♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...


Salam Eidul Adha buat keluarga tersayang terutamanya bonda tercinta, insan tersayang, saudara mara, sahabat handai. Maaf zahir dan batin di atas segala kekhilafan diriku ini.
...Kullu am wa antum bi alfin khoir...
All Praises to Allah...

Alhamdulillah....syukur kehadratMU Ya Illahi..keranaMU aku masih lagi bernafas..menikmat hidup di alam fana ini...Harapan dan doaku agar kalian semua sihat dan ceria
sokmo.Semoga hidup kita semua dilindungi serta diberkati oleh Allah s.w.t.insyaallah..aminn..
Harini...semua ummat islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha...Kepada mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji..semoga mendapat haji yang mabrur...insyaallah...aminnn....
Rasa sayu jer hati ini bila dengar takbir raya...aku bukan dengar takbir dari masjid, bukan juga dari tv dan radio...tapi di dalam laptop aku mainkan winamp...first time raya haji aku tak dapat beraya di kampung halaman...Kenapa? tak nak laa bagitau sebabnya..u fikir laa sendiri...huhuhu
hehehe...dalam kepenatan nie...sempat lagi aku nak update
♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥ nie...:) excited punye pasal nak bercerita laa katakan..
erm.... menu untuk hari raya haji kali nie, aku nak masak nasi minyak...terkejut jantungku sendiri bila tahu aku nak masak nasi minyak untuk lebih kurang 10 orang makan...[aku tak pernah masak nasi minyak lol...]nie baru jer lepas goreng ayam...huhuhu...almaklumlaa...umah aku takde peti ais...so klo buat esok pagi nanti ayam tue berbau...so esok aku akan try and error masak nasi minyak...
okies..mata aku pun dah pedih...before sleep..aku kene habiskan lipat kain dulu.huhuhu...tue laa sape suruh angkat kain tadi..kan kene lipat terus...[membebel pada diri sendiri...kesian kat aku...huhuhu] penat memang penat....dari balik opis sampai sekarang belum lagi rest secukupnyer...terpaksa berkorban lebih sempena arini raya korban... tadi balik dari opis pergi the mines dengan kak ummi...beli barang untuk masak nasi minyak... banyak juga borong...nasib dengan kedai aku tak borong skali...hehehe...mau patah tulang belulang aku nie...dengan berasnya 5kg. nasib tak 50 kg... opsss...hehehe.... okies.. aku mau stop di sini dulu...cau cincau... esok aku tak buat air cincau yer..aku buat air rudbir.Jemput laa datang beraya di rumah sewa aku nie...kalau nak try test rasa nasi minyak dari chef aku sendiri...

p/s:tak sabar nak jemput kawan2 aku datang beraya kat umah nie...wish pada diri sendiri.. semoga nasi minyak menjadi nasi minyak...bukan jadi nasi lain...hehehe...Semoga korang happy and ceria sokmo..


All Praises to Allah...
~ Tidak Mampu Hidup Sendiri ~ pena ini menari-nari dan berjoget di atas keyboard ini...mencari sesuatu untuk dikongsikan bersama..Ahamdulillah akhirnyer terupdate juga artikal ini....korang bajet laa yer baca pada 31/10/2010. Oleh kerana kekangan mase dan juga keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk berceloteh pada tarikh itu...Aku harap semuanyer diberi kesihatan, keceriaan serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Sang Pencipta dan juga Sang Pencinta Yang Maha Agung...

~ gambar hiasan ~
Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenal, menyayangi dan saling membantu. Keduanya pun punya tugas yang sama, iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing. Oleh itu, peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi ini. Ayah dan ibu contohnya, disebabkan mereka memiliki tanggungjawab yang berbeza maka keluarga anda dapat hidup dengan baik. Cuba bayangkan, sekiranya keduanya tidak saling membantu, wow....rumah anda tidak akan tenteram.

Manusia dapat saling berkenal, menyayangi dan tolong-menolong, Tuhan emmberikan potensi kepada lelaki dan perempuan rasa cinta. Dan rasa cinta ini pula yang akan membantu lelaki dan perempuan untuk merealisasikan keluarga dan keturunan mereka. Mulia kan tugas mereka? Cuba bayangkan jika keduanya saling bermusuhan, ehm...tentu sahaja kehidupan ini tidak wujud. Kerana itulah lelaki dan perempuan tidak boleh hidup terpisah. Jadi, sudah sewajarnya jika lelaki dan perempuan saling jatuh cinta.

31/10/2010 - Diari Cinta 2010 berbisik

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut. (H.R Bukhari dan Muslim)



Related Posts with Thumbnails
cun





My Followers

♥ Tentang Diriku ♥

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D
allah

Life Time

allah

* STRENGTH *

I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

hambaNYA

Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

(◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)