♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...

Salam MAULIDUR RASUL...


Alhamdulilah...Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Seperti yangg kita sedia maklum...esok adalah hari jumaat..(ye...memang betul...) pada 26 februari bersamaan dengan 12 Rabiul Awal tahun 1431 hijrah,umat yang beragama ISLAM akn menyambut hari kelahiran NABI MUHAMMAD SAW.. yang juga dikenali sebagai MAULIDUR RASUL ...di sini saya ingin menyeru semua sahabat2 yg beragama ISLAm bersama-sama menyedekahkan SELAWAT ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W , supaya kita sentiasa mengingatinya(Rasulullah SAW) . Semoga Beliau dikurniakan kedudukan yang tinggi dan terpuji seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT .
1-Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
2-Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
3-Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

GALAKAN DALAM MEMBESARKAN MAULIDURRASUL
1. Merayakan hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya sebagimana difahami daripada firman Allah taala dalam ayat 157 s
urah al-A’raf yang bermaksud: “ Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad )membesarkannya, membantunya dan mengikuti cahaya(al-quran) yang diturunkan bersamanya mereka itulah yang memperolehi kejayaan
2. Firman Allah Taala dalam ayat 32 surah al-Haj yang bermaksud : “Demikianlah (perintah Allah) dan sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketaqwaan hati”.
Dalam menafsirkan ayat itu maka antara erti membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.Apa yang di maksudkan dengan “tanda-tanda Allah” ( Sya’airallah ) pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah nabi Muhammad s.a.w dan menyambut maulidur rasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintahNya.
3. Imam Bukhari telah meriwayatkan didalam Sohihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak telah meriwayatkan bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Suwaibah iaitu hambanya bagi menceritakan khabar gembira tentang kelahiran nabi s.a.w.

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa:
a. Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah s.a.w akan di ganjari pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir pun diringankan azabnya, apatahlagi orang itu merupakan seorang muslim. Ini dapat diambil daripada apa yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasruddin ibni Syamsuddin Ad-Dimasyqi.
b. Dianjurkan kemuliaan dan membesarkan nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran baginda merupakan hari kebesaran islam dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, “ Bahawasanya nabi s.a.w ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, lalu bersabda nabi yang bermaksud : “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”
semoga kita mendapat hidayah dari peristiwa2 Rasul2 kita... INSYAALLAH....
Mutiara hari ini:

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.



Tomat (Tobat Maksiat)

Tajuk : Tomat (Tobat Maksiat)
Penyanyi : Wali

Dengarlah hai sobat saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astaghfirullahaladzim
Chorus
Ingat mati ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astaghfirullahaladzim
Pandanglah ke sana lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astaghfirullahaladzim
Chorus
Ingat mati ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astaghfirullahaladzim
Chorus
Ingat mati ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astaghfirullahaladzim
Cepat ucap astaghfirullahaladzim

Waduh-waduh kangen aku sama anak-anak buah aku nie...(tetiba jer cakap indon nie...)
ye laa...lagu nie lagu dari negara jiran kite.Indonesia yaa buk...
Masa aku balik kampung....mase kitorg on d way ke KB (jalan2).abang aku nie pasang laa lagu nie...terkejut aku anak-anak buah aku yang umur 7, 6, dan 4 tahun pandai nyanyi lagu nie.siap hafal lirik nie...waduh-waduh sekali lagi malu aku sama anak-anak buah aku.Aku pula yang bertanya diorang lagu ape.adesh!!!memang aku tak tahu daa...Pastu aku try laa tanya pak cik google.Nasib baik pak cik google nie tak menghampakan harapan aku nie.
Ade lagi lirik lagu yang lain.nanti aku post yer.hehehe...
p/s:bagus juga lirik lagu nie...insaf meta aku...huhuhu...
Renung-renungkan dan selamat beramal...(kata prof.hj.Izi Ali..)

Persahabatan

Sumber : myMetro bullet Bimbingan bullet Tazkirah Remaja

Bersama : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Tajuk :
Persahabatan
Gambar sekadar hiasan
PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."
Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:
"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
  • Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.
  • Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
  • Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.
  • Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
  • Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
  • Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.
  • Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.
    Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya
    .

