Asslamualaikum dan apa khabar semua...semoga semuanya sihat2 hendaknya..kalau rasa nak demam tue cepat2 laa pergi jumpa doktor. Sekarang musim demam..batuk dan juga selsema...sebelum merebak baik cepat2 pergi klinik @ hospital yang berdekatan..

Setelah sekian lama hatiku bersarang untuk meluahkan kata2 nie...tiap2 pagi..bila masuk opis jer...first aku buke kat pakcik google...pastu taip mymetro..maka aku pun tengok laa halaman mymetro...
Sejak dua tiga menjak nie...kite seringkali dikejutkan tentang kes bunuh-membunuh..tidak kira laa... di dada akhbar dan juga media elektronik (owh ayat aku begitu skema sekali..memang aku tengah serius nie sebab aku tak sanggup lagi mendengar kes bunuh-membunuh sesama manusia.tambahan pula yang beragama islam dan terjadi kepada mereka yang tidak berdosa.terutamanya kanak-kanak)masyaallah ape nak jadi dunia sekarang...
tengok dan lihat...(situasi yang sama jer nie....) kucing pun pandai berkasih sayang...
look n see begitu akrab sekali mereka...

Memang aku betul-betul terkilan...seolah-olah manusia itu binatang...*maaf terpaksa menggunakan perkataan yang begitu kasar kerana untuk memberi peringatan serta pengajaran...sedangkan binatang pun sayangkan anak.adoi...*teringat kat anak-ank buah aku nie...semoga Allah melindungi mereka.

Risau juga aku kat anak-anak buah aku nie...bile berlakunya kes penderaan yang mengakibatkan kematian...aku akan teringat kat anak2 buah aku nie...huhuhu..
ye laa...parents hantar anak2 kat nursery..entah macam mana laa diorang layan anak2 tue...(aku bukan nak menakutkan siapa2 yang menghantar anak2 mereka kat nursery...)
Tapi itulah dunia hari ini...tiada mengenal erti kemanusiaan...

ok...aku rase aku nak stop dulu untuk post pada kali ini...

إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang
berbuat ihsan (baik)
(Al-A’raaf 56)
Mutiara untuk hari ini :
Oleh itu kita hendaklah ihsan dalam beribadah, ihsan dengan sesama insan terutama kepada ibubapa. Dan perbuatan baik (ihsan) kita dengan sesama makhluk adalah petanda adanya rahmat Allah pada diri kita.