Alhamdulillah pertamanya ucapan terima kasih kepada ibu tercinta serta keluarga dan juga sahabat yang sentiasa mendoakan aku...Nak juga aku berstory..(jangan cuba2 menggunakan ayat ini dalam easy yer...)
Pada hari jumaat yang bertarikh 26/03/2010 bersamaan 10 Rabiulakhir tahun 1431 Masihi..(rasenyer tidak adil pada diri ini kalau tidak menyatakan tarikh dalam bulan Islam).Kejadian ini berlaku di Semenyih.yang terlibat aku dan juga jpj.Setelah berhempas-pulas aku belajar kereta....terpaksa berjemur di tengah panas... Terpaksa menahan telinga mendengar leteran cikgu, adakalanya membuatkan aku geram pada cikgu... walaupun cikgu menafikan die tidak marah pada anak murid nyer...cuma nadanya sahaja yang tinggi bagi aku...cikgu marah...tapi itu tidak mengapa kemarahan itu akan memberi semangat dan juga keyakinan pada diriku ini...SEMANGAT!!! ada sorang sepupu cikgu yang mengajar aku...die nie muda dari aku...nama die Karim...happening jer masa die mengajar...cikgu pun happening gak..xde pun nak marah2...nak membebel...biase laa...lain orang lain caranye...aku tak nak membandingkan siapa2...tapi...time lepas mengajar...naik pening kepala dan penat melayan telatah diorang nie...masing2 pandai wat lawak...nak2 aku plak yang menambah...adoi...kecoh...kalau diorang nie tak kenakan aku,memang tak sah.huhuhuhu...ape2 pun aku hargai jasa kalian semua.Terima Kasih di atas segala tunjuk ajar kalian.
Alhmdulillah aku telah pun lulus untuk test jpj.hehehe...aku adalah calon yang ke 2 akhir...memang penat dan puas menunggu giliran...tunggu dari pagi sampai ke petang...pada sesi pagi test untuk step pertama iaitu...naik bukit, parking dan tiga penjuru...(siapa2 yang daa ade lesen mesti daa tau nie...) Alhamdulillah aku lepas ujian tue...Aku fikir pagi tue aku nak demam...ye laa badan aku panas...dah laa pagi tue aku makan sesudu jer nasi lemak...kata aku..tak ade selera....sampai ade sorang akak tue sentuh dahi aku dan berkata..."adik nie demam"...tapi aku cuba kuatkan semangat.
Petang dalam pukul 4.30 lebih...giliran aku plak untuk test jpj kat jalan raya...harap2 dapat jpj yang ok...hehehe...berdebar juga hati ini...masuk jer dalam kereta..aku beri salam kat en jpj tue...pastu pastikan semuanye ok macam side mirror, wiper, lampu kecemasan, lampu kiri dan kanan berfungsi dengan baik...mase aku cek lampu kiri dan kanan tue...tengok2...signal lampu kiri xnyala warna hijau...pastu aku bagitau laa kat en jpj nie.... "en...signal lampu kiri nie xnyala ker?"en jpj ckp"habis tue....kalau awak nampak signal tue xnyala..saya pun tengok xnyala juga laa.." adesh!!! daa macam pak mandir dan mak mandir laa plak...aku cuba merilekskan diri nie....mencoolkan diri nie...pastu aku pun pandu kereta....dengan penuh berhemahnye...kalau korang nak tahu..aku bukanyer pandai bawa kereta... nie pun aku harapkan belajar kat 'school driving' jer..huhuhu...
Ok berbalik kepada cerita aku bersama jpj nie...dalam kereta, en jpj sembang2 dengan aku..tanya aku daa kerja lom..daa kawin lom....aku jawab laa ape yang patut.mase nak keluar pintu pagar dari tempat aku belajar nie... ade laa bulatan....lepas jer bulatan...en jpj suruh aku patah balik...aik pelik juga laa aku...dah laa kereta aku pandu nie tak keluar lagi dari pintu pagar nie....dalam kepala otak aku...berteka-teki...ape salah aku tadi.. aku salah masuk gear ker? aku salah masuk class ker? aku salah bagi signal ker? aku salah break ker? aku salah berhenti ker...nak tak nak aku terpaksa akur dengan perintahnye...nak kepastian aku bertanya..."en nak suh saya u turn ke?" die ckp..."ye..awak u turn dan saya luluskan awak!!!"yeay....macam tak percaya jer.. yahooo....yabeda beduuuu.. aku tak makan budu...hehehe....ape lagi senyum melebar laaa...ye laa..aku kan budak baru nak dapat lesen...yeay...
Lepas tue..aku masuk opis nak bagi borang jpj...mak aii...semuanye orang satu negeri dan satu daerah dengan aku... Lepas tue aku jumpa dengan cikgu...Lupa nak bagitau kat korang...cikgu aku nie bernama Ar Rashid...(cikgu maaf kalau tersilap eja yer...) cikgu pun terkejut aku daa siap...hehehe...jangan marah yer cikgu...
Dan aku bagi keputusan itu kat cikgu...die senyum dan aku pun tersenyum juga lah...hehehe...
Urusan ini aku bersama jpj belum selesai lagi...ari jumaat nie plak aku ade test jpj untuk motor.So wish me luck k.TQ.
Kat opis...ade yang tegur aku kenapa muka gelap...owh tidak...sunburn daa...muka aku daa gelap...daa hangus....hidung pun merah...daa macam badut maa...Ade juga yang panggil aku budak hitam... ooo....xpe2..hari nie muke korang cerah dari aku yer...tunggu laa 2 bulan muka ini akan pulih kembali.... waa..begitu lama sekali masa yang diambil...
huhuhu....Begitu panjang dan lebar sekali aku bercerita pada malam ini...Terima kasih kepada meraka yang sudi membaca dan juga sudi mengomen.Sangat dihargai...
** KEKUATAN CINTA **
Biarkanlah orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan.
Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.
ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Mah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa aku:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik
kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari bag lusuhnya, adik keluarkan satu bungkusan yang berisi tudung yang macam ikin mawie pakai.
Dia menghulurkan kepadaku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai tudung macam ni, saya beli satu untuk akak.Lagipun saya tengok tudung akak dah lusuh."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya
balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"If you want to be happy, be."---- Leo Tolstoy