    Sumber : myMetro bullet Bimbingan bullet Tazkirah Remaja
    Bersama : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
    Tajuk : Tawakal selepas buat pelaksanaan rapi

    KITA merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan 100 peratus melalui doa tanpa melakukan sebarang tindakan atau usaha.
    Kita disuruh berikhtiar tetapi yang menentukan adalah Allah. Selepas merancang, segala ketentuan itu mesti diterima dengan hati terbuka.
    Itulah yang dinamakan tawakal. Sebenarnya tawakal terletak selepas seseorang melakukan perancangan serta berusaha kemudian disusuli dengan bertawakal.

    Umat Islam dulu cemerlang kerana kehebatan mereka merancang dan berfikiran ke hadapan. Rasulullah sendiri amat mementingkan perancangan rapi sebelum melakukan segala pekerjaan. Misalnya, sebaik tiba di Madinah, baginda segera meletakkan dasar bagi membentuk pemerintahan Islam pertama di dunia.
    Ketika itu baginda mula membina masjid sebagai sebagai tempat beribadat, bermesyuarat, tempat pertemuan seluruh umat Islam selain menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.
    Selepas itu, baginda mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi dengan meletakkan dasar perundangan Kota Madinah supaya setiap orang mengetahui kedudukan dan hak mereka dalam masyarakat.
    Sama juga yang dilakukan Rasulullah pada malam hijrah, malam Aqabah dan peristiwa di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua itu membuktikan Islam amat mementingkan perancangan yang rapi.

    Al-Quran sejak berabad lagi menggalakkan umat manusia bekerja menurut perancangan. Contohnya, al-Quran menceritakan utusan Raja Mesir datang kepada Nabi Yusuf di penjara meminta baginda mentakwilkan mimpi. Dia berkata; "Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkan kepada kami (mimpi) tujuh lembu betina yang gemuk dimakan oleh tujuh lembu betina yang kurus; dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya." (Surah Yusuf, ayat 46).
    Apabila berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf tidak hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda turut memberi petunjuk supaya membuat perancangan bagi mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa Mesir.
    Baginda mencadangkan beberapa langkah positif yang perlu diambil bagi menghadapi kesukaran itu.
    Al-Sayyid Qutb dalam kitabnya 'Tafsir Fi Zilal al-Quran mengatakan, Raja (Mesir) meminta huraian erti mimpinya tetapi pegawai kerajaan dan ahli nujum tidak sanggup menghuraikan erti mimpi itu kerana menganggap ia petanda buruk bakal berlaku.
    Sebaliknya, bagi menunaikan kehendak raja berkenaan, mereka memperlihatkan apa saja yang dapat menyenangkan raja dan menyembunyikan perkara yang menyedihkan.
    Mereka menghindari dari berbincang mengenai mimpi itu dengan mengatakan mimpi itu kosong dan tidak mempunyai erti.
    Sikap Nabi Yusuf berlainan kerana baginda tetap mentakwilkan mimpi raja itu kemudian menasihatinya dengan cadangan serta langkah sesuai bagi mengatasi petanda buruk yang diramalkan itu.
    Antara langkah-langkah yang dicadangkan Nabi Yusuf iaitu menggiatkan lagi pekerjaan yang sedang dilakukan serta menetapkan jangka waktu diperlukan.
    Kedua, perlu bersungguh-sungguh melakukan kegiatan pertanian dalam jangka masa tertentu.
    Ketiga, berusaha meningkatkan pengeluaran selain bekerja keras terus menerus.
    Berdasarkan cadangan itu, betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil bumi dan kepentingan menyimpan.
    Cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak berlebih-lebihan kerana Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk perkara yang tidak bermanfaat.
    Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi Yusuf, terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran.
    Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti dikatakan Nabi Yusuf, "Kecuali sedikit untuk kamu makan." (Surah Yusuf, ayat 47).
    Baginda memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama ketika menghadapi kesulitan.
    Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf itu adalah berdasarkan petunjuk Allah kepadanya, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan dapat mengatasi malapetaka besar.
    Demikian ilmu perancangan yang tercatat di dalam al-Quran untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya.
    Oleh itu, Islam bukan agama yang mengajar orang berfikir secara membuta tuli atau bertawakal tanpa alasan (bukan bertawakal dalam erti kata sebenar).
    Islam adalah agama yang mengajar manusia memerhati dan mempelajari dengan teliti terutama perkara berkaitan soal pengeluaran, penggunaan dan keperluan material lain dalam kehidupan.
    Sesuatu pekerjaan atau projek, sama ada besar atau kecil tidak berjaya dilaksanakan dan tidak terjamin pencapaiannya sekiranya dilakukan tanpa perancangan rapi.
    Semua undang-undang Islam sama ada yang bersifat ibadat atau muamalat, mempunyai dasar dan kaedah bagi dipraktikkan dalam kehidupan kita.

