All Praises to Allah...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT UMMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun². yang sebelumnyer... inilah yang selalu kita harap².kan.. Insyaallah. Hari sudah 14 Ramadhan 1432 Hijriah. sedar tak sedar sudah separuh bulan kita telah menjalani ibadah puasa...

WANITA....oh WANITA....duhai WANITA...wahai WANITA...termasuk aku adalah seorang wanita...baru aku sedar aku bukan lagi seorang remaja, aku adalah seorang WANITA... seiring dengan perubahan itu, maka bertambah jua lah pengorbanan dan hala tuju yang perlu aku berhati-hati dalam merialisasikan sesuatu perkara....

Bergelar wanita, sedarlah dirimu dilimpahi pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t. Biarpun malam kamu dibasahi air mata dek kedukaan yang melanda, namun siangnya senyummu terukir melihat sinar mata anak-anakmu yang begitu sungguh-sungguh menyayangi dirimu.

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Sesungguhnya begitu banyak imbuhan dan pahala yang menantimu kerana didikan yang benar bakal melahirkan insan yang menyayangi Allah. Mereka akan mendalam sujud-sujud dalam apa jua ibadah mereka.

Didikan itu bukan sahaja buat anak-anakmu di antara perempuan-perempuan sejenismu. Anda boleh menjadi penyeru menggunakan kata-kata yang indah, menyejukkan hati, nasihat mendamaikan jiwa, berdebat penuh hikmah, berbincang dengan cara yang mulia. Pasti kisah hidupmu nanti harum seindah kasturi dan sering diingati.

╔♫═╗╔╗
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝
ALLAH S.W.T
...mY FaMiLy.. ^^
mY LOvE... =)
mY FriEnDS.. ~.~
n aLL Of My ThIngS...
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•


~sekian Terima Kasih ~