♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥

Don't be sad,you will see that one day.. Everything is going to be just fine, Don't give up and try your best. Allah will always be with you...

gambar hiasan

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui manusia di muka bumi ini terdapat banyak cabaran, dugaan, halangan, suka duka, pahit manis dan berbagai macam ragam lagi wujud kerana itu sudah menjadi lumrah kita sebagai hamba-NYA yang sentiasa diuji untuk menilai sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Sang Pecipta seluruh alam ini. Ujian Sang Pencipta adalah berbagai bentuk antaranya sakit demam (seperti aku sekarang nie), bencana alam, gempa bumi, dalam perhubungan sesama makhluk dan sebagainya.

Apabila didatangi ujian yang menimpa diri setiap daripada kita, maka ada yang mengeluh kesah, kecewa malah ada juga yang sanggup menyalahkan Sang Pencipta dengan apa yang menimpa ke atas dirinya. Tahukah kita setiap ujian yang datang itu adalah anugerah yang dikurniakan oleh Sang Pencipta kepada kita? Itu tandanya DIA mengasihi dan menyayangi kita. Bukankah semakin banyak cabaran dan dugaan serta ujian yang dihadapi semakin dekat kita kepada Sang Pencipta?

Sekiranya tidak didatangi pelbagai ujian dalam kehidupan kita, mungkin kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Bukankah Sang Pencipta menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat kepada-NYA? Kalau kita mengetahui hakikat ini, pasti kita akan sentiasa melakukan dan menurut apa yang diperintahkan oleh-NYA. Tetapi masih ramai manusia yang lupa dengan tuntutan dan kehendak ini. Mereka lupa tujuan apa sebenarnya mereka dilahirkan di dunia ini, apa matlamat dan halatuju mereka serta apakah kesudahan kehidupan mereka di akhirat kelak.*berfikir sejenak...kerana diri ini masih kejahilan. Justeru itu, setiap yang berlaku terhadap diri kita hadapilah dengan penuh rasa syukur kerana itu adalah satu ANUGERAH DARIPADA SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian dari Sang Pencipta telah berikan kepada aku... walaupun diri ini punya masalah tersendiri, malah ada yang cuba mendekati aku dan menceritakan tentang masalah mereka. Aku suka sangat. Aku suka mendengar masalah meraka dan sedikit sebanyak aku dapat mengutip pengalaman mereka jadikan pedoman buat diri aku nie. Sebab time tue aku dapat memberikan nasihat dan memotivasikan diri aku sendiri. Aku bukannya arif sangat memberi nasihat kepada orang. Sesungguhnya yang baik itu jadikan teladan dan yang buruk itu jadikan sempadan...


p/s:memandangkan usia diriku ini makin hari makin meningkat...makin hari makin singkat. Maka aku perlukan sesuatu untuk melengkapi diri ini dalam kehidupan aku. Semoga aku terus kuat dan bersemangat. Semoga senantiasa mendapat keredhaan dan keberkatan yang hakiki. Mohon doa dari sahabat semua. Terima kasih.


SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai sebanyak 3 kali dan berlumba-lumba
untuk merebut fhadilat malam Nisfu Syaaban. Alangkah indahnye jikalau setiap malam macam itu...
Bacaan yang pertama : diniatkan memohon panjang umur.
Bacaan yang kedua : diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Bacaan yang ketiga : dimatikan dalam keadaan yang beriman (Husnulkhotimah).

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya. Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Alhamdulillah usai solat maghrib tadi aku cuba meringankan lidah dan cuba kuatkan semangat diri nie untuk membaca Yassin. Untuk menjaga bacaan dari segi tajwid dan makhraj aku nie sebanyak 3 kali.. aku buka laa winamp bacaan Yassin yang dibacakan oleh Syiekh Saad Said Al Ghamidi. Sedih pun ade time nie... hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku nie...erm...bagi pendapat aku laa kan...(merujuk kpd sumber2 yang boleh diguna pakai dan aku terbaca satu artikal) adalah kuantiti itu tidak penting..apa yang penting kualiti maksudnya. tak kisah laaa baca sebanyak mana pun asalkan tajwid, makhraj dijaga..kalau baca macam ribut, cepat sebab nak cukupkan bacaan 3 kali tu.tajwid dan makhraj pun terlanggar dan terbabas..maksud bacaan pun sudah lari. Lagipun tidak semestinya malam 15 Syaaban je baru nak baca Yassin..bila2 mase dan keadaan pun boleh baca..sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahualam...