    Jika ada suara yang mengatakan Islam tidak mementingkan perancangan sama sekali berlawanan dengan anjuran al-Quran dan tindakan yang dilakukan Rasulullah.

    Sumber : myMetro >> Bimbingan >> Kaunseling Remaja
    Tarikh : 11/02/2010
    Istikharah jawapan untuk kekeliruan

    SOALAN
    SAYA mempunyai masalah membuat keputusan atau pilihan. Semuanya tidak meyakinkan.
    Selepas membuat sesuatu keputusan, saya akan memikirkan kembali keputusan yang sudah dibuat itu.
    Kadangkala, keputusan saya akan berubah kepada satu keputusan lain.
    Tolonglah saya Dr bagaimana untuk membuat keputusan dengan penuh keyakinan? Bagaimana kaedah diguna pakai Islam dalam membuat keputusan?
    Ingin tahu
    Kuala Lumpur


    JAWAPAN
    KESUKARAN membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada adik.
    Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah.

    Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.
    Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.
    Adik bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.
    Solat Istikharah membantu adik memohon petunjuk mesngenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.
    Apabila adik melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti adik memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.
    Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

    'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

    Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)
    Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;
    1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.
    2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'
    3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
    4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
    5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
    Semoga sedikit penerangan Dr mengenai solat Istikharah ini dapat membantu adik menjawab persoalan diri serta membantu adik dalam membuat keputusan yang baik.
    Adik boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.

    p/s:semalam,sorang sahabatku bertanya tentang bagaimana nak melakukan solat istiakarah..kerana sahabat aku ini ade masalah untuk membuat keputusan.Aku harap dengan artikal ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kami.Semoga sahabatku ini dapat membuat keputusan yang terbaik.Jangan bersedih.




    gambar sekadar hiasan
    CINTA ibarat air.
    Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun...
    Jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.
    Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.
    Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.
    Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah.
    Kalau ia ibarat air tasik yang tenang dan membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.
    Lalu jenis air mana yang anda inginkan?
    Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.
    Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.
    Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah sesuatu yang menarik. Mana tahu cinta baru yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya.

    p/s:kata-kata ini ditujukan kepada sahabat-sahabatku yang sedang berduka lara...
    tak lupa juga pada ank buahku nor miza aida & nor mila aimie yang sedang xcited duk baca blog untie die nie.TQ.(nanti balik mokchek bg coklat deh)hehehe...

    Gambar sekadar hiasan

    10 RESEPI CINTA
    1.KEKUATAN BERFIKIR
    Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, hingga akhirnya dapat kamu bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
    2.KEKUATAN UNTUK MENGHORMATI
    Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "Apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri. "Apa yang aku hormati dalam diri mereka?".
    3.KEKUATAN UNTUK MEMBERI
    Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apakah yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang aku akan dapat?".

    4.KEKUATAN PERSAHABATAN
    Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
    5.KEKUATAN DARI SENTUHAN
    Sentuha adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah da menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri sahaja...
    6.KEKUATAN UNTUK MELEPASKAN
    "Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku - permulaan lembaran baru bagi hidupku".
    7.KEKUATAN DALAM KOMUNIKASI
    Ketika kita belajar untuk berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintainya dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?
    8.KEKUATAN DARI KOMITMEN
    Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
    9.KEKUATAN SEMANGAT
    Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali denagn cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari dengan penuh semangat...
    10.KEKUATAN DARI RASA PERCAYA
    Rasa percaya selalu menjadi komponen dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas dan takut dan orang akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati" jika jawapan adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
    petikan daripada Diari Cinta 2010

    Mutiara hari ini:
    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, yang bermaksud:
    "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang bengis, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
    (QS.At Tahrim:6)






