puisi ini dituju khas buat seorang insan yang paling aku cintai...
Hari ini bertarikh 23 October 2009
Tarikh 23 October mungkin hari biasa bagi insan-insan lain di dunia ini...
tapi bagi aku...tarikh ini amat teristimewa buat diriku..kerana ia adalah
tarikh ulang tahun kelahiran bonda kesayanganku..puan FATIMAH BINTI SALLEH...
aku amat sedih kerana berjauhan dengan beliau pada tarikh ini...
bahkan aku rasakan pada hari ini ibuku agak kesunyian...
kerana hampir kesemua anak-anak beliau berada jauh dari sisinya...
maafkan anakmu ini...kerana tidak dapat bersamamu untuk menyambut hari kelahiranmu...
Tapi bukan tarikh 23 Oktober yang mendetikkan perasaan kasih dan sayangku padamu...
aku memang sayangkan ibuku...
setiap saat,
setiap minit,
setiap jam,
setiap hari,
setiap minggu,
setiap bulan,
setiap tahun dalam hidupku...
perasaan sayangku padamu tidak pernah berbelah bagi...
perasaan sayangku padamu tidak pernah terpadam dan tidak pernah terhenti...
satu puisi buatmu ibuku...
ikhlas dari hati seorang anak mu yang nakal dan degil..hanya untukmu..ibuku..terimalah
Bonda,ibu,mek,mak,mama,mami,ummi...
engkaulah insan pertama dalam hidupku...
insan pertama dalam kasihku...
tidak dapat ku bayangkan betapa gelapnya hidup tanpamu...
aku amat menyayangimu...
Maafkan aku..
ketika aku mendetikkan perasaan marah pada hatimu...
ketika aku degil tidak mendengar nasihatmu...
ketika aku melukai hati dan perasaanmu...
ketika aku tidak patuh dengan suruhanmu...
Maafkan aku..
atas semua perbuatan nakal ku semasa kecilku...
atas semua kekasaran bahasaku padamu...
atas semua keingkaranku padamu...
atas semua tingkah lakuku padamu...
maafkan aku..kerana aku tidak sengaja menyakiti hati kudusmu..
Jutaan terima kasih..
di atas semua kasih sayang yang engkau curahkan padaku...
di atas kesabaran melayani telatah dan juga kerenahku...
di atas semua saat yang engkau sudi luangkan bersamaku...
di atas segala ketabahan dan kesabaran engkau melayani kerenahku...
di atas segala pengorbanan yang engkau sanggup korbankan masamu,nyawamu,jiwamu
dan ragamu demi melihat anak-anakmu hidup selesa...
di atas didikan yang engkau curahkan kepada kami semua anak-anakmu
dari kecil hingga dewasa...
dan juga mengajarku erti sebenarnya sebuah kehidupan...
Kerana..
aku tahu engkau tidak pernah mengeluh dalam mendidik anak-anakmu...
aku tahu diraut wajahmu penuh dengan kesabaran dan kecekalan hati seorang insan yang bergelar ibu...
aku tahu biarpun segala kepahitan yang telah engkau rasakan...
aku tahu engkau tidak pernah merasa jemu dalam mendidik dan membesarkan anak-anakmu...
Ibu...
setelah 20 tahun pemergian seorang insan yang engkau cintai...
sejak dari itulah engkaulah seorang ayah dan juga
seorang ibu buat kami anak-anakmu...hidupku kau korbankan biar dirimu
sendiri yang telah terkoban...aku tahu..aku tidak dapat membalas
segala pengorbananmu...hanya yang mampu aku lakukan adalah berdoa
setiap hari untuk kesejahteraan dan kebahagianmu...
senda tawamu..tidak dapat aku lupakan...
sebelum aku pergi terlebih dahulu darimu...aku harap engkau halalkan
segala-galanya walaupun setitik susu yg mengalir dari tubuhmu...
Kerana aku...
amat menghargaimu...
amat menyayangi...
amat mencintaimu...
engkaulah satu-satunya ratu hatiku...
engkaulah ibu terbaik bagiku...
"IBU...
selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-58 nor ucapkan...
setiap hari nor doakan ibu...
nor sayang ibu sangat-sangat!"
YA ALLAH aku amat bersyukur padamu..kerana engkau telah menghadirkan dan menghadiahkan aku seorang insan sebaik ini didalam hidupku..
terima kasih!..panjangkanlah umur dan limpahkan rahmat dan kurniaanmu kepada beliau..
YA ALLAH..berikanlah kekuatan kepada beliau dalam mengharungi liku-liku hidup..
YA ALLAH..memberkati kehidupanmu ibu..
AMIN YARABBALALAMIN...
:: Video ini adalah untuk melahirkn rasa syukur kita di atas kejadian yg MAHA ESA ::
:: renung2kan ::
.
" SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU "
0 comments:
Post a Comment