erm...tetibe fikiran aku nie melayang-layang jauh di kampung...kalau malam nisfu syaaban aku dan mak tidak melepaskan peluang pergi masjid untuk baca Yassin secara berjemaah...lepas tue ade jamuan makan2... seronok jer time tue. selain itu boleh beramah mesra dengan orang2 kampung. Pejam celik, celik pejam... tinggal lagi 2 minggu kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Adakah diri ini sudah bersedia? Adakah Ramadhan yang akan aku lalui ini adalah lebih baik dari sebelumnya?...waa...sedihnyer bila mengenangkan Ramadhan yang lepas..huhuhu...harapan dan doaku untuk semua... semoga Ramadhan yang akan menjelang tiba nie adalah lebih baik dari sebelumnya.

Mutiara hati untuk hari ini :

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikkan maka
sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikkan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

-
Saidina Ali r.a -


~ fLOria ~


Alhamdulillah..syukur kehadrat-NYA kerana aku masih lagi diberi kekuatan, di beri kesihatan.. kecergasan fizikal dan juga kecerdasan mental nie...Aku tak nak celoteh panjang lebar kat sini...saja nak melepaskn rindu kat ♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥ nie... daa lama tak update...(hehehe baru jer 10 hari xupdate.huhuhu)

Minggu nie, kawan aku azie datang umah...yeay...memang sesangat happy kalau ade yang nak datang umah aku nie....dalam kepala otak aku..dah berkira-kira nak masak ape untuk tetamu... huhuhuhu....azie daa bagitahu awal2 die nak datang umah aku nie...so weekend nie aku habiskan masa dengan azie je laa...
(✿◠‿◠)~ hatiku ber✿ ✿ ✿ ✿ riaNg..*wink* ~ (nie status fb aku semalam..)aduyai..pelbagai tafsiran dan jangkauan dan juga andaian yang kawan2 aku komen kat fb...sebenarnyer maksud status aku adalah ini laa....hati berbunge riang sebab dapat jumpa dengan bunga kat sini...saja jer aku nie nak kasi gempak... hehehe...:D


10/07/2010 - Saturday

Pagi semalam...breakfast makan roti sandwich jer...pastu tengah hari aku masak biase2 jer... memang simple....huhuhu...nak tahu gak ker ape yang aku masak nie...bikin malu jer aku nak bagitahu....ok2...aku masak lauk ayam masak pedas dan kacang goreng jer...simple je kan..nasib baik azie nie tak memilih sangat bab2 makan....


Lepas sudah masak tengah hari...makan sama2,ikin roomate aku ajak pergi jalan2 kat Putrajaya ade pesta bunge...aku dan azie ape lagi..siap2 laaa...last minute plak tue...dalam kul 2.30 kitorang gerak... aku, azie, ikin dan sya. huhuhu...tunggu bus ade laa dalam 2 jam..sampai sana dalam pukul 4 lebih.arini kire pembukaan untuk pesta FLORIA nie...pesta nie bermula 10/07/2010 - 18/07/2010 bertempat di Putrajaya Persint 2.pergi jangan tak pergi.Tema kali nie Tema ala2 hutan gtue....sebelum nie tema bunge-bunge...banyak bunge rose time tue...kali nie satupun xde bunge rose...diorang nie kreatif dan inovatif sebab pandai mencorakkan binatang tue dari tumbuhan, bunga, dan juga bijirin.

