gambar sekadar hiasan

Apa makna JODOH? Jika ditanya...aku sering ketawa dan mampu tersenyum, dikala banyak jiwa menangis, meronta-ronta, dan berharap untuknya, masakan boleh aku bersenda.
Ada pula yang pasrah sebab ditinggal kekasih hati, ada pula sebab tiada yang mendekati, semuanya kerana untuk bermanja, menghidur muram durja, lantas berdiam diri seribu bahasa menunggu takdir sebuah JODOH. suram dalam kelabu..huhuhu.adakah aku keliru???
Ya aku tetap ketawa jika ditanya JODOH itu apa! Itulah sebuah ketegasan yang diajar oleh akal agama. Berlanjut dari perbahasan ini sebuah hadis sebagai pemula cerita, selepas 120 hari dalam perut, 4 perkara ditandai malaikat salah satunya adalah tentang JODOH.
Apa maksud JODOH sebenarnya? Masing-masing punya pengertian. Pertemuan, perpisahan, perkahwinan,dan perceraian, semua itulah contohnya. Ada orang bangga bila bercinta tapi bersedih bila putus cinta, ada orang suka ceria diwaktu perkahwinannya tapi berduka nestapa bila perceraian tiba, gundah gulana bagai hilang punca, mendapat kuasa cemerlang wajahnya sebaik dijatuhkan masam mencuka.
Oh tidak!! kenapa perlu diEMOSIkan sesuatu yang kita bina dan cipta. Tak mahu keringat jangan berlari, tak mahu merasa jangan mencoba, tak mahu lemah guna tongkat ali atau pearl kacip fatimah. Kalau tak mahu dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Semua diatas tidak lebih sekadar sandiwara. Hidup ibarat dipentas opera dan itulah hakikatnya. Kita semua pelakon dan ALLAH penulis skripnya. Bukankah lebih baik kita cool sahaja, tujuan kita dicipta bukan untuk tangis hiba tapi lebih mengutamakan nilai SYUKUR dan SABAR didada yang akhirnya membuah TAKWA. MAKA BERJAYALAH ORANG-ORANG YANG BERTAKWA.
Pesanan oleh penaja terhadap sang penagih CINTA(yang belum kawen daa), asyiknya membuat lupa, mabuknya mempesona, dunia dia yang punya. Berpegangan tangan dirasa tiada salahnya, berkongsi aurat dianggap biasa, bercium sekali sekala tiada salahnya. Woiiii!! Kamu dibumi siapa seolah-olah buta, pekak telinganya, bernanah hatinya. Tidak mengenal dosa dan kecil sekali dianggapnya.
Apakah dosa kecil sekecil semut adanya? Senang dijirus air panas kelubangnya lalu menggelepar matinya. Atau (bagi yang alim kucing)beranggapan sekali diratakan wudhu' berguguran dosa ibarat apa sahaja. Senang perkiraanmu dik!!! Tuhan paling ahli ilmu matematiknya, kalkulatorNya lebih canggih dari yang kita punya, videoNya lebih jelas dari ASTRO dirumah kita, buku catatan amalnya lebih bermutu kertasNYA,dan rangkaian telefonNya dimana-mana.
Rumput belukar, daun tempat berkelah, pasir dipantai, bilik hotel, botol arak, rokok, baju pagoda, seluar jeans ketat, baju nampak pusat, jilbab menyamar(konon baik), dan pil kuda semua termasuk juga saksi akhiratNya yang akan bercerita. Tangan, kaki, mata, usah ditanya memang dalam Quran jelas ada berkata. Rujuk Yaasin! bukan nama penyanyi. Itu sebuah surah selalu dibacakan kalimahnya namun ditinggalkan maknanya. Tanyala makcik pakcik tua-tua yang dulunya muda seperti kita bersenda-senda tentang agama datang waktu tuanya tak tahu “hapa” melainkan kebingungan semata. Belajarlah dari yang lebih dewasa dan diwaktu muda.
Begitulah secuit kata memperingati DOSA untuk yang punya kisah-kisah lama dan para remaja kepada yang terasa, itulah tujuannya, menegur hati banyak jalannya namun ramai yang suka-suka. Hidup enjoy beb!, apa lu peduli hal guwa! Jaga tepi kain sendirila! Ayuh come on beby!! Ini bukan sebarang cerita, tegur bukan nak mengata, tulis bukan sekadar menyusun kata, semuanya bermakna…

Semoga bermanfat dan memberi pengajaran untuk diriku ini dan juga kepada semua.

p/s: - Terima kasih kepada
Mohd Hishamuddin Abdul Aziz sahabat sekampung kerana sudi berkongsi petikan ini dengan aku dan juga memberi keizinan untuk aku post dekat *** MY COLOURFUL LIFE *** dan juga ade sedikit penambahan....Kerana diri ini tidak sehebat manapun untuk mengarang dan bermadah..mahupun berpuitis...
- kepada sahabat aku..yang telah putus tunang dan juga putus couple...jangan menangisi dengan perpisahan itu..mungkin Allah nak hadiahkan kepada mu insan yang lebih baik dari si 'dia' serta banyak2lah berdoa...
Insyaallah...