SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai sebanyak 3 kali dan berlumba-lumba
untuk merebut fhadilat malam Nisfu Syaaban. Alangkah indahnye jikalau setiap malam macam itu...
Bacaan yang pertama : diniatkan memohon panjang umur.
Bacaan yang kedua : diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Bacaan yang ketiga : dimatikan dalam keadaan yang beriman (Husnulkhotimah).

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya. Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Alhamdulillah usai solat maghrib tadi aku cuba meringankan lidah dan cuba kuatkan semangat diri nie untuk membaca Yassin. Untuk menjaga bacaan dari segi tajwid dan makhraj aku nie sebanyak 3 kali.. aku buka laa winamp bacaan Yassin yang dibacakan oleh Syiekh Saad Said Al Ghamidi. Sedih pun ade time nie... hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku nie...erm...bagi pendapat aku laa kan...(merujuk kpd sumber2 yang boleh diguna pakai dan aku terbaca satu artikal) adalah kuantiti itu tidak penting..apa yang penting kualiti maksudnya. tak kisah laaa baca sebanyak mana pun asalkan tajwid, makhraj dijaga..kalau baca macam ribut, cepat sebab nak cukupkan bacaan 3 kali tu.tajwid dan makhraj pun terlanggar dan terbabas..maksud bacaan pun sudah lari. Lagipun tidak semestinya malam 15 Syaaban je baru nak baca Yassin..bila2 mase dan keadaan pun boleh baca..sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahualam...

erm...tetibe fikiran aku nie melayang-layang jauh di kampung...kalau malam nisfu syaaban aku dan mak tidak melepaskan peluang pergi masjid untuk baca Yassin secara berjemaah...lepas tue ade jamuan makan2... seronok jer time tue. selain itu boleh beramah mesra dengan orang2 kampung. Pejam celik, celik pejam... tinggal lagi 2 minggu kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Adakah diri ini sudah bersedia? Adakah Ramadhan yang akan aku lalui ini adalah lebih baik dari sebelumnya?...waa...sedihnyer bila mengenangkan Ramadhan yang lepas..huhuhu...harapan dan doaku untuk semua... semoga Ramadhan yang akan menjelang tiba nie adalah lebih baik dari sebelumnya.

Mutiara hati untuk hari ini :

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikkan maka
sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikkan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

-
Saidina Ali r.a -