~ Tidak Mampu Hidup Sendiri ~ pena ini menari-nari dan berjoget di atas keyboard ini...mencari sesuatu untuk dikongsikan bersama..Ahamdulillah akhirnyer terupdate juga artikal ini....korang bajet laa yer baca pada 31/10/2010. Oleh kerana kekangan mase dan juga keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk berceloteh pada tarikh itu...Aku harap semuanyer diberi kesihatan, keceriaan serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Sang Pencipta dan juga Sang Pencinta Yang Maha Agung...
~ gambar hiasan ~
Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenal, menyayangi dan saling membantu. Keduanya pun punya tugas yang sama, iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing. Oleh itu, peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi ini. Ayah dan ibu contohnya, disebabkan mereka memiliki tanggungjawab yang berbeza maka keluarga anda dapat hidup dengan baik. Cuba bayangkan, sekiranya keduanya tidak saling membantu, wow....rumah anda tidak akan tenteram.
Manusia dapat saling berkenal, menyayangi dan tolong-menolong, Tuhan emmberikan potensi kepada lelaki dan perempuan rasa cinta. Dan rasa cinta ini pula yang akan membantu lelaki dan perempuan untuk merealisasikan keluarga dan keturunan mereka. Mulia kan tugas mereka? Cuba bayangkan jika keduanya saling bermusuhan, ehm...tentu sahaja kehidupan ini tidak wujud. Kerana itulah lelaki dan perempuan tidak boleh hidup terpisah. Jadi, sudah sewajarnya jika lelaki dan perempuan saling jatuh cinta. 31/10/2010 - Diari Cinta 2010 berbisik
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut.” (H.R Bukhari dan Muslim)

0 comments:
Post a Comment