Setiap kepergianmu...
membawa sebahagian diriku...
Setiap kepergianmu...
membirukan kerinduanku
Setiap kepergianmu...
mengharukan hatiku
Setiap kepergianmu...
kesepian datang mendekapku.

Semalam aku susah nak lelapkan mata.Mungkin siang tadi aku terlebih tidur...aku pandang atas tengok syiling...seekor cicak pun tiada.aku toleh sebelah...roommate aku cikin sedang nyenyak sekali tidur...mungkin die sedang bermimpi yang indah2 tue...
Dalam kesamaran...
Tetiba fikiran aku melayang jauh...kenangan silam menggamit diri ini...bersama insan-insan tersayang yang pernah hadir dalam hidupku...terbayang wajah bonda di kampung...ingin rasanya hati ini berlari untuk mendapatkan bonda dan memeluk tubuh yang kecil molek bonda...mengucup dahi bonda...terasa manik-manik mengalir di pipi ini...aku biarkan ia semahu-mahunya...aku melayan kesedihan ini...dan membiarkan kesedihan ini menyelubungi diri ini...
Satu-persatu...
Terbayang wayah-wajah insan tersayang...terbayang wajah arwah ayah...begitu lembut sekali wajah beliau.aku masih ingat lagi semasa aku kecil...sebelum tidur...berebut-rebut aku dan abang aku suruh ayah peluk...kalau tak...kami akan merengek-rengek pinta dipeluk.Pada katika itu aku berusia 2 tahun lebih...
Tapi...
Bila ayah sudah tiada....sebelum tidur,aku dan adik pula berebut-rebut mahu tidur dengan mak dan merengek-rengek pinta dipeluk...Itulah telatah seorang anak yang ingin dibelai, dimanja dan disayangi...Aku amat merindui sentuhan dan belaianmu...
Kini...
Sebelum tidur aku akan memeluk dolphin kesayangan aku... sebagai penganti pelukan mereka...Teringat juga kepada arwah nenek dan atuk (kini semuanya sudah tiada). Pada 5/4/2010 aku telah kehilangan seorang emak saudara...beliau amat rapat dengan aku dan juga ahli keluarga aku...Aku redha dengan ketentuan Illahi.DIA telah memberi aku pinjam untuk sementara waktu...Tiba masanya DIA akan mengambil semula hakNYA...Jangan tangisi pada yang telah pergi...Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dapat menghubungkan aku dengan mereka semua.Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihin...Aminn...
Owh..adakah aku sedikit emo pada kali ini...aku tak nak emo diruangan ini...Tapi itulah sedikit luahan perasaan dan rindu yang membuak-buak yang terbuku di hati kecil insan ini Nor Hasula Yasa'...huhuhu...Sayangilah dan hargailah insan yg anda kasihi selagi mereka masih ada...Entah pukul berapa aku terlelap...bimbang juga kalau aku lambat bangun keesokkan paginya.kedua hp aku tak ada bateri.huhuhu..(charger tinggal kat umah kawan aku kat kajang) so aku xdapat alarm jam untuk kejutkan aku.

Alhamdulillah pagi tadi aku bangun seperti biasa...jam 6.30 pagi.
Pergi kerja macam biasa...

*semoga hari-hari yang berlalu dengan indah dan sentiasa mendapat keredhaan dariNYA dan sentiasa berada di bawah payung rahmatNYA.Mohon Doa kalian untuk insan ini...Terima kasih...:-)