saffat ayat 102 yang bermaksud: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!. Ia (Ismail) menjawab: "Hai bapakku kerjakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu; insyallah kamu akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.

Dan ini merupakan ujian yang amat berat ditanggung oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya yang tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa termasuklah menerima penghinaan dan cercaan daripada kaumnya. Oleh kerana ketaatan kepada Allah dan kesabaran yang teramat tinggi, maka mereka berjaya mengharungi ujian Allah s.w.t. ini.

Akhirnya Allah s.w.t menggantikan tempat Nabi Ismail dengan memerintah Nabi Ibrahim menyembelih seekor kibas. Kenyataan ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Saffat ayat 107 yang bermaksud: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (kibas).

Peristiwa inilah merupakan dasar kepada pensyariatan ibadat korban pada setiap kali tibanya Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Pengajaran

Pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail banyak telah memberi pengajaran kepada kita dalam pelbagai aspek kehidupan antaranya;

Mengambil iktibar dan pengajaran terhadap ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tanpa menghiraukan cercaan dan penghinaan, demi mematuhi perintah Tuhannya.

Oleh itu, untuk melakukan sesuatu yang baik tidak semestinya akan ditaburkan dengan pujian, kadangkala ia akan dihamburkan dengan penghinaan dan cercaan.

Lantas ujian inilah terpaksa dilalui oleh mereka yang inginkan kebenaran. Begitu juga untuk berdakwah kepada agama Allah, kesabaran merupakan suatu perkara yang amat penting.

Hasil dari peristiwan Nabi Ibrahim dan anaknya ini juga, Allah s.w.t. telah mensyariatkan ibadat korban. Dan dalam ibadat korban mengandungi berbagai-bagai hikmah di antaranya, memupuk sikap keprihatinan terhadap masyarakat, iaitu dengan mengagihkan daging-daging korban kepada yang berhak menerimanya seperti fakir miskin dan seumpamanya

Selain itu peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dapat menyemai sifat murni di dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan serta sifat mereka yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah s.w.t.

Ini kerana, ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hamba-Nya adalah berdasarkan darjat keimanan mereka. Allah s.w.t. tidak akan menguji hamba-Nya melampaui keimanan yang ada.

Sekiranya kita merasakan ujian yang kita terima hari ini adalah berat, sebenarnya ujian tersebut tidak sehebat ujian yang diterima oleh Nabi Ibarahim dan anaknya Ismail.

Selain tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi, kita dituntut supaya membangunkan diri, keluarga dan umat. Demikian juga kita dituntut untuk membangun kampung halaman, tempat kita tinggal dan mencari penghidupan, seterusnya membangun tanah air atau negara kita yang tercinta sesuai dengan peranan dan kemampuan masing-masing, berpandu kepada syariat Allah yang bersumberkan al-Quran dan sunah.

Perbezaan ibadah korban dan akikah. Terangkan kerana seringkali timbul kekeliruan tentang dua ibadat ini?

Terdapat beberapa kekeliruan yang sering kali timbul antara ibadat korban dengan akikah, khususnya dalam kes menggabungkan niat korban dan akikah secara serentak. Misalnya, seseorang itu berniat korban dan akikah serentak atas seekor kambing.

Menurut Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Kubra dan dalam kitab Tuhfah: ''Jika seseorang itu berniat ibadat korban dan akikah atas seekor kambing serentak, maka kedua-duanya dianggap sebagai batal.

Ini kerana korban dan akikah mengandungi makna sunat yang tersendiri. Selain itu juga, korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka yang melakukan dosa, manakala, akikah dilaksanakan disebabkan kelahiran.

Boleh dikatakan akikah dan korban mempunyai matlamat dan hikmah yang tersendiri, maka sudah tentulah niat perlu diasingkan di antara satu sama lain.


