♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...


All Praises to Allah...

Alhamdulillah...Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesihatan fizikal,mental,keceriaan kebahagian dan juga rezeki yang halal...
[arini dapat gaji...+]Doaku agar kalian pun begitu...


~ aku dan dia ~

Masa kecil aku pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?Kenapa aku bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?Bukan begitu.Naluri kanak-kanak aku pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.Tetapi aku memang bingung.Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata aku tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah aku jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.Aku bingung.Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.Maka tidak hairanlah mengapa aku bingung ketika itu.Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya.Kisah bercinta menjadi lebih hebat.Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.Kisah cinta disekeliling aku bermacam-macam.Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.Aduh! aku menjadi semakin bingung.Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan.Kini setelah aku berusia dua puluh empat tahun, aku semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang aku fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat aku cari jawapannya.Dalam kamus hidup aku tak pernah wujud istilah pakwe, kekasih atau boyfren. Alhamdulillah dan terima kasih kepada DIA Sang Pencipta dan juga Sang Pencinta Yang Maha Agung kerana telah menjaga hati dan perasaan aku dalam jurang cinta yang boleh melalaikan aku.Sekarang hanya adalah my future husband [malu nak berterus terang di sini...hehehe...].Terima kasih Tuhan kerana akhirnya sudah terbuka hati ini untuk menerima someone...blushing...blushing..blushing...[pengakuan secara jujur dan ikhlas...mesti ade yang dah tau dan akan terus usha-usha nie...hehehe].Semoga hubungan ini mendapat keredhaan dan dijauhi dari segala fitnah.Dan juga semakin bertambah kemanisan iman kami kepada DIA Yang Maha Kuasa.Insyaallah...

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang.Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi aku, untuk memahami istilah cinta, aku perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.Aku perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.

Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.Semakin dewasa aku semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan aku yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab.Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang aku ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).Perkahwinan yang memang bergelora.Sesekali terasa takut pula memikirkannya.Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus.Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?Isu yang berat untuk difikirkan bersama.

Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah. Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula aku fikirkan sejak kecil lagi.Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kawan-kawan aku yang bakal melansungkan pernikahan bulan November dan juga Disember.Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan.Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat.Tahniah dan selamat menempuh alam baru!Gembira hati aku bila mendengar berita kawan-kawan nak mendirikan masjid. Alhamdulillah...jodoh diorang sudah sampai. Aku? Insyaallah akan mengikuti jejak kalian semua.... Insyaallah...mohon doa dari semua...

Terima kasih...+

" Lepas kahwin nanti luahkanlah…
cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih,
kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna!
Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah. InsyaAllah akan lebih diberkati Allah "




" Allahu Rabbi,
Aku minta izin...
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta...

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang...
Hingga membuat lalai akan adanya engkau...

Allahu Rabbi,

Aku punya pinta...
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
...
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas...
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh...

Allahu Rabbi,

Izinkanlah...
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta...

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu...
Dan membuatku semakin mengagumimu dan mengingatimu...

Allahu Rabbi,
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta...
Pertemukanlah kami...
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu...

Allahu Rabbi,

Pintaku yang terakhir..
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta...

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku...
Anugerahkanlah aku cinta-Mu Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu..
Amiiinnn......"


" Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta.
Cinta boleh berputik pada bila-bila masa.
Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta
14/10/2010
06 Zulkaedah 1431
"



Alhamdulillah...All praises to Allah...akhirnyer terupdate juga ♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥...

Actually aku dah lama pasang niat nak update entry nie...dah seminggu...so korang anggap laa korang tengah baca pada minggu lepas yer...hehehe...ade orang baca ker entry aku nie...aku tahu ade....haaa. tu dia...tengah senyum dan tersengeh dah tue....lalala~

kali nie entry jalan dan berjalan...Alhamdulillah setelah sekian lama aku mengidam (alamak mcm org pregnant plak nie..) nak pergi i-city....alang nak pergi sana..aku wat laa reunion tuk batch SPM'03 SMKAWA..even tak ramai yang datang tapi tetap meriah...ade juga yang datang separuh jalan...kesian plak....

Dari stesen Serdang ke KL Sentral (6 stesen) dari KL Sentral aku naik tren ke Pelabuhan Klang berhenti kat stesen Padang Jawa (11 stesen) tak pernah aku sampai stesen nie...sampai stesen Padang Jawa..kawan aku hally datang jemput aku...lepas tue kitorang pergi beli belah untuk picnic malam tue...menu mee goreng basah dari chef aku sendiri dan tukang rasa hally..tue yang sedap tue...hehehe

Tempat:i-city Shah Alam
minah rempit first class....baru aku tahu nak masuk i-city RM10 sebuah kereta..motor free jer.. tabik hormat kt minah rempit...hahaha

baru jer sampai...posing sat.... from left:nor,hally,asmad,cah,dila,mai
jom mamam...

