Alhamdulillah...Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesihatan fizikal,mental,keceriaan kebahagian dan juga rezeki yang halal...
[arini dapat gaji...+]Doaku agar kalian pun begitu...
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah aku jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.Aku bingung.Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.Maka tidak hairanlah mengapa aku bingung ketika itu.Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya.Kisah bercinta menjadi lebih hebat.Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.Kisah cinta disekeliling aku bermacam-macam.Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.Aduh! aku menjadi semakin bingung.Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan.Kini setelah aku berusia dua puluh empat tahun, aku semakin mengerti. Kisah pasangan berdua-duaan yang aku fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat aku cari jawapannya.Dalam kamus hidup aku tak pernah wujud istilah pakwe, kekasih atau boyfren. Alhamdulillah dan terima kasih kepada DIA Sang Pencipta dan juga Sang Pencinta Yang Maha Agung kerana telah menjaga hati dan perasaan aku dalam jurang cinta yang boleh melalaikan aku.Sekarang hanya adalah my future husband [malu nak berterus terang di sini...hehehe...].Terima kasih Tuhan kerana akhirnya sudah terbuka hati ini untuk menerima someone...blushing...blushing..blushing...[pengakuan secara jujur dan ikhlas...mesti ade yang dah tau dan akan terus usha-usha nie...hehehe].Semoga hubungan ini mendapat keredhaan dan dijauhi dari segala fitnah.Dan juga semakin bertambah kemanisan iman kami kepada DIA Yang Maha Kuasa.Insyaallah...
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi aku, untuk memahami istilah cinta, aku perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.Aku perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.Semakin dewasa aku semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan aku yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab.Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang aku ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).Perkahwinan yang memang bergelora.Sesekali terasa takut pula memikirkannya.Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus.Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah. Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula aku fikirkan sejak kecil lagi.Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kawan-kawan aku yang bakal melansungkan pernikahan bulan November dan juga Disember.Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan.Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat.Tahniah dan selamat menempuh alam baru!Gembira hati aku bila mendengar berita kawan-kawan nak mendirikan masjid. Alhamdulillah...jodoh diorang sudah sampai. Aku? Insyaallah akan mengikuti jejak kalian semua.... Insyaallah...mohon doa dari semua...
cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih,
kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna!
Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah. InsyaAllah akan lebih diberkati Allah "
3 comments:
"Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu, mudah terpesonadengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki...& palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah ygdidengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya."
Semoga segala urusan mendpt keredhaan dari Allah...
dan jauh segala fitnah... insyaallah.
pssttt..anda pernah dilamun cinta?wink2
timbakarat....egtkn sapo dio laaa...
jeda...seigt nor laa...xpernah dilamun cinta pun...ade rs suke kt some1 tue ade laa ckit2...
org yg nk try tackle ade laaa....
hehehe....mcm2 kerenah...cubaan buat nor...
Alhamdulillah dpt control...
Sekarang nor tgh berjinak-jinak untuk mengerti erti sebuah kasih syg dan jga percintaan...lalala~
Post a Comment