Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui manusia di muka bumi ini terdapat banyak cabaran, dugaan, halangan, suka duka, pahit manis dan berbagai macam ragam lagi wujud kerana itu sudah menjadi lumrah kita sebagai hamba-NYA yang sentiasa diuji untuk menilai sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Sang Pecipta seluruh alam ini. Ujian Sang Pencipta adalah berbagai bentuk antaranya sakit demam (seperti aku sekarang nie), bencana alam, gempa bumi, dalam perhubungan sesama makhluk dan sebagainya.
Apabila didatangi ujian yang menimpa diri setiap daripada kita, maka ada yang mengeluh kesah, kecewa malah ada juga yang sanggup menyalahkan Sang Pencipta dengan apa yang menimpa ke atas dirinya. Tahukah kita setiap ujian yang datang itu adalah anugerah yang dikurniakan oleh Sang Pencipta kepada kita? Itu tandanya DIA mengasihi dan menyayangi kita. Bukankah semakin banyak cabaran dan dugaan serta ujian yang dihadapi semakin dekat kita kepada Sang Pencipta?
Sekiranya tidak didatangi pelbagai ujian dalam kehidupan kita, mungkin kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Bukankah Sang Pencipta menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat kepada-NYA? Kalau kita mengetahui hakikat ini, pasti kita akan sentiasa melakukan dan menurut apa yang diperintahkan oleh-NYA. Tetapi masih ramai manusia yang lupa dengan tuntutan dan kehendak ini. Mereka lupa tujuan apa sebenarnya mereka dilahirkan di dunia ini, apa matlamat dan halatuju mereka serta apakah kesudahan kehidupan mereka di akhirat kelak.*berfikir sejenak...kerana diri ini masih kejahilan. Justeru itu, setiap yang berlaku terhadap diri kita hadapilah dengan penuh rasa syukur kerana itu adalah satu ANUGERAH DARIPADA SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG.Sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian dari Sang Pencipta telah berikan kepada aku... walaupun diri ini punya masalah tersendiri, malah ada yang cuba mendekati aku dan menceritakan tentang masalah mereka. Aku suka sangat. Aku suka mendengar masalah meraka dan sedikit sebanyak aku dapat mengutip pengalaman mereka jadikan pedoman buat diri aku nie. Sebab time tue aku dapat memberikan nasihat dan memotivasikan diri aku sendiri. Aku bukannya arif sangat memberi nasihat kepada orang. Sesungguhnya yang baik itu jadikan teladan dan yang buruk itu jadikan sempadan...
p/s:memandangkan usia diriku ini makin hari makin meningkat...makin hari makin singkat. Maka aku perlukan sesuatu untuk melengkapi diri ini dalam kehidupan aku. Semoga aku terus kuat dan bersemangat. Semoga senantiasa mendapat keredhaan dan keberkatan yang hakiki. Mohon doa dari sahabat semua. Terima kasih.
3 comments:
menulis..menulis..dan terus menulis..
semoga terus berjaya sebagai hamba-Nya yang senantiasa menyebarkan nasihat..memberi peringatan..menyediakan bekalan buat hamba yang alpa..lalai dan leka..keras hatinya dalam menerima ilmu dan ingatan...
terima kasih atas tulisan yang segar dan menyedarkan...
keep up the good work..may Allah bless you..
terima kasih..
Terima kasih Muhamad Shauqi Hasan
menulis selagi terdaya..selagi ade idea..sekadar nak kongsi ilmu untuk bersama.ambe xreti mcm kamu...huhuhu... ambe juga insan yg leka, alpha, byk khilafnyer...:(
perlu teguran sekiranya ade kekurangan..sesungguhnya hamba-NYA ini amat kerdil di sisi Sang Pencipta dan Sang Pencinta.
Yang baik kita sama2 jadikan teladan dan yang buruk jadikan ia sebagai sempadan...
May ALLAH bless us..aminn...:)
assalamualaikummm.... thanx atas semua ilmu yg menarik
Post a Comment