::: JOm BaLik Desa :::


Alhamdulillah usai solat tadi dan berserta membaca kitab suci al-quran(aktiviti harianku slps solat)ak cuba gagahi tangan ini untuk menekan satu-persatu keyboard walaupun penat tidak hilang lagi.aku tau sekarang nie ramai yg tengah diulik mimpi yg indah..tapi aku tiadakkk...nk balik desa punya pasal ak xlena nk tdo...

Lega rasa dihati apabila ak telah siap lipat kain dan juga kemas umah...agar bila aku pulang cni xde laa serabut sgt...mcm xpercaya jer ak nk blk desa...setelah sekian lm menghintung saat,minit,jam,hari,minggu dan bulan...sekarang tinggal beberapa jam lagi aku akan mulakan perjalanan ku yg memakan masa selama 7 jam.ak tumpang kereta kwn ak shah...bkn ak sorang...adik die pun sama,k.umi n kwn die.so semua 5 org satu kereta.semoga kitorg selamat sampai...shah akan drop ak kt bandar KT jer..then ak blk ngn bus plak untuk ke bandar Jertih... dari bandar tue plak ak akan naik teksi.perjalanan dr bandar tue ke rumah ak memakan mase selama 20 minit...mmg travel nie...emm....aku daa biasa travel jauh2 sebelum nie..sorg2... mmg memenatkan....dalam hati hanya igt Allah dan jg Tawakkal jer...takut tue mmg ade...tapi perlu igt tuhan sentiasa ade bersama kita...

Tak sabar rasa nyer nk sampai umah..nk lepaskan rindu kt mak nie...td ak call mak...mak ckp anak buah ak ade kt umh,abg br je smp td, adik baru bertolak balik....waaa...meriahnyer...
balik nie...ak nk hilang segala kusut-masai masalah di opis, di umah dan juga alam semester.
mmg akhir2 nie..aku rase serabut sgt2...tension pun ade...huhuhu...rasa nak bawa keluar jer otak nie.dan basuh(klo leh nk rendam ngn sabun + softlan + klorok).agar ia bersih dan jernih.huhuhu...biasa laa...klo xde masalah bukan hidup namanye...xde cabaran...Tuhan itu mahal adil...Tuhan akan tolong hambanya sekiranya kite tue jujur dan ikhlas...semoga..bila aku kembali nanti ak akan lebih bersemangat....ajaja fighting,bacha,cayouk(perkataan ini slalu ak ckp ngn ank2 buah) yg membawa maksud yang sama iaitu bersemangat...berusaha...

Hari ini...mood untuk bekerja daa kurang sbb hati nie melonjak-lonjak riang-ria (mcm pasaraya ria je nie) nak balik....yeyeyeye...alamak timesheet aku tak isi untuk arini...huhuhu,,(jap lagi aku isi)arini kt opis ak siapkan yang penambahan untuk Module Tangguh Pengajian untuk alert bagi die jadi alertThis(bila hantar data dekat student n academic)...Timesheet ni untuk bagitau tentang progress kite wat setiap hari.boss akan pantau...plg tak,boss beri komen.hehehe...kitorg wat projek sistem maklumat pelajar untuk Universiti Putra Malaysia(UPM)

Lepas jer opis hour...ak main ping pong...lawan ngn k.nad,mawie,ikram,shah dan hud.dlm ramai2 ak terer juga laa main nie..last2 tangan ak kene bad...bengkak jg...pastu stop main...lama jg ak main ade laa 2 jam...hehehe...sape2 nk lwn ngn aku mai laa....(berlagak nie..hehehe...)

Lps tue minum kt kdai mamat...betul ke nie ak order air kt kdai mamat(hatiku tertanya-tanya)
ye laa kwn ak yg ajak...biasanyer ak menolak klo diorg nk mkn kt kdai mamat.agar
tdk menghampakan mereka..ak join laa...itupun ak order teh ais..(xabih...)

huhuhu...smp jer kt umh ak kemas-kemas...adik shah (yanti) tumpang duduk umah aku jap...
segan laa plok ak nie...xtau nk bg mkn ape...ak hanya wat air vico dan keropok jer...xde mknn daa... tuk dihidangkan...yanti ckp die daa kenyang...so die minum air je...serba-salah aku jdnyer...

emm...mst shah tgh tdo nie...nnti nk drive pula...mst penat...td die ckp nk bertolak dlm kul 2. so ak amik laa mase nie untuk berceloteh...rasanyer daa xde ape2 daa....Doakan supaya kitorg selamat sampai...


