Sumber : myMetro Bimbingan Tazkirah Remaja
Gambar sekadar hiasan
PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.
Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:
"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.
0 comments:
Post a Comment