    ♥ Hati Ku...♥♥


    Hati KU...
    Hati yang SEDAR Firman Allah, maksudnya:
    "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. " (Surah Qaf 50:37)
    Ya Allah, KURNIAKAN kepadaku hati seperi ini...
    Hati yang BERSIH
    Firman Allah, maksudnya:
    "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah as-Syams 91:9)
    Hati yang LURUS
    Firman Allah, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata) :
    "Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya. " (Surah Ali-Imran 3:8)
    dan kau PELIHARA daripadaku hati ini...
    Hati yang TERHIJAB (TERTUTUP)
    Firman Allah, maksudnya:
    "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)." (Surah al-An'am 6:25)

    petikan daripada Diari Cinta 2010
    p/s:Terima kasih kat untie Yan..akhirnya aku dapat memiliki diari ini...

    Sesat di Kuala Lumpur..dosa dan pahala bercampur-campur...aish...kenapa aku menyanyi lagu nie...emm..siapakah yang nyanyi lagu nie?tolong laa jawab soalan saya nie...(kalau betul dapat coklat free..nak x?)
    Kesian kat along (ank buah) aku sorang nie merengek-rengek suruh aku update blog.baru arini aku dapat post perjalanan aku dari Terengganu ke Kuala Lumpur.Daa berbunyi nada-nada kekecewaan dan kesedihan die tue...sorry yer cayang...
    Alhamdulillah...Aku telah pun selamat sampai ke rumah sewa aku dalam pukul 8.30 pagi pada 17/02/2010.Sepatutnya aku akan sampai dalam pukul 7 lagi...nak di jadikan cerita..aku sesat daaa...tue yang aku nyanyi lagu tue..hikhikhik...
    Bus aku pada pukul 9.30 malam bertolak dari Terminal Jerteh ke Terminal Putra.Aku naik bus ePerdana.Daa lama aku x naik bus balik kampung.Seingat aku Bulan 7 tahun lepas last aku balik kampung dengan bus.Memamg aku xberapa selesa kalau naik bus ke KL lalu jalan Gua Musang. Sebab jalan die xbest.banyak lubang.Sepanjang perjalanan, aku tak dapat lelapkan mata.Asyik terjaga.Budak sebelah aku nie siap berdengkur lagi.Seronok bebeno die naik bus.hehehe...Bus baru jer gerak daa tdo nyenyak...xtahan sampai berdengkur lagi tue...Terima kasih kat kak Ngah beli tiket bus untuk adinda die nie.Biase kalau aku balik KL aku akan beli tiket bus
    naik kt Kuala Terengganu sebab laluan jalan ke Kuantan.Jalan pun selesa.
    Pukul 5.45pagi aku telah pun sampai kt Terminal Putra.Maka turun laa aku sorang2 dan berjalan menuju ke stesen ktm Putra. Adoi...mmg sakit urat dibuat oleh beg nie...Pukul 6.25 tren ke Pelabuhan Klang pun sampai.Maka aku pun bertanya dakat akak sorang nie.tren nie lalu x stesen Serdang.akak nie cakap ye..lalu...Maka aku pun masuk laa tren nie...Bila tren daa gerak..aku pun tengok laa die punyer laluan..adesh!!!aku salah naik tren ke?memang aku salah naik tren pun.adoi...aku cube tenangkan diriku sendiri...Aku berkira-kira dalam hati...nak berhenti stesen ape yer???aku bajet biar laa aku berhenti kat stesen yang tak sunyi sepi.ye laa aku sorang2 mesti laa takut.Sebelum mulakan perjalanan aku selalu amalkan bacaan ayat kursi dan 4 kul.Semoga perjalanan aku selamat dan juga dilindungi dari benda2 yang tak dingini berlaku. sebab aku tidak tahu apa yang akan berlaku semasa dalam perjalanan aku.Aku hanya tawakkal.
    Tren berhenti dari satu stesen ke stesen yang lain. Stesen Ampang,stesen Pantai Baru Dalam dan stesen Petaling.huhuhu..sempat juga aku merasa stesen2 nie yang tak pernah aku lalu.hikhikhik...Sampai jer stesen Petaling aku turun.mmg tiket aku tak sah.Sebab bukan destinasi yang aku tuju.Selepas aku terangkan kepada pak cik jaga nie...bahawa aku tersalah tren. baru die lepaskan aku...nasib baik..aku pun beli laa tiket ke KL Sentral...patah balik.
    Dalam pukul 6.45pagi, tren ke KL Sentul sampai.Maka aku pun melangkah masuk dalam tren. tempat duduk sudah penuh.Terpaksa aku berdiri...Maka terpandang laa aku pada seseorang yang naik sama tren dgn aku tadi.Hati aku berteka-teki seorang diri.Mamat nie pun sesat tren juga ke?dalam hati..aku gelak sorang2.cuba kawal emosi dan perasaan nie...control2
    Dalam pukul 6.50 pagi...sampai laa KL Sentral...kul 7lbh tren ke Seremban sampai..lega rasa..penat memang penat.Tempat duduk pun sudah penuh.Orang pun ramai nak pergi kerja. Sabar je laa...Nasib baik hari nie aku cuti.tak masuk opis...
    Dalam kul 8 lbh..maka sampai laa umh sewa nie.

