wah tajuk entry aku pada malam nie...bunyi macam nak bercerita jer kan...sesekali bunyi macam tajuk buku cerita pendek yang kita selalu baca masa di sekolah rendah dulu...yer dok...sekarang dah tak main daa baca buku 1o muka surat. Sekarang tambah lagi dua angkat. mau jadi 1000 muka surat.uikss larat ker..tapi kalau yang daa memang ulat buku..takde hal nyer..adesh!!!ape laa yg aku merepek nie...ok2 kembali pada tajuk sebetul nyer tajuk entry aku nie.mungkin ade yang sudah dengar kisah ini.mungkin juga ada yang belum pernah dengar.tapi tak mengapa...sebagai renungan untuk kita hayati bersama. Kisah inilah yang menjadi pedoman dan juga penghayatan untuk diri ini. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar dan pengajaran dari kisah ini yer...Insyaallah.
Seorang lelaki berdoa kepada ALLAH agar diberikan bunga dan rama-rama, namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.
dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
kenapa perkara sebegini terjadi???
dan ini adalah jawapan untuk kita menghayatinya dan merenungkannya...
dan ini adalah jawapan untuk kita menghayatinya dan merenungkannya...
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah senantiasa adalah baik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah pastinya Allah sentiasa mengurniakan permintaan hamba-NYA pada masa yang sesuai. Jadi, teruslah berdoa dan jangan putus asa untuk berdoa. Allah senantiasa mendengar luahan dan jua rintihan dari hamba-NYA. Hanya masa dan keadaan yang menentukannya, cepat dan juga lambat.Insyaallah...Allah akan memakbulkan segala permintaan dari hamba-NYA.
Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu.
2 comments:
semoga saya dapat jadi rama-rama suatu hari nanti..sekarang ni dok berulat jer..cane nak tukar jadi rama-rama..
huhu
p/s:akhirnya..terupdate jugak ek..hehe
insyaallah semoga segala penat lelah awak akn dibalas dengan rama-rama yg begitu bermakna dlm hidup awk...
xpe...sekarang perlu banyak bersabar yer...huhuhu...
p/s:yeay..akhirnyer terupdate jua
*** MY COLOURFUL LIFE ***
tapi...xde idea pom nk mengarang nie...huhuhu...
Post a Comment