"Ya Allah , aku memohon pertolonganMu dan kepadaMu aku menyerah diri.Ya Allah mudahkanlah kesulitan urusanku dan permudahkanlah kesukaran perjalananku, berilah padaku rezeki yang baik dan lebih banyak dari apa yang ku pohon.Hindarkanlah dariku segala keburukan.Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala urusanku. Ya Allah, ku memohon pemeliharaanMu dan kutitipkan diriku kepadaMu, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan semua yang Engkau nikmatkan padaku dan kepada mereka semenjak dari akhirat dan dunia.Peliharalah kami semua dari keburukan.Ya Allah Yang Maha Mulia.Do'a mereka (dalam syurga) ialah :"Subhaanakallaahumma"(ertinya:Maha Suci Engkau Ya Allah).Ucapan sanjungan mereka di dalamnya ialah:"Salaam"(ertinya:keselamatan).Dan akhir do'a mereka padanya ialah :"Alhamdulillaahi rabbil'alamiin",(ertinya:Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam).Semoga Allah menyanjung dan memberi keselamatan kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasaalam.Dan kepada keluarganya dan kepada sahabatnya, semoga Allah memberinya keselamatan."
::: Doa Ketika Hendak Berangkat :::
(petikan dari buku Doa Amalan Sepanjang Hayat)


tup..tup...hanset bunyi....' Clah2@eNC 'tentera di skrin hanset aku...
dgn termengah-mengah ak jwb pggln tue... "salam norway...ade kt mn tue???"
ak:"waalaikummussalam clah...norway baru jer sampai rumah nie..tgh kms2 brg..."
ak baru jer smp kt umh nie tgh kms2 brg nk g umh clah...weekend nie ak temankan clah kt umh die kt BTS (Bandar Tasik Selatan) coz housemate die xde..so die suh ak temankan die...
"clah ade kt mn tue???"ooo...rupenyer die masih ade kt opis lagi...(laptop die ade masalah)die suh ak tggu kt stesen KTM Serdang.Mira sdg tggu kitorg.huhuhu...lega bile daa berada dlm kete nie... lelah + lenguh + letih + dok rok belum hilang lagi...daa dpt rase udara econ...waaa nyamannyer....

dlm kereta...
clah:"norway mlm nie norway masak mee goreng deh"
ak:"mee goreng???mai aii...daa lm ak xmasak mee goreng nie...entah kan jd entah kan tak..."
clah:"alaa...bihun goreng yg norway wat aritu sedap pe..."
ak:"ye laa tue clah...nk bodek ekk..."
clah:"norway....tulun laa oghe..."
ak:"bakponyo clah?"
clah:"dok...laptop oghe ade ngn shah n mawie,diorg tolong format n install software, pah tu oghe jnji nk masak mee nk bg make klo siap"
ak:"ok2...norway cube..klo xsedap xtau.."
clah:"xpe2...klo norway wat mst sedap nyer..."

smp jer kt umh clah,kitorg g beli bahan2 nk wat mee goreng basah...hehehe..lagipun daa lm ak xmakan mee goreng basah...teringat kt kakak ak yg slalu wat mee goreng basah...first time ak masak sendiri mee goreng basah..sebelum nie ak yg bantu mak dan kakak.
lps jer semayang maghrib...ak masak dan dibantu oleh clah...mak aii,,kuali kecik saiz 11...bantai je laa...huhuhu

bahan:mee kuning,sayur sawi,tomato,fish ball,timun batang,telur,bawang merah dan putih,

Cara-cara aku:
1)panaskn minyak
2)masukkan bawang merah dan putih
3)setelah bau bawang dan warna kekuningan(bukan hangus...)
4)masukkan cili boh,letak sedikit garam dan gula secukup rase...(kalau rasa was-was suruh kawan rasa...)
5)masukkan telur kacau...masukkan air,sos cili,sos tomato,fish ball dan sayur(setelah dipotong)
6)kemudian masukkan mee....
7)bagi mereka yg finatik mkn kicap..boleh laa...masukkan kicap...
8)kacau jgn sampai hangus...
9)setelah sebati boleh laa hidang...

Selamat Mencuba

alhamdulillah selesai sudah masakan dr chef diri sendiri nie...
ini lah dia hasil nyer...

amik gmbr gn hanset clah...ni laa rupe mee basah...

ak:"
clah acu rase nie...ok tak?"
clah:"
ok doh norway...sedap..."
huhuhu..abih sepinggan clah rase...hikhikhik...

dlm kul 9 lbh...diorg smp...alamak ak egtkn 2 org jer yg dtg..alih-alih 5 org...(shah,mawie,acap,k.umi n k.hajar) diorg nie semua opismate ak...
dlm hati ak..."alamak cukup ke tak mee nie..."

setelah ak hidang untuk diorg...
alamak ade ckit je nie...
huhuhu...perut ak daa nk minta mee nie...ye laa dr tgh hari td ak xmkn..huhuhu...
ak cume mkn sedikit jer...nasib baik clah daa makan td...nk buat 2 bungkus takut xabih...
egt nk dtg 2 org jer alang2 hantar laptop.

acap:"
wei...sedap laa mee nie..."
ak:"
yeke...sory laa mee tue xpedas sgt coz cili boh ltk ckit jer.."
acap:"
daa ok..ak xmkn klo pedas2 nie"
ak:"
emm...mcm norway tau2 jer acap nk dtg...tue wat yg xpedas tue..."

shah:"
jong...sedap laa mee nie..."
ak:"
ho laa... sedap sbb wat ngn kaki..gaul2 n kuca2 jah nie..."
shah:"
mung g tue sokmo jong...serba ngn kaki..wat air kuca ngn kaki..."
ak:"
nok wat ganer shah, hok tue jer ak tau."
huhuhu....dok pasal2 shah panggil ak jong...xpe2 ak panggil die ngek..
hikhikhik...

dlm kul 10 lbh diorg balik....
ak:"
minta maaf laa byk2...mee basah tadi xcukup...insyaallah klo ade rezeki lbh wat lagi..."
mawie:"
norway...dah boleh jadi bini org daa nie..."
ak:"
yeke mawie??..insyaallah laa mawie...doa2 kt norway biar cpt dpt jodoh..klo ade jodoh taun depan norway kawen laa..."
mawie:"
insayaallah..aminn..."

ak n clah hantar diorg smp kt kete...
tgh jln2...
ak:"
waa...clah lapo nyer...sedapnyer klo beli burger nie..."
clah:"
kite mkn roti kt umh, norway deh..."
ak:"
ok.kite mkn roti"

seronok dan lega rasanyer...wat jamuan untuk kawan2 nie...

kamus untuk hari ini:
----sebut betul-betul-----(bahasa terengganu Vs Kelantan)
1)kuca=kacau
2)sokmo=selalu
3)kete=kereta
3)oghe=orang
4)nok wat ganer=nak buat macam mana
5)ho laa=ye laa...
6)mung=kamu
7)dok=tidak
8)tulun=tolong
9)make=makan
10)bakponyo=kenapa


YA ALLAH S.W.T

All praises are for you Allah, how I hope that you are there.
For sinful though I know I am, your displeasure I cannot bear.
Never, till this moment, did I realize how much I've strayed.
Never, till now, was I more conscious of all those times when I should have prayed.