Nasib tak baik..mase on the way nak blik hujan lebat daa....sampai umah, masing2 basah kuyup.penat wooo.... main lari2 dalam hujan...suka pun ade...penat pun ade...sekarang hidung aku pun daa mula tersumbat dan tekak pun daa rasa lain macam jer.... batuk? selsema? oh tidak.....

nie laa beberapa gambar yang kami snap! Ada banyak lagi gmbo....nie je yang aku nak letak.~ selamat datang ~
~ ikin bersama ladybird ~
~ sya bersama beruang ~
~ azie bersama katak ~
~ nor plak bersama penyu ~
~ yang nie aku xsure ape kebende nih! yang aku duk tilik2...kat badan binatang nie, diorang ukir dgn bijirin gak (kacang merah, kacang hijau, kacang barli)... ade gak kulit buah salak ~
~ ini burung bangau ~
~ cantik kan ukiran periuk kera nie...diukir dari bijirin dan bunge (kacang hijau, kacang merah) ~
~ azie bersama sang kancil ~
~ nor plak bersama baby orang hutan ~
~ ini kawan kami...spongebob ~
~ penat! berehat di atas titian nie...nasib baik kukuh! ~
~ 1 MALAYSIA jangan dilupa! ~
~ maka ini kami berempat ~
~ muka kepenatan sudaa....love u too ~
~ keep in touch! ~

p/s:walaupun penat...namun kami tetap happy and enjoy! ...yeay...


Jika Cinta Sudah bicara

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Cinta suci itu milik orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Milik mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Milik mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti.
Dan milik mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan bahwa cinta bukan untuk sementara tetapi untuk selamanya.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanyalah mencintai pantulan dari diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

CINTA sejati adalah saat kau dapat merelakan CINTA itu bahagia, bukan untuk mendapatkannya.

Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. – Dale Carnagie -

Hanya cinta yang bisa, menaklukkan dendam
Hanya kasih sayang tulus, yang mampu menyentuh
Hanya cinta yang bisa, mendamaikan benci
Hanya kasih sayang tulus yang mampu MENEMBUS RUANG dan WAKTU -Titi DJ-

“Cinta adalah kecondongan jiwa yang sangat kuat kepada satu bentuk yang sesuai dengan tabiatnya, maka jika pemikiran jiwa itu kuat mengarah ke sana, ia akan membayangkan bagaimana cara memperolehnya dan ia akan selalu mengharapkannya. Oleh karena terlalu memikirkan itu pula, biasanya penyakir baru akan selalu muncul bagi orang yang sedang jatuh cinta” -Imam Ibnu Jauzi-

Aku membawa segunung cinta untukmu
Sedang aku sesungguhnya tidak mampu membawa jubah dan aku begitu lemah
Cinta bukanlah bagian dari kebaikan dan tenggang rasa
Akan tetapi cinta adalah sesuatu yang karenanya jiwa terbebani dengan beban yang berat -Seorang Penyair-

Hal terberat yang kita lakukan adalah melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.

Cinta lebih mudah mekar dihati yang sedang dilanda kecewa, cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, oleh karena itu, bila sepi telah punah maka biasanya cinta juga akan turut terbang.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dekapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai”�darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Rasa cinta akan semakin terasa ketika kita kehilangan dan sadar bahwa betapa kita telah menyia-nyiakannya.

Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat engkau. Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.

Cinta adalah tamu yang selalu datang tanpa undangan tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan. Dan sesungguhnya hati akan merasa memiliki cinta apabila cinta itu telah pergi.

Cintailah orang yang kau cintai sekedarnya saja siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci dan bencilah orang yang kau benci sekedarnya saja siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan menjadi orang yang kau cintai.

Satu-satunya tujuan dalam suatu hubungan adalah belajar bagaimana kita dapat menjadi manusia yang mencinta.

Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dekaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.
~ Kahlil Gibran

Jatuh cinta adalah hal yang mudah, memeliharanya pun tak sulit, kesepian manusia sudah cukup menjadi penyebabnya. Yang sulit dicari adalah teman yang kehadirannya terus menerus menjadikan dia orang yang terus diinginkan. ~ Anna Loise Strong

Aku mencintaimu bukan karena dirimu, tetapi dikarenakan bagaimana aku ketika bersamamu. ~ Roy Croft

Aku tidak pernah tahu bagaimana cara memuja sampai aku mengetahui bagaimana cara mencinta. ~ Henry Word Beercher

Dengan sentuhan cinta setiap orang menjadi penyair. ~ Plato

Jika Anda bisa membuat orang lain tertawa, maka Anda akan mendapatkan semua cinta yang Anda inginkan.
~ Art Buchwald

