semalam ak terbaca satu artikel kt laman kawan nie...
tertarik plak ak ngn isi kandungan nya..
Renungan bersama...
Aku ingin membawa dua hadith yang diambil daripada Kitab Riyad-us-Solihin (Taman orang-orang soleh) hasil karangan Imam Nawawi.
Hadith 1:
Daripada Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Amat menghairankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu’min itu belaka, iaitu apabila ia mendapat kelapangan hidup, ia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran (yakni yang merupakan bencana) ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)
Pengajaran hadith:
1. Adalah merupakan kebaikan kepada seorang mukmin yang bersyukur jika ia menerima sesuatu kelapangan hidup.
2. Adalah merupakan kebaikan kepada seorang mukmin yang bersabar jika ia menerima sesuatu kesukaran hidup.
Persoalannya: Adakah anda beriman?
Hadith 2:
Daripada Abu Said r.a. dan Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
“Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang atau pun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti – yakni sesuatu yang tidak bersesuaian kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu.” (Muttafaq ‘alaih)
Pengajaran hadith:
1. Segala kesusahan yang diterima seorang muslim akan digantikan dengan keampunan Allah.
Persoalannya: Apakah kegembiraan apabila dosa-dosa kita yang diampunkan Allah tidak dapat menghilangkan kesedihan kerana kesusahan yang kita hadapi?
Apabila aku merenung dan memikirkan dua hadith ini, muncul kekuataan untuk aku teruskan kehidupan. Aku telah melalui pelbagai masalah, dugaan,kesusahan dan keperitan sebelum ini. Apakah dengan satu lagi ujian yang baru menimpa aku ini menyebabkan aku terus berputus asa? Berasa lemah dan keluh kesah? Aku tidak menafikan sifat manusia yang akan berasa sedih, takut dan lemah bila ditimpa musibah. Tetapi, Allah dan Rasul-Nya mengajar kita erti sabar.
Dua hadith di atas sepatutnya dan semestinya memberikan kita motivasi! Adakah kalian tahu bahawa Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala yang tidak terhitung banyaknya kepada orang-orang yang tetap bersabar? Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Az-Zumar, ayat 10, yang bermaksud:
“Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhanmu”. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”.
Subhana Allah!
Wahai diriku… Mohonlah keampunan Tuhan-Mu! Mohonlah pertolongan Tuhan-Mu! Hanyalah kepada Allah s.w.t. aku bergantung harap… Jika Engkau membiarkan diriku ini, siapalah yang dapat membantuku? Jika Engkau berkehendak mengurniakan kebaikan kepada diriku, siapalah yang dapat menghalangnya?Ya Allah!Ak percaya bahawa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...Ya Allah! Jadikan bagiku jalan keluar dari kesusahanku ini, berikan aku kekuatan dan kesabaran!Amin.
Wa Allahu A’lam
0 comments:
Post a Comment