For sins are like heavy baggage, that one carries through Life, the airport.
Why didn't I realize sooner, that Earth is but a place of sport?
Ya Allah! Forgive me. Save me from the fire of Hell.
Forgive me as you did my parents, from Jan'ah though they fell.

Ya Allah! Protect me. From myself for my soul is weak.
Let me not falter ever, for Jan'ah is the abode I seek.
Ya, Allah! Please help me. For I don't understand and thus, I fear.
What happened to all those moments when I never doubted that you were near?

My actions once were guided, by my faith which, once, was strong.
Ya Allah! Please guide me. What happened, what went wrong?
Each footstep that I used to take, I took with you ever near my side.
The Quran was my faithful companion, Rasoolallah my beloved guide.

How I yearn for those bygone days Allah, for I know that the day comes near.
When we'll each receive our just rewards, and Truth will stand sparkling clear.
Life is like a spider's web Allah. We get caught in its trick snare
So thoroughly are we disillusioned, time for salat we cannot spare.

I sit here and I wonder, Ya Allah! Why did I fall so low?
What happened to my faith Allah? Where did my Iman go?
In this earthly life of ours, so often does sin seem right.
Falsehood seems to be the truth, as if days are confused with night.

Alone, alone, wandering aimlessly through this land,
Until I glimpsed a kindness carried on your outstretched hand.
You picked me up as I was falling into a deep well of despair
Not knowing that you were waiting to answer my prayer.

Like the breeze under birds wings you carry me through the sky,
Like the early morning dew you bring forth tears from my eyes.
As the dawn chorus is never separated from its song,
I realise now you have been with me all along.

I am an imperfect creature. And thus, I shall always wrong.
For the road to Jan'ah is rocky, and the journey seems awfully long.
Ya Allah! Our creator, we are all just pieces of clay.
Please help me with my steps in mylife, and let me not lose my way.
All praises are for you Allah, I know that you are near.
I know that you have read my heart, and my words I know you hear.


cerita ini sekadar untuk renungan bersama...
ak pun pernah terdengar cerita nie...
baru hari ini ak dpt juga post kt blog ak nie...itupun setelah ak baca kt
laman blog sekolah menengah aku...(SMKAWA)
nasib baik ade junior ak yg post kt blog 2...
so dpt laa kite sm2 share...

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.


Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si
jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang
padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat
nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergilah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...


Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.

Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat
sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang
sekuntum bunga mawar berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yang baik. Kamu sanggup menerima ku yang tak sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan
aku gadis yang kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku
sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada
rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...



"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe.."

Alhamdulillah syukur pada Tuhan pencipta sekalian alam...
Tahniah buat kekanda serta isteri tercinta krn telah mendapat cahaya mata (putera). Pada 11/11/2009,tepat jam 2.36a.m (pd waktu itu..ak sdg lena diulik mimpi) kakak iparku tlh pun selamat melahirkan seorg cahaya mata seberat 3.2kg...di hospital Serdang. Muhammad Ammar Darwisy nama diberi yg membawa maksud kewarakan yg terbilang,cemerlang. Lepas balik dr kerja abg ak dtg amik ak dan pergi jemput mak yg dtg dr kampung kt stesen kajang.Alhamdulillah mak pun daa selamat sampai.terubat juga rindu ak kt mak nie...selepas salam,cium dahi dan pipi mak.kitorg pulang umh abg.hehehe,...xsbr nk tgk ank sedara baru ak nie...nie ank sedara ak yg ke-23.waa...daa bertmbh rmai ahli keluarga ak nie...lg meriah...syoknyer...

nie die aksi Muhammad Ammar Darwisy
Tiba malam nyer...baby asyik nangis jer...ye laa..br je bermlm kt dunia nie...xbiasa lg tue... lps tue mak ak amik dan dodoikn baby tue serta selawat dan sedikit bacaan ayt2 al-quran... selepas tue mak ak letak baby tue tdo sebelah ak...kitorg gilir2 dodoi malam tue.kesian kt ibu die... masih penat lagi tue...ayah baby?ayah baby pun ikut terjaga...emm...nasib baik ak da terbiasa dgn keadaan macam nie...hehehe...mak ckp...dlu mase mak ak lahirkan ak..macam nie laa...bila mlm jer berjaga...bila siang jer tidur...huhuhu..kesiannyer kt mak ak nie duk layan kerenah ak mase baby...mak terima kasih banyak2...jasamu dikenang hingga akhir hayatku...