Cinta bukanlah sumber kebahagiaan tetapi ketiadaan adalah sumber kesedihan. ~ Russel

Ketika kekuatan akan cinta melebihi kecintaan akan kekuasaan, maka dunia pun menemukan kedamaian.
~ Jimi Hendrix

Mencintai artinya berbagi kebahagiaan demi kebahagiaan orang yang kita cintai. ~ GW Von Leibnitz

Kebahagiaan utama dalam hidup adalah keyakinan bahwa kita dicintai. ~ Victor Huo

Kita dibentuk dan diperindah oleh apa yang kita cintai. ~ Johan Wolfgang Von Goethe

Usia tidak melindungi anda dari cinta, tetapi cinta melindungi anda dari usia. ~ Jeanne Moureau

“ Tak ada di muka bumi yang lebih menderita dari pemabuk cinta. Manakala hasratnya telah tercapai, hanya pahit yang dirasakan.Kaulihat hari-harinya adalah tangis dan air mata. Khawatir akan perpisahan dan larut dalam cinta.Kala jauh menangis karena dilanda kerinduan. Saat dekat pun menangis karena takut perpisahan.
Matanya selalu penuh air mata kala bersamaan dan mengalir deras saat dipisahkan.”
- sebuah syair di Shaidul Khatir, Aljauzy-

Suatu malam kutanya cinta: “Katakan, siapa sesungguhnya dirimu?”
Katanya: “Aku ini kehidupan abadi, aku memperbanyak kehidupan indah itu.”
Kataku: Duhai yang di luar tempat, di manakah rumahmu?”
Katanya: “Aku ini bersama api hati dan du luar mata yang besar. Aku ini tukang cat, karena akulah setiap pipi berubah jadi warna kuning. Akulah utusan yang ringan kaki, sedangkan pecinta adalah kuda kudusku. Akulah merah padamnya bunga tulip, Akulah manisnya meratap, penyibak segala yang tertabiri…”
Lewat cintalah semua yang tembaga akan jadi emas.
Lewat cintalah semua yang endapan akan jadi anggur murni.
Lewat cintalah semua kesedihan akan jadi obat.
Lewat cintalah si mati akan jadi hidup.
Lewat cintalah raja akan jadi budak.
-Syair Rumi-



" Ya Allah jika si dia adalah yang terbaik untuk dunia dan akhiratku, maka kekalkanlah hubungan kami, dan hubungkan kami dengan ikatan perkahwinan, dan biarlah ianya berkekalan
selama-lamanya..Insyaallah..

Jika sebaliknya ya Allah, maka pisahkanlah kami, dan hubungkanlah kami dengan ikatan persahabatan tanpa aku merasa sedih....Aminn"

p/s:huhuhu...aritu saya ade janji dengan reader nak post entry nie,okies, saya daa tunaikan janji saya nak post entry kata-kata tentang ***** (tetibe jer malu nak sebut nie...huhuhu...dipersilakan sape2 nak mengcopy dan mengpaste)..yeay...
sharing is caring!

Related Posts with Thumbnails
cun





My Followers

♥ Tentang Diriku ♥

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
I am a person who is positive about every aspect of life.There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write, I like to draw, I like to think, I like to dream, I like to talk, I like to listen, I like to joke, I like to laugh, I like to be alone, I like to be surrounded by people, I like to love. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like delicious food, comfortable shoes and comfortable clothes ...owh! see... so many things I like! huhuhu....peace no war..:D
allah

Life Time

allah

* STRENGTH *

I ask for strength.. and Allah gave me difficulties to make me strong.. I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.. I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome. I asked for Love.. and Allah gave me troubled people to help. I asked for favors... and Allah gave me opportunities... " may be i received nothing i wanted.. but i received everything i need."

hambaNYA

Seorang hambaNYA yang begitu kerdil di sisiNYA 1syawal1431 MYframe LOVE frame pretty ourBIGDAY photo _MG_8285.jpg

(◠‿◠)~...“♥ For The Rest Of My Life ♥”...~(✿◠‿◠)