    Aku guna masa yang free nie pergi bank negara sebab ade urusan bank.
    Dalam pukul 1 lbh selepas zohor,maka berjalan laa sorg2 g bank negara(naik tren laa..)..Dalam pukul 3 lbh maka selesai sudah urusan aku dengan bank.Aku pun curi2 mase jln2 kt SOGO. mak aii..ade sale lagi ke..maka aku pun terbeli laaa..ape yg aku beli..tgh duk pilih2 seluar ade laa untie nie duk sembang2 ngn aku.tanya pendapat aku nak beli seluar yang mana.aku pun bagi je laa pendapat aku.Memang aku tengok auntie nie seorang yang teliti.Sampai benang seluar pun die komen.Setelah memilih yang berkenan.Maka aku dan untie g bayar kat kaunter...Die perkenalkan diri die sbg untie yan. Die seorang guru.Aku tak tanya banyak laa die mengajar kat sekolah mana.Malas aku nak busy body.aku perkenalkan diri aku 'nor'.tapi die tetap panggil aku sayang.Aduh!!!nasib baik aku tak jatuh hati pada auntie nie..hehehe..Terlanjur sembang2 die pun bertanya dengan soalan cepu emas....(aku pasti korang mesti tahu...)
    sayang daa ade balak lom?dalam hati aku adoi xde soklan lain ker???aku cakap buat mase nie malas lagi nak fikir.banyak benda lagi nak fikir.Untie yan pun bagi nasihat padaku.
    Untie yan bagitau laa..die ade ank 2 org laki 20 n 23.kire sebaya jg laa dgn aku.
    Dalam kul 5 petang..aku pun minta izin nak balik.Sempat lagi die bagi no telefon.Die ckp kalau aku tunang ker...kawin ker..die suh jemput die...Insyaallah untie... klo daa sampai jodoh saya..
    Yang aku terharunyer...auntie bagi duit...(dirahsiakan berapa yer..bukan seringgit laa...)malunyer...aku daa ckp aku daa kerja..xpayah laa..untie ckp yg tue sayang kerja..yang nie auntie bagi..murahnyer untie nie...Rezeki jgn ditolak..maka aku pun ambil...
    Masa nak balik..aku berkira dalam hati duit yang untie bagi aku nak buat ape...
    Sempat aku singgah kt kedai buku MINERVA BOOK STORE Sdn.Bhd tepi SOGO.Maka aku pun beli laa Diari Cinta 2010.
    First time aku beli buku kt kdai nie.Biasenye aku beli buku @ novel kat kdai buku depan SOGO.
    Sebagai tanda kenangan aku dan untie.hehehe..best gak diari nie.ade kata2 semangat.
    Sebelum magrib aku daa sampai umah...Abg aku daa tunggu nak amik pesanan yang die kirim dari kampung..tak lain tak bukan.jeng..jeng..jeng.keropok lekor laa.

    p/s:sesat jalan luas pengetahuan..hehehe...
    Mutiara hari ini:
    CINTA...
    itu selalu aktif dan kreatif.
    Kreativiti pada dasarnya memerlukan waktu, usaha dan tenaga. Waktu, usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk meluahkan cinta akan menghasilkan rasa kasih sayang yang sangat mendalam.
    Cinta itu tidak pernah berhenti.
    Cinta adalah sebuah lingkaran yang terus berputar.

