Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…
pelajar: " guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?"
guru: " ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta."
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: " mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…? "
pelajar menjawab: " saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. "
gurunya menjawab: " ye, itu lah cinta… "
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?
guru: " ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. "
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: " mengapa kamu memotong pohon seperti ini….? "
pelajar itu menjawab: " sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…"
maka guru itu menjawab: " itulah perkahwinan……."
gambar sekadar hiasan
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.
Sabda Rasulullah s.a.w
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
waduh panjang bebenor muqaddimah aku pada entry kali nie...aku bukannyer nak bagi ceramah, jauh sekali tidak...aku bukannyer layak nak beri ceramah nie...sekadar nak berkongsi ilmu ape salahnyer kan...huhuhu
Di sini aku nak mohon jutaan kemaafan kepada sahabat2 aku (k.suhana, k.mariam, k.ain, k.aini, k.su, adik rubby, kamila, izzani, sya, fuad, lina...**ermmm...ade lagi ker yang tertinggal nie) yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan. Maaf yer sebab tidak dapat menghadirkan diri di hari persandingan kalian semua. Hanya doa yang mampu aku sampaikan. Memang hati kecil nie nak sangat2 tengok sahabat naik pelamin dengan insan tersayang...Selamat Pengantin Baru.Semoga kalian semua berbahagia ke akhir hayat..." i follow u all later." (owh! statement yang menakutkan aku..owh...tiiiiiiidaaaaakkkkkkk.....lariiii....berlariii....)
" begin a new life, new character, new step, new status, with a new person.:) " nie statement yang pernah aku post kat status ym dan juga fb. ade yang tertanya....aku ade ape2 ker...owh semestinya aku tidak ada apa2... yang ada ape2 nyer kawan aku nie...ok2...yang pastinyer status tue aku tujukan kepada kawan2 yang akan melansungkan perkahwinan...meh sini aku nak huraikan mengikut idea aku nie...hehehe....kalau ade penambahan dan ketidaksetujuan sangat2 dialu-alukan yer...jom kongsi idea! yeay...
" begin a new life, new character, new step, new status, with a new person...:) "
begin a new life
bermulalah kehidupan yang baru...alam baru...iaitu alam rumah tangga.
new character
perwatakkan yang baru, sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang suami.
new step
langkah yang baru, melangkah ke alam yang baru, hidup satu bumbung dengan isteri dan juga suami, berkongsi bersama-sama dari segala benda, bersedia menerima segala kekurangan, bersedia menerima segala halangan yang akan mendatang.
new status
status baru, sebagai seorang isteri kepada seorang suami, seorang suami kepada seorang isteri, seorang menantu kepada mertua, seorang ibu dan juga seorang ayah kepada anak-anak.
with a new person
kehidupan yang baru bersama insan baru.
ok laa..sekian dulu untuk entry pada kali ini...maaf disengajakan dipanjangkan berderet-deretan luahan...
selepas nie aku tak tau laa bila plak dapat update ♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥ ...huhuhu...Semoga segala urusan yang kita rencanakan akan berakhir dengan jayanyer dan mendapat keredhaan dari-NYA. Doaku dan harapan aku agar sahabat2 aku sentiasa sihat, ceria, bersemangat, dan sentiasa berada di bawah payung rahmat-NYA....Aminn....Insyaallah lain kali, lain masa, lain jam, lain hari, lain tarikh, lain bulan, lain tahun dan selainnyer...hehehe... kita bersua kembali yer.
p/s:ingin menenangkan jiwa....menenangkan hati....menenangkan perasaan...huhuhu...Semoga kita akan menemui apa yang kita cari selama ini...Terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan kekuatan dan kesihatan kepada diriku ini....doakan aku wahai sahabatku. Terima kasih di atas kesudian dan meluangkan masa untuk mem'read' ♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥.
2 comments:
Cinta kepada Allah merupakan cinta yang sejati. =)
Kebahagiaan itu tidak bergantung pada harta. Uncle Dol pernah dengar cerita tentang seorang lelaki yang berharta dan memiliