Harapanku semoga semua berada dalam keadaan baik2 belaka dan gembira di samping insan tersayang.
Yeay hari nie cuti...so tak kerja ler...so cuti ler...so happy ler...arini cuti hari wesak .harini aku duk umah je...esok akan outing.sebelum cuti lagi dalam kepala otak ini duk berkira-kira nak pergi mana cuti nie.plan nak pergi kenduri opismate, tapi tak jadi.so aku ade perancangan yang tersendiri.nak pergi mana?tunggu...hehehe.
Harini pagi2 daa bunyi bising dengan suara kanak-kanak di bawah nie...entah ape yang diorang main.aku pun tak tahu.biasa laa adat duk umah flat.ade jer bunyi bising.huhuhu...teringat suara anak-anak buah aku nih...wah rindunya sama mereka...tak sabar rasanya nak balik kampung jumpa dengan diorang.
Alhamdulillah semalam daa dapat gaji...kalau duk fikir pasal wang...pasal duit...pasal pitih...huhu sama la tue...bunyi jer lain.semua itu macam air je kan...setuju tak???...sekejap jer mengalir...bile berhenti mengalir? bila tak ada air laaa...ade jer benda yang nak dibelanjakan.semalam status kat ym aku berbunyi "B.M.W is needed!!!"B.M.W adalah diperlukan!!! wow...bunyi B.M.W tue...kereta mahal tue..kereta mewah tue... adoi...macam2 laa korang nie...ada yang tertanya-tanya... nak beli kereta B.M.W ker? mampu ker? banyak gaji die? ye..ye..ye..aku tahu... memang buat masa sekarang nie aku tak mampu untuk memiliki B.M.W tue.siapa yang tak nak milikinya kan...kan...kan...Tapi...maksud aku B.M.W bukan yang ni laaa...jap tengah loading nie...

...... Loading 100% .......


.......... Loading 86% ...................

.......................... Loading 72% ..................


................... Loading 58% .........................




------------------ opsss...sorry...server down!!!! ---------------


.................... Loading 44% .....................

............................... Loading 30% ..............................


................................ Loading 16 % ...............................

.................................. Loading 12% .....................................


........................................ Loading 0% ............................................

...................................taarrraa..............................

hehehe..terima kasih kerana sabar menunggu loading...
B.M.W bukan yang nie maksud aku sekarang..adesh!!! kenapa dan mengapa laaa...manusia nie mudah sangat berperasangka yang bukan-bukan....berperasangka yang buruk nah!!! itulah yang dinamakan manusia.... Hati-hati bila berperasangka nah!.Dok molek untuk kesihatan.

ok2 aku tak nak laa membebel tentang manusia yang suka berperasangka nie...ok2 berbalik tajuk dan perbincangan aku pada kali ini...ok laa... kalau korang nak tahu...B.M.W aku nak maksudkan adalah....meta2(tunggu sekejap) aku nak bold, color dan ittalic kan font nie...
Bijak.Mengurus.Wang
aku harap korang semua terbuka minda dan tahu apa yang aku maksudkan ini...memang tak dinafikan setiap orang ade perancangan yang tersendiri kan.hehehe...Bagus laa kalau macam tue.
Manusia mudah gelap mata apabila ada wang yang banyak. Mulalah terfikir untuk beli itu dan ini sehingga ada kalanya barang yang sebenarnya tidak penting dan tidak perlu pun boleh dibeli.
Akibatnya..belum pun sampai hujung bulan wang dipoket kering dan lebih teruk hutang yang ada pun tidak mampu dibayar. Itulah pentingnya bajet...betul..betul..betul...(intonasi macam upin ipin yer..) Di sini aku nak share apa yang aku baca dalam majalah remaja nie...keluaran Mei 2010. iaitu

TIP MERANGKA BAJET. sama juga dengan B.M.W tue...
"TIP setiap bulan pastikan korang merangka bajet dengan menggunakan buku yang sama agar bajet korang sentiasa consistent. Kalau perlu tulis beso-beso di kertas atau whiteboard supaya korang sentiasa ingat."
25% Tempat Berteduh - Bayaran untuk rumah sewa korang termasuklah api dan air haruslah tidak lebih dari 25% gaji atau wang yang korang ada. Sekiranya berbelanja lebih untuk sewa rumah, korang mungkin perlu menilai semula kos perbelanjaaan korang.
15% Belanja Dapur & Makanan - Kebanyakkan dari kita memperuntukkan wang yang lebih untuk belanja dapur dan makanan. Alasan yang sering diberikan ialah kerja penat-penat kenapa perlu tahan makan. Namun buanglah prinsip tersebut. Jangan terlalu ikut nafsu dan usaha untuk berjimat. Misalnya makan di rumah dengan masak sendiri lebih jimat dari makan di luar. Beli barang runcit seminggu sekali.
15% Simpanan & Pelaburan - Berilah keutamaan untuk diri sendiri. Asingkan 15% gaji bulanan korang ataupun wang yang ada untuk disimpan dalam akaun simpanan. Sekiranya korang mengambil polisi insurans nyawa dan kemalangan ia adalah pelaburan yang menguntungkan.
15% Pengangkutan - Bagi yang punya kenderaan sendiri, di sinilah korang harus mengasingkan bayaran bulanan kereta, kos minyak, baik pulih dan sebagainya. Namun bagi yang belum punya kereta, asingkan 15% ini untuk membeli kereta idaman korang.
5% Pakaian - Pastinya ada sahaja pakaian yang baru ingin dibeli setiap bulan. Tambahan lagi sekiranya ada jualan murah. Makin bersemangatlah untuk membeli-belah. Namun apa pun alasannya kos untuk pakaian tidak boleh melebihi 5% dari gaji korang yer.
10% Kegunaan Peribadi - Baki 10% ini sahaja yang mampu diasingkan untuk kegunaan peribadi seperti membeli hadiah untuk teman korang, bercuti dan sebagainya.
Semoga...entry aku pada kali ini dapat memberi sedikit ilmu pada blogger dan pembaca yang sudi baca *** mY cOlOuRful LiFe *** nie. Mungkin ada yang sudah tahu. Semoga ia bermanfaat untuk semua dan juga diriku ini.


p/s:semakin meningkatnya usia aku nie...semestinya perlu bijak Drive B.M.W nie.huhuhu...Semoga segala perancangan aku nie senantiasa mendapat keredhaan dan sentiasa mendapat rahmat dari-NYA. Siapalah aku nie yang lemah tiada daya nak merancang tanpa bantuan dari-NYA.