    Akhirnya aku dapat juga mengpostkan blog aku ini...semalam aku tak berkesempatan.
    semalam aku selamat sampai di kampung halaman pada pukul 7.15 pagi. sampai jer kt depan umah. pintu dapur sudah terbuka luas.aku melihat kalibat seseorang yang sedang berdiri menunggu seseorang..owh..rupe2 nya bonda tersayang...setelah keluar dari kereta aku terus mendapatkan bonda tersayang...aku terus menghulurkan salam..mencium tangan beliau...ku cium kedua-dua pipi beliau dan kukucup dahi beliau...kupeluk erat2 badan itu untuk melepaskan kerinduan yg telah lama bersarang dihati ini..ternyata kesihatan bonda kurang sihat....die batuk2 dan selsema... kalau boleh mahu sahaja aku nak sakit itu pada diriku..bukan pada bondaku.Ini kali pertama aku balik kampung untuk tahun 2010.
    Selepas itu, kami ank beranak terus ke dapur.mak beli 2 bungkus nasi lemak lauk ikan aye..(ikan tongkol) masak merah dan karipap inti ikan untuk aku...begitu lama sekali aku tidak makan nasi lemak dan karipap kegemaran aku ini...2 bungkus?huhuhu....makan banyak betul aku nie...Petang...kakak aku dan anak buah sampai...meriahnyer..daa lama tak jumpa diorang nie..waa..semuanya daa besar..
    Pagi ini...aku dikejutkan berita tentang kematian jiran depan rumah aku..Pak Cik Hassan telah kembali kerahmatullah kul 12 lebih semalam di Hospital Kubang Kerian Kota Bharu.sudah lama die terlantar di hospital..die dimasukkan di bahagian ccu.
    Pukul 2.00 pagi aku sedar mak aku bagun dari tidur...aku bertanya pada mak..kenapa..?mak cakap pak cik hassan daa meninggal...innalillah...aku melihat jiran2 aku masing2 bergotong-royong membersihkan rumah kak mah (isteri kpd arwah) setelah sekian lama ditinggalkan. bagus masih ade lagi semangat kejiranan.tolong-menolong antara satu sama lain.
    Pukul 5.00 pagi jenazah telah sampai...kul 5.15 pagi aku dan kakak2 aku pergi melawat jenazah.
    Yang pergi biarkan pergi..yang hidup teruskan hidup berserta amalan di dunia ini...
    Selepas solat subuh berita kematian telah diumumkan di masjid kampung aku...
    dalam pukul 7.00 pagi lebih....sudah ramai orang kampung datang menziarah.
    Selepas solat zohor, jenazah akan dikebumikan. Suasan sedih seketika menyelubungi halaman rumah jiran aku...
    Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...aminn...

    Ok laa itu sahaja entry aku pada kali ini...Sekarang aku berada di Kota Bharu Klate.. ado kijo nie..hehehe..c u later k..

    Mutiara hari ini:
    Kehidupan berlangsung tanpa kita sedari sedetik demi sedetik.Sedarkah saudaraku bahawa hari-hari yang kita telah lewati justeru semakin mendekatkan seseorang kepada KEMATIAN?Allah SWT Yang Maha Penyayang mengingatkan manusia dengan firmanNya;
    “Setiap yang bernyawa akan merasai mati,kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (29:57)

    Jom Balik Kampung

    gambar hiasan
    Alhamdulillah syukurku padaNYA...
    Yeay... bertape tape..tape.. dan bertape tape lagi...hati dan perasaan ini melonjak-lonjak.. kegembiraan..gembira dan gembira dan gembira... mahu pulang ke kampung halaman....rindu sesangat kt keluarga terumanyer mak aku tersayang dan sayang dan terus sayang...td mase kt opis aku tgk ct aku daa approved...yeay...
    Terima kasih kt En.hasnol (my supervisor) cz approve sy py cuti..suke..suke..suke...masuk opis...pada 17/02/2010...selamat bercuti pada diriku ini.hikhikhik...

