
Alhamdulilah...Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Seperti yangg kita sedia maklum...esok adalah hari jumaat..(ye...memang betul...) pada 26 februari bersamaan dengan 12 Rabiul Awal tahun 1431 hijrah,umat yang beragama ISLAM akn menyambut hari kelahiran NABI MUHAMMAD SAW.. yang juga dikenali sebagai MAULIDUR RASUL ...di sini saya ingin menyeru semua sahabat2 yg beragama ISLAm bersama-sama menyedekahkan SELAWAT ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W , supaya kita sentiasa mengingatinya(Rasulullah SAW) . Semoga Beliau dikurniakan kedudukan yang tinggi dan terpuji seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT .
1-Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
2-Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
3-Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
GALAKAN DALAM MEMBESARKAN MAULIDURRASUL
1. Merayakan hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya sebagimana difahami daripada firman Allah taala dalam ayat 157 s
urah al-A’raf yang bermaksud: “ Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad )membesarkannya, membantunya dan mengikuti cahaya(al-quran) yang diturunkan bersamanya mereka itulah yang memperolehi kejayaan
2. Firman Allah Taala dalam ayat 32 surah al-Haj yang bermaksud : “Demikianlah (perintah Allah) dan sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketaqwaan hati”.
Dalam menafsirkan ayat itu maka antara erti membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.Apa yang di maksudkan dengan “tanda-tanda Allah” ( Sya’airallah ) pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah nabi Muhammad s.a.w dan menyambut maulidur rasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintahNya.
3. Imam Bukhari telah meriwayatkan didalam Sohihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak telah meriwayatkan bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Suwaibah iaitu hambanya bagi menceritakan khabar gembira tentang kelahiran nabi s.a.w.
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa:
a. Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah s.a.w akan di ganjari pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir pun diringankan azabnya, apatahlagi orang itu merupakan seorang muslim. Ini dapat diambil daripada apa yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasruddin ibni Syamsuddin Ad-Dimasyqi.
b. Dianjurkan kemuliaan dan membesarkan nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran baginda merupakan hari kebesaran islam dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, “ Bahawasanya nabi s.a.w ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, lalu bersabda nabi yang bermaksud : “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”
semoga kita mendapat hidayah dari peristiwa2 Rasul2 kita... INSYAALLAH....

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita. 
siap hafal lirik nie...
waduh-waduh sekali lagi malu aku
sama anak-anak buah aku.Aku pula yang bertanya diorang lagu ape.adesh!!!memang aku tak tahu daa...
Pastu aku try laa tanya pak cik google.Nasib baik pak cik google nie tak menghampakan harapan aku nie.
huhuhu...





Tempat duduk pun sudah penuh.Orang pun ramai nak pergi kerja. Sabar je laa...Nasib baik hari nie aku cuti.tak masuk opis...
malunyer...aku daa ckp aku daa kerja..xpayah laa..untie ckp yg tue sayang kerja..yang nie auntie bagi..murahnyer untie nie...Rezeki jgn ditolak..maka aku pun ambil...
bertape tape..tape.. dan bertape tape lagi...hati dan perasaan ini melonjak-lonjak.. kegembiraan..gembira dan gembira dan gembira... mahu pulang ke kampung halaman....rindu sesangat kt keluarga terumanyer mak aku tersayang dan sayang dan terus sayang...td mase kt opis aku tgk ct aku daa approved...yeay...
masuk opis...pada 17/02/2010...selamat bercuti pada diriku ini.hikhikhik...
korang bayangkn laa...motor tue kereta...huhuhu....aku bile nk ade kete sendiri....tepuk dada ty pada diri sendiri...huhuhu...
Hidup mesti diterus kan!









Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.