"Semoga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga dpt membahagiakan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kite semua..aminnn...."

Hakikat Cinta Bersemi Abadi
Ya Tuhan Kami,
"Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling menyempurnakan dalam ibadah.
Ya Tuhan Kami, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai hadiah kepadaMu, tanda kasih dan bakti kami kepada orang tua kami yang tercinta dan bukti ketaatan serta keimanan kami kepada sunnah Rasul Mu. "
~Amin Ya Rabbal A' lamin~

Walimatul Urus
Hari:Ahad
Tarikh:1 November 2009 bersamaan 13 Zulkaedah 1430H
Tempat:No.2, Kampung Batu 3, Jalan Bangi, 43500 Semenyih,Selangor Darul Ehsan.


Alhamdulillah akirnya..k.ida(opismate ak) da selamat diijab kabulkan dgn pasangan nyer...ak knl dgn paggilan abg omey...skg daa bertukar status daa..(pn.Zuraida).hehehe...
semoga jd seorg isteri yg baik untuk suami tersayang...semoga berbahagia ke akhir hayat...aminn..

dlm kul 2 lbh ak smp sn.ak g kenduri tumpang dgn kak yana sebuah kereta.kebetulan semasa kitorg smp tue... pengantin lelaki daa smp...alang2 tue tgk la diorg nie bersanding...uikksss...lawo sungguh k.ida...lain daa...mcm artis...hehehe...lps tue kitorg menjamu selera...ak mkn ckit jer coz lauk kt cni lain jer ak tgk...nnti klo ak amik byk xabih..membazir plok...mmg xsm lauk ngn tempat ak..ak pun xtau masakn ape yg diorg masak....tempe semestiyer ade(ak xsk)...
ade laa lauk mcm aym msk merah, pastu sayur lemak nangka(btl ke nm lauk tue..),daging masak rendang...(keesokkan arinyer...perut ak sakit....huhuhu)

nie gmbr yg ak snap gn kamera k.ummi..camera ak daa rosak...huhuhu..

pelamin angan k.ida sudah menjadi kenyataan
k.yana,me,clah n k.ummi....(amik berkat bergmbr nie)k.yana,azie,clah n k.ummi(amik berkat yg ke 2)with k.zila n her son

emm...k.yana,k.ummi,azie n clah when ur turn...hehehe...me?im not sure...klo ade jodoh esok...esok laa kawen...hehehe...
kpd pasangan mempelai:
selamat pengantin baru..
semoga bahagia ke ank cucu..cicit....cuit..cicik..(sambung sdr...xtau daa..)
semoga bahagia ke akhir hayat...
semoga dikurniakan zuriat yg soleh n solehah...
semoga cpt2 dpt zuriat...





Alhamdulillah..akhirnye selesai jugak misi ak pagi nie..

nak masak nasi goreng cendawan...hehehe...

ape awk xsuke makan cendawan???cedawan sdap laa....
klo sup cendawan...mai aii....sedap nyer...
may b klo rasa masakan sy nie...pasti awk akan suka pd cendawan..
hari2 mkn cendawan..hehehe....

emm..bukan sng nk masak time weekend nie..
biase nyer ak klo weekend jer... xleh duk diam kt umah..
ade je plan.biase nyer ak g umh abg ak kt Tmn Equine...
xpun kwn2 ajak g umh diorg...biasa laa org bujang sng nk ke sn ke mari...(opss..bujang?pelik jer bunyi nie)umh sewa ak nk ke umh abg xde laa jauh sgt pom...dlm 15min mcm 2(e2 klo x jem la...).weekend nie ak ade plan nk g jln2.so ak cancel laa nk g umh abg...
"abgku yg hensem....next week deh adikmu yg comey nie g umh..(perasan laa plak..)"