    Opsss...gmbr baby kt atas nie ade kaitan dan kene mengena ker ngn entry aku pada mlm nie????ade ker? ty diri sendiri dan cuba jawab diri sendiri..memang ade pun....Tahniah buat 2 org kwn sekampung aku ana dan yana...kerana telah selamat melahirkan cahaya mata seminggu yang lepas...Tapi malangnyer...kedua-duanyer bersalin xcukup bulan.Kepada yana Takziah di atas pemergian ank tersayang...mungkin kali ini xde rezeki lagi...kawan aku yana nie...die bersalin baby dia xcukup bulan...lagi seminggu nk sampai 7 bulan...ana plak...bersalin baby baru 7 bulan...ana terpaksa bedah kerana ade masalah dgn jantung baby. so doktor pakar suruh bedah...skg baby die masih lagi dlm inkabutor...Doa2 laa ye supaya kwn saya nie cepat sembuh...kepada yana jgn bersedih...anda senasib ngn kwn aku sorg nie...kwn satu kampung gak (dah)...first pregnant mase tue daa nk masuk 3 bln...daa keguguran..skg die daa second pregnant 7 bulan (tgh sarat)..kwn aku hasni pun daa pregnant skg daa 6 bulan...adesh!!!semua daa nk ade ank nie...diorg tertanya-tanya aku bile lagi... huhuhu...sabar yer..dan...sabar...dan terus bersabar yer...tggu jer kad mcm kad raya dari diri ini...(besar tue kadnyer...hehehe...)
    Balik nnti aku nk g melawat diorg semua...dah lama xtengok diorg..mcmn rupe diorg...dah td ym ngn aku gtau..berat badan die skg daa berat..biase laa tue... org tgh pregnant mst badan naik mendadak..uiksss..pandai2 jer aku nie...xde laa..tgk pglmn kakak2 aku daa..hehehe...
    Malam esok aku akan mulakn perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu yang memakan masa selama 7 jam perjalanan(normally)...Doakan aku supaya selamat sampai ke destinasi yg dituju iaitu kampung tercinta Felda Tenang...xsabar nk balik jumpe ngn ank buah jantung pisang aku nie...ank buah aku daa...
    Aku balik tumpang kwn aku mayuni (satu kampung) ngn kete die... korang bayangkn laa...motor tue kereta...huhuhu....aku bile nk ade kete sendiri....tepuk dada ty pada diri sendiri...huhuhu...
    Sebelum tue...nk nyanyi sikit....perjalanan jauh tak ku rasa kerna hatiku melonjak sama...ingin berjumpa sanak saudara yang jauh di mata....ooo..balik kampung....ooo...balik kampung....sila lah sambung sendiri lirik die...hehehee....
    Ok sekian dlu untuk entry pada mlm nie...(mlm esok aku ade dlm kete nie...)



    Mutiara hari ini:
    Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.


