Akhirnya aku dapat juga mengpostkan blog aku ini...semalam aku tak berkesempatan.
semalam aku selamat sampai di kampung halaman pada pukul 7.15 pagi. sampai jer kt depan umah. pintu dapur sudah terbuka luas.aku melihat kalibat seseorang yang sedang berdiri menunggu seseorang..owh..rupe2 nya bonda tersayang...setelah keluar dari kereta aku terus mendapatkan bonda tersayang...aku terus menghulurkan salam..mencium tangan beliau...ku cium kedua-dua pipi beliau dan kukucup dahi beliau...kupeluk erat2 badan itu untuk melepaskan kerinduan yg telah lama bersarang dihati ini..ternyata kesihatan bonda kurang sihat....die batuk2 dan selsema... kalau boleh mahu sahaja aku nak sakit itu pada diriku..bukan pada bondaku.Ini kali pertama aku balik kampung untuk tahun 2010.
Selepas itu, kami ank beranak terus ke dapur.mak beli 2 bungkus nasi lemak lauk ikan aye..(ikan tongkol) masak merah dan karipap inti ikan untuk aku...begitu lama sekali aku tidak makan nasi lemak dan karipap kegemaran aku ini...2 bungkus?huhuhu....makan banyak betul aku nie...Petang...kakak aku dan anak buah sampai...meriahnyer..daa lama tak jumpa diorang nie..waa..semuanya daa besar..
Pagi ini...aku dikejutkan berita tentang kematian jiran depan rumah aku..Pak Cik Hassan telah kembali kerahmatullah kul 12 lebih semalam di Hospital Kubang Kerian Kota Bharu.sudah lama die terlantar di hospital..die dimasukkan di bahagian ccu.
Pukul 2.00 pagi aku sedar mak aku bagun dari tidur...aku bertanya pada mak..kenapa..?mak cakap pak cik hassan daa meninggal...innalillah...aku melihat jiran2 aku masing2 bergotong-royong membersihkan rumah kak mah (isteri kpd arwah) setelah sekian lama ditinggalkan. bagus masih ade lagi semangat kejiranan.tolong-menolong antara satu sama lain.
Pukul 5.00 pagi jenazah telah sampai...kul 5.15 pagi aku dan kakak2 aku pergi melawat jenazah.
Yang pergi biarkan pergi..yang hidup teruskan hidup berserta amalan di dunia ini...
Selepas solat subuh berita kematian telah diumumkan di masjid kampung aku...
dalam pukul 7.00 pagi lebih....sudah ramai orang kampung datang menziarah.
Selepas solat zohor, jenazah akan dikebumikan. Suasan sedih seketika menyelubungi halaman rumah jiran aku...
Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...aminn...
Ok laa itu sahaja entry aku pada kali ini...Sekarang aku berada di Kota Bharu Klate.. ado kijo nie..hehehe..c u later k..
Kehidupan berlangsung tanpa kita sedari sedetik demi sedetik.Sedarkah saudaraku bahawa hari-hari yang kita telah lewati justeru semakin mendekatkan seseorang kepada KEMATIAN?Allah SWT Yang Maha Penyayang mengingatkan manusia dengan firmanNya;
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati,kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (29:57)
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati,kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (29:57)
0 comments:
Post a Comment