bila dah kenyang...macam nie laa jadiyer... duduk dari belakang:nor,dila,huda,asmad,mai dan syapik (lelaki tunggal pd malam tue) duduk dari depan:cah dan hally


Tempat:Taman Tasik Seksyen 2 Shah Alam
bunny vs mashimaro...sampai tak nampak biji mata daaa...so cute...

eh...sama color baju aku ngn si kuda laut tue...hehehe.. before nk p sana aku dah 4G ngn die..lalala~

hally wif rabbit

aku cuba memberanikan diri tue...hehehe

Terima kasih kepada kawan2 yang menceriakan hari aku pada saat itu...Semoga ukhwah ini akan berkekalan hendaknya...insyaallah....aku sayang kamu semua....muah3...
Takziah juga aku ucapkan kepada kawan baik aku mase kat Jasper.Sharifah Nor Azierah kerana telah kehilangan adik kesayangan beliau pada 15/10/2010 ...Adik beliau merupakan mangsa yang ke 13 terkorban dalam tragedi 10-10-10..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solihin..aminn.. al-fatihah...
♥ ♥ ♥ Sekian Terima kasih....♥ ♥ ♥



Alhamdulillah...segala puji bagi Allah....Tuhan yang Maha dari Segalanya...Terima kasih kerana di beri kesempatan pada kesempitan ruang nie..[actually...aku dah nak tidur..] untuk aku berceloteh di ruangan nie ♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO ME....
HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF.
  • I wish...Selamat Hari Lahir buat diriku sendiri...[kembang kempis lubang hidung wish diri sendiri nie...lalala~]
  • I wanna to say...Berbillion Terima kasih kepada Fatimah Binti Salleh (my mom) kerana telah bersusah payah melahirkan dan mendidik dan juga membesarkan aku...maaf di atas kerenah dan kedegilan dan kenakalan ankmu yg sorg nie...aku tahu aku tidak dapat membalas jasa dan juga pengorbananmu hanya doa dan harapan yg aku senantiasa panjatkan untuk mu..wahai ibuku...[i tried to b a good daughter]
  • I pray to Allah, semakin bertambah usia aku ini...semakin bertambah segala amalan dan ibadahku pada-MU ya rabb...[i tried to be a good muslim]
  • I pray to Allah, panjangkanlah umurku...sekiranya Engkau ingin mengambil nyawaku...matikanlah aku dalam keadaan yang beriman dan tempatkanlah rohku bersama para solihin.
  • I pray to Allah, Semoga aku senantiasa cekal dan sabar dalam meniti hari-hari yang mencabar...semakin hari semakin banyak ujian yang Allah hadiahkan untuk ku..Thanks god
  • I pray to Allah, semoga rezekiku yang halal bertambah-tambah.
  • I just wanna to say..Terima kasih Tuhan krn telah menghadiahkan aku insan yg begitu berharga dlm hidupku...Sesungguhnya aku begitu menyayangi dirimu my love..my dear..my honey..i LOVE u and miss u so much!!! kerana dirimu begitu berharga bagiku...tanpamu siapalah aku [haa....jgn fikir yg bukan2 yer...of course laa my mom kt kg tue...]
  • I pray...Semoga aku cepat berj_d_h [owh malunyer nk mengisi ruang yg kosong disitu...amat berbesar hati harapan seisi family ku ini...]
  • I wish to celebrate my birthday together with my big family...[akan diforwardkan pd mase yg akan dtg sebelum tahun depan menjelma laa...]
  • I wish...aku dapat berpijak di tanah suci itu....nak pergi Mekah...nak bawa mak bersama..[lagi best klo ade si 'dia' bersama...hehehe]
  • I pray...semoga roh ayah tenang dan aman di alam sana...amin..
  • I pray....semoga kehidupanku ini senantiasa berada di bawah payung rahmat dari-NYA, diberkati dan dipermudahkan segala urusan..jauhilah dari segala kecelakaan..aminnn ya rabbalalaminn.....

yeay....sempena ulang tahun kelahiran aku nie...aku sempat buat kek...'blueberry cake'..silalah menjamu selera yer....:)

loading....99%


loading....86%



loading...83%



loading....79%



loading...73%



loading....68%



loading....64%


laoding...55%


loading....43%



loading...33%


loading....24%

loading....19%

loading...18%

loading....10%

loading..9%

loading error....[hehehe...]

tarraaaa..... jeng...jeng...jeng....ini die kek aku maksudkan...

just edit laaa...lalala~

sorry dont try and error to angry yer...hehehe

" Tuhanku, rahmatilah akan ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya telah mendidik aku dikala kecil."

Related Posts with Thumbnails
cun





My Followers

♥ Tentang Diriku ♥

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D
allah

Life Time

allah

* STRENGTH *

I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

hambaNYA

Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

(◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)