    gambar sekadar hiasan
    KESEDIHAN...Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia, selagi kita bergelar seorang hamba di sisiNYA...kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata, mana mungkin tiada air mata.namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam pada masa yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.Contohnya:
    1.Bila kita putus cinta,ditinggal kekasih atau kita dimarahi oleh seseorang, mulalah kita menjadi negatif, terasa kekurangan diri..aku bodoh, aku tak cantik,aku miskin dia kaya...aku itu, aku ini..semua yang menjatuhkan rasa keyakinan diri.Kesedihan yg begini ini cukup membuat kita merendah diri.Kita rasa diri kita ini serba kekurangan...
    2.Bila ada negara yg di landa ribut taufan.Contohnya Tsunami yg pernah berlaku di Acheh beberapa tahun dulu..ramai yg terkejut,ramai yang bersimpati dan rasa sedih.Itu kita yang mendengar apatah lagi mangsa ribut itu sendiri,kehilangan keluarga tersayang,harta benda.Dan diwaktu mereka kesedihan inilah ramai yg simpati dan merasai kesedihan mereka.Ramai yang menghulurkan bantuan dari negara luar termasuk Malaysia.
    Sama juga seperti kawan2 kita yang sedang kesedihan kerana putus cinta,kena tipu,kehilangan org tersayang..kita cuba bantu mereka meredakan kesedihan atau berkongsi masalah mereka dengan nasihat dan kata2 positif.Inilah contoh bekerjasama sesama manusia dalam kesedihan.
    Sejak kebelakangan ini, aku sering mendapat berita yg kurang menyenangkn...ade laa beberapa kwn aku nie yg telah clash/putus dgn pakwe...ade yg couple...pastu clash..pastu couple..pastu clash..last2 kwn.ade sorg kwn aku nie daa 5 tahun couple last2 putus...kite bukan nak bende nie terjadi kan...kite hanya merancang...kwn aku bgtau...die rase diri die tak sesuai untuk bf die...so skg die daa couple ngn org lain...menakutkan jer untuk diri ini bercouple....emm...xyah couple laa diri nie...kawen terus kan..berkawan dlu..klo daa serasi dan senang dgn si dia terus je kawen... pastu bercinta,...waaa..bestnyer...suke..suke..suke...
    Sebenarnya, Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang, membaca al-quran dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan Maha Berkuasa.Allah jualah yg mengetahui disebalik sesuatu kejadian.Kita hambaNYA hanya mampu merancang dan selebihnye kita berserah padaNYA serta bertawakkal dan juga banyakkan berdoa.
    Kesedihan sama juga dengan kegagalan,ia boleh memberi rahmat atau kecelakaan pada diri kita.Bergantung pada reaksi kita menerimanya samada hendak membawanya ke arah positif atau negatif.Contohnya, bila cinta putus di tengah jalan,ia sebenarnya membawa seseorang itu ke titik permulaan dalam hidup.Dimasa inilah kesedihan mempamirkan diri,dan bertindak sebagai pembimbing kepada jalan kejayaan atau membawa kemusnahan diri.Semua bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya dengan kesedihan.Tenang jiwa kita tenanglah kita membuat keputusan sebab itu jangan membuat keputusan dalam keadaan kita yang tertekan.Pilihan ditangan kita.
    Perasaan Sedih sama juga dengan Emosi Cinta,boleh membaiki jiwa kita,memberi dorongan untuk terus menghadapi liku-liku hidup ini dengan tabah dalam dunia yg penuh pancaroba.
    Untuk itu,kita mesti tanamkan dalam diri kita, ' KESEDIHAN DI TERIMA SEBAGAI SATU FAEDAH BUKANNYA KECELAKAAN '
    Utk kawan2 tersayang,'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah ia..cambahkan ia,agar esok dapat memungut faedah kegembiraan dariNYA dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kita lagi..'
    Utk kawan2 disini sebenarnya sy sendiri dalam kesedihan.huhuhu...
    Dua minggu lepas 2 org kawan saya yang telah kehilangan orang yg tersayang.itu ibu kepada kwn saya. sorang di Terengganu dan sorang lagi di Kelantan.Semoga roh ibu mereka di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Semoga anda tabah menerima ketentuan dan takdir dariNYA.Tuhan lebih menyayangi ibu anda dari kalian.Telah tiba masanya Tuhan mengambil balik ibu kalian dari kalian setelah diberi pinjam untuk bersama kalian.
    Kepada mereka yang masih ada lagi kedua orang tua...sayangilah mereka...Macam saya nie...daa lama kehilangan ayah tersayang.Ayah saya pergi semasa saya berumur 2 tahun.Bayangkan saya tidak mengerti apa2 pada waktu itu.Saya tidak pernah merasai kasih sayang dari insan yg bergelar seorang ayah.Terima kasih kepada ibu tersayang Fatimah Binti Salleh di atas susah payah beliau membesarkn kami adik-beradik.Namun saya cuba pamirkan keceriaan,gelak ketawa di laman ini sebagai pengubat atau penawar kesedihan ini.U all semua hepi dengan jenakaku,diri ini yg berduka turut jd hepi.So,BE HEPIIII...yeayyy...Hidup mesti diterus kan!
    Mutiara hari ini:
    CINTA bukan dasar dari kebahagiaan, tetapi tanpa cinta adalah dasar dari kesedihan.
    LOVE isn't the base of happiness, but without love is the base of sadness.



    Related Posts with Thumbnails

    My Followers

    ♥ Tentang Diriku ♥

    My photo
    Jertih, Terengganu, Malaysia
    I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D

    Life Time

    allah

    * STRENGTH *

    I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

    hambaNYA

    Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

    (◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)