Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Ah!..kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada

tolok
bandingnya. Sering saja menyihirku dgn keindahannya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan
yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa ‘kehadiranNya’ di sisiku.

Dia seolah2 ‘bertanya’ kepadaku, “Adakah kamu mencintai aku?. Aku menjawab,” Sudah tentu! Bukankah Kau
Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu!.” Kemudian Dia bertanya lagi,”
Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu”. Aku
tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat
pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang
selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya
ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”

Kemudian
Dia bertanya lagi,” Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?”. Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai
sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku
berfikir…ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan
mereka
masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat
sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu
aku akan tetap menyintaimu Ya Allah”.

Dia bertanya lagi,” Jika kamu
ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”.
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku
tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi
menggunakan hati. Aku jawab, ‘Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu”.

Dia menyambung lagi persoalanNya,
“Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?”. Aku
tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir jika aku tak punyai lisan, aku masih punya suara hati. Allah pasti dapat mendengarnya. Kemudian aku menjawab,” Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu didalam hatiku”.

Dan… Dia terus bertanya lagi,” Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?”
dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin,”
Ya! benar wahai Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya
Tuhanku! Cinta agungku! Punca kebahagiaanku.” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup
bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanya lagi..

“Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa?.” Aku jawab, ” Aku
cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna…lgpun aku bukannya
maksum. Moga Kau dapat menerimaku seadanya.” “Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira…kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan
mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan
merayu kepada aku!.” Aku tidak mampu berkata-kata. Yang
kusedari…titisan panas turun membasahi pipiku.

“Mengapa kamu buat begini…kadang-kadang sujud menyembahKu, dan
kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang
mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu
sedangkan kamu tidak setia
kepadaKu?” Kurasakan titisan panas semakin
deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa? Kamu malu kepadaKu? Mengapa
kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi
kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk
berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah
perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku.
Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku
yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari
jawapan… atau alasan… namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia
berkata-kata lagi… “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam
dirimu ilmu dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu
berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Kamu gunakan ilmu yg Aku kurniakan utk mengingkariKu! Berbangga-bangga dengannya sedangkan ia bukan milikmu! Bahkan kamu mencabar Aku! Aku
tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari ataumenghayatinya!.
Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada kata-kataKu!. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil
peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan
dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah aku perkenankan dengan
pelbagai cara. Dan sekarang… adakah kamu tidak malu menyatakan yang kamu menyintaiKu?. Aku
tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab
persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah
aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan
diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di
kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku… ampunkanlah segala
dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah…

kemudian Dia
menjawab, Sifatku pengampun…barangsiapa yang memohon keampunan
dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu.
Aku bertanya kepadaNya,” Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku
sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun
berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab,
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.Apabila
kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala
rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira
dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan
memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap
bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu
selama-lamanya.”

Di saat ini, aku hanya mampu berkata: Yaaaaa Allaaaaahh!!!…….