Ape kabo sume?sihat dok?(tetibe jer kuar loghat ganu nie..hehehe...)Harapanku dan doaku agar semua berada dalam keadaan baik.sentiasa ceria dan bahagia sokmo.
Happy Mother's Day...
09 Mei adalah hari ibu sedunia...
diucapkan Selamat Hari Ibu... kepada mereka yang bergelar ibu...
09 Mei adalah hari ibu sedunia...
diucapkan Selamat Hari Ibu... kepada mereka yang bergelar ibu...
Hari ini...pagi2 lagi anak buah aku bagi msg "salam...laddu have u wish happy mother's day to wan...:-)" thanks for her coz remind me about it...mana boleh aku lupa hari ibu...huhuhu
Kemudian aku mencapai hanset aku terus mendail no mak aku di kampung...013-93***86 (yang penting no akhir adalah 86 sama no tepon aku..hehehe..i like this no..)
Selepas beri salam aku terus wish Selamat Hari Ibu kat mak...Mak aku pula membalas Selamat Hari Anak..lawak betul...aku sempat bertanya keadaan mak...alhamdulillah dia sihat...masa aku call tadi die tengah kait buah nyior*(buah kelapa) bersama jiran aku.waa bestnyer minum air dan isi buah kelapa nie..lepas tue buat coconut shake masukkan ais...sedapnyer..tak ketinggalan juga aku berbual dan wish dekat jiran aku nie...Bila jer tepon ade2 jer cerita yang mahu dikongsikan bersama...aku ambil peluang untuk berlawak jenaka dalam tepon nie...Sempat lagi diorang mengusik anak dara ini..hehehe...seronok dan gembira rasa hati nie kerana ade juga yang menghiburkan aku di kala diri keseorangan...huhuhu...hati ini ceria bila dapat melahirkan suasana yang penuh dengan gelak tawa...lama juga aku berbual dengan mak...
melepaskan rindu katakan...huhuhu..mak aku rindu padamu...
Sesungguhnya tiada kata-kata yang boleh aku ungkapkan yang lahir dari bibir nie...Walaupun diberi hadiah semahal manapun... sebesar manapun...sebanyak mana sekalipun...namun ia tidak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu...Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tiada taranya...
Islam menyanjung tinggi kedudukan ibu sehingga memberi penghargaan istimewa terhadap pengorbanan ibu kepada anak. Ibu insan paling banyak menanggung penderitaan demi kelangsungan hidup anak.
Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Segala kesusahan ketika hamil dan kesakitan melahirkan sukar digambarkan, tetapi tiba-tiba boleh menjadi kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anak.
Ibu...
terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada anak-anakmu ini...
meskipun aku tahu..aku tidak dapat membalas jasamu ibu walaupun setitis susu dari badanmu yang telah mengalir dalam diri anakmu ini...namun anakmu ini cuba menjadi anak yang baik dan cuba memberi keceriaan dan kebahagian untukmu ibu...Aku selalu merinduimu dan menyayangimu....
Terima kasih dan maafkan anakmu ini di atas segalanya...
Sebagai anak, kita dituntut mengenang jasa dan pengorbanan ibu.
Firman Allah bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
(Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu.
Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.”
(Surah Luqman, ayat 14)
Firman Allah bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
(Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu.
Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.”
(Surah Luqman, ayat 14)
2 comments:
yeay!selamat hari ibu..hehe
yeay...selamat hari anak...(kata mak)
huhuhu....
"Kasih ibu membawa ke syurga"
Post a Comment