ha...berbalik pd nasi goreng cendawan ak td...
sebenarnyer ak nk msk ns goreng nie ptg smlm....
memandangkan ade org nk dtg baiki paip(paip kt sinki patah...mmg kitorg nie ganas2 blake)...so xjd la nk msk....cume ak beli jer dlu bhn2 lps blk dr opis...

pagi td selesai jer basuh dan jemur kain,ak start masak....(kwn2 yg lain masih d ulik mimpi yg indah...)biasa la...ari weekend nie laa nk tdo lm2...klo ak kt umh kt kg laa...lps jer semayang subuh...klo tdo blk...mmg kene bebel ngn mak ak laa..."ape nie ank dara tdo lps subuh...xelok..rezeki xmasuk..." emmm....mmg rzki xmsk,ye laa.. mls nk wat kje pagi...betul jugak ape org tue2 dahulu kala ckp...
waaa...rindunyer bebelan dari mak nie...

ak wat nasi nie simple jer....

bahan2:
bawang merah dan bawang putih,fish ball, cendawan,cili,kicap,beras,garam,gula n ajinomoto(klo mau)
n minyak masak jgn lp.
perkakas dapur:dapur gas,gas,kuali,sudik,sudu,bekas,pisau,pelapik potong,penapis,periuk
nasi elektrik(semua nie pntg).



cara2:
1)panaskan minyak msk,masukkan bwg (yg tlh dihiris halus...lesung xde nk tumbuk..)

2)bila bawang daa kekuningan n naik bau..masukkan fish ball (potong 2 @ mengikut anda)
3)kacau jgn smp hangus...masukkan cili(dipotong mengikut citarasa anda)
4)masukkan garam,gula n ajinomoto(mengikut deria rasa lidah msg2)
5)bila bahan yg tlh digoreng td masak dan berbau smp bersin...masukkan nasi yg tlh msk.
klo ns tue xmasak,alamaknyer kene masak yg lain.nnti skt perut klo mkn ns mentah.
6)bila da siap masak boleh laa hidang n makan.klo rs nk tunjukan kreatif anda...boleh jer klo nk hias...n make up.

selamat mencuba resepi baru sy nie...
make up mcm nie pom boleh....

cendawan
info:
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan ,kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen pertahanan badan dari penyakit barah.

word today:
1)blake=semua

1. Sifat Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.

3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti kedudukan persoalannya.

4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

10. Solehah
Lelaki juga suka pada wanita yg solehah dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan-tuntutan syarak.

Madahku ---;{@

video

Bila bersendirian fikiranku buntu...
terasa ada sesuatu kehilangan dlm diriku nie...

ada sesuatu yang belum pasti buat diriku...

kadang kala aku terfikir...inikah aku...
betulkah aku...adakah aku di sini...

persoalan ini yang selalu bermain di kotak fikiranku...
aku terasa begitu jauh dgnNYA...

aku tidak mahu kehilangan kasihMU dan cintaMU...


maafkan aku, kerana cintaMU tidak terbalas sepenuhmya...

oleh kerana kealpaanku ini...ketidakprihatinan aku ini...ketidakikhlasan aku ini...
maafkan aku, kerana tidak dapat mendambakan cintaku padaMu sepenuhnya....
sehinggakan aku terlupa untuk berbicara denganMu begitu lama...

aku sendiri simpati dengan keadaanku ini...

aku cukup terkilan dengan sikapku ini...

aku berdoa semoga CINTAMU dan CINTAKU akan bersatu selamanya...
Insyaallah...amin...

Related Posts with Thumbnails

My Followers

♥ Tentang Diriku ♥

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D

Life Time

allah

* STRENGTH *

I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

hambaNYA

Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

(◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)