Alhamdulillah...Masih diberi ruang dan kesihatan untuk diri ini kembali menaip di ruangan ini.
Aku berharap pembaca diluar sana sihat dan bahagia serta senantiasa diberi hidayah oleh Allah
Alhamdulillah
setelah menamatkan zaman 'single' pada 1/9/2011 dan aku disahkan hamil
pada bulan Mac 2012.Alhamdulillah berkat doa semua...Mengimbas kembali saat kelahiran puteriku yg comel pada 26/12/2012 hari Rabu jam 4.15 pagi.
Selasa 25/12/2012,
Selepas solat Subuh, aku tersedar ade lendir dan darah
pada kain...itu adalah salah satu tanda untuk bersalin aku segera
beritahu pada kakak ku. Die ckp memang tanda2 dah nk bersalin.Aku
disuruh untuk bersiap ke hospital. Sebelum pergi hospital kami singgah
kat kedai kopitiam. kene mkn kenyang2 utk menambahkan tenaga semasa nak
'push' baby nanti. biasa orang yang ade pengalaman lain sikit orang
yang baru mcm aku nie...ermmm... awal sgt kot kitorg sampai kat kdai,
masakan panas pun belum masak lagi yg nak order semua belum masak
lagi.last aku mkn telur 2 biji n roti bakar jer. Aku ditemani oleh kakak
dan suami, Sampai di Hospital Pakar Perdana KB, aku dimasukkan ke dalam
labour room. Perasaan ketika itu mula rasa berdebar, kelakar pun ade
sebab perut aku tak rasa sakit sangat.Doktor Zanariah check jalan baru
2cm. aku tanya pada doktor agak2 pukul brp bersalin, doktor ckp mungkin lewat
malam nanti atau awal pagi esok. Nasib baik doktor perempuan nie ramah
orangnya.Aku dah cakap aku nak bersalin secara normal. Kemudian aku
dimasukkan ke dalam wad.Alhamdulillah suami senantiasa menemaniku.
Nurse dtg melawat dan lakukan ECG (electrocardiogram)nak check denyutah
jantung baby dan kesakitan pada rahim, memang ia agar menyakitkan.
Alhamdulillah denyutan jantung baby sihat, kakak dan anak2nya serta adikku dtg
melawat. Pada ketika itu, mak tak dapat dtg menjenguk aku kat hospital
sebab sangkut banjir on the way nak datang KB nie.
Pada malam nya,
nurse dtg utk lakukan ECG (electrocardiogram) sekali lagi. Alhamdulillah
service kat sini ok..berbaloi laa kalau charge mahal.Pada pukul 11 mlm,
aku rasa perut semakin sakit dan tak dapat nak tidur.Aku memberitahu
kpd suami agar memanggil nurse,nurse segera datang dan die cucuk dan
masukkan ubat utk hilangkan rasa sakit.Alhamdulillah selepas di inject reda sikit rasa sakit tue..
Rabu 26/12/2012,
Pukul 00.15 awal pagi.,asa sakit datang balik.. kali nie betul2 daa tak dapat nak tahan lagi...nurse dah bagitau tadi, kalau lepas inject nie sakit balik kena masuk labour room.Dalam pukul 1 pagi aku dimasukkan ke dalam labour room...nurse check bukaan rahim daa 5 cm... pada masa tue aku mula bertarung nyawa... sakit hanya Allah sahaja yang tahu.. Suami masih di sisiku.. Dia yg banyak memberi dorongan, semangat dan nasihat... supaya ape2 yg terjadi kite harus bergantung pada yang Maha Esa. mulut nie tak putus2 membaca ayat2 yg boleh meredakan kesakitan...start kul 2 pagi aku mula meneran perlahan-lahan. nurse menyuruh aku supaya baring mengiring kiri dan kanan dan cuba meneran perlahan-lahan...Aku mengikut apa sahaja arahan yang nurse suruh.. sambil memegang jari suami agar dapat kekuatan... dalam keadaan sakit pun sempat aku berfikir.. nanti sakit pula jari suamiku disebabkan aku pegang kuat sangat jarinya..aku memegang pada besi katil tue utk bertambah kuat!!!
Dalam pukul 3 pagi, aku terdengar pesakit bilik sebelah meraung kesakitan,Suamiku berpesan jangan fikir sangat pasal orang sebelah... sayang perlu kuat dan ingat kat Allah... sayang nak keluarkan baby kite nie... sayang boleh buat...mendengar kata2 suami tersayang aku semakin bersemangat utk push... suami tak putus2 beri sokongan... push... push sayang.... sayang boleh buat...sayang kuat kan... nie kata2yang sering suamiku cakap.Dalam pukul 3 lebih terdengar suara baby daa keluar... suamiku pun cakap... dengar tak suara baby tue.. sambil mengangguk, aku cakap dengar hubby...kite nak baby kite pun keluar jugak... suamiku cuba memujuk dan beri semangatmelihat kesakitan dan kepayahan yang aku alami.. suamiku meminta izin kepadaku untuk ke surau solat hajat. agar keberatanuntuk aku melepaskan dia pergi..kalau boleh aku tak nak berrenggang walau sesaat pun dengan beliau.Tuhan masih ade.. aku perlu bergantung pada DIA..demi niat yg baik... aku akur dengan permintaan beliau... Alhamdulillah berkat doa suami... selepas dia menunaikan solat hajat... Air ketubanmulai pecah... dan bukaan daa terbuka.. tunggu masa jer untuk aku meneran sekuat-kuatnya...Suasana dalam bilik aku bersalin semakin gamat... suami, seorg doktor dan 2 orang nursetidak putus-putus memberi sokongan kepadaku untuk aku push sekuatnya untuk keluarkan baby...terutama sekali suami tersayang... sampai kering kering tekak nie duk meneran...
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin.
ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.
Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa mustajab. Kita dianjurkan untuk sering membacanya,
lebih-lebih di saat kita mengalami kesulitan.
Alhamdulillah... tepat pukul 4.15 pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri yang comel seberat 3.2kg secara normal.selepas baby keluar, doktor bagi baby kepada ku untuk aku pegang... aku pegang jari kecilnya yang comel... baby terus memegang erat jariku... Subhanallah...Alhamdulillah ku bersyukur padaMU Tuhan kerana menganugerahkan cahaya mata.Anugerah yang tidak ternilai harganya. Status sekarang seorang isteri kpd suami, seorang ibu kpd anak. Tengah harinya mek dan abg dtg melawat...Bermalam di wad
Khamis 27/12/2012,
Alhamdulillah, setelah doktor Mazidah dtg melawat dan check baby... aku dibenarkan pulang ke rumah...
Terima kasih kepada staff di Hospital Pakar Perdana menjaga kami sepanjang kami berkampung di sana.
Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan. Memang benar kata orang bersalin tu sakit.Kini baru aku mengerti.. Kesakitan akan terasa hilang bila melihat wajah insan yang baru dilahirkan...
Nur Amjad Insyirah (Cahaya Mulia kegembiraan) puteri kami...