Pejam celik....celik pejam daa nak masuk ke pertengahan tahun...esok daa masuk bulan Jun. huhuhu...ramainyer kawan aku yang akan melansungkan perkahwinan bulan nie...adesh!!! ramai pula yang tanya aku...bila aku nak kawen???.oh tidaaakkkkkkk....*diam seketika...* cuba mencari idea untuk menaip... ok kembali kepada tajuk di atas yer....
Hari nie...
Diari Cinta nak share something...Tentang cinta...opsss.....layannn....hehehe...

Cinta Tak Semestinya Memiliki
Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap cinta kita tak diterima. Cinta itu tidak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Walaupun cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati disaat itu juga. Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi...lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada...
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu... Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu dipikul bahu. Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian...
Tapi... percayalah pada diri... Selalunya cinta yang kita berikan seadanya takkan pernah bertepuk sebelah tangan. Insyaallah...Dan yang paling penting adalah niat seseorang itu.

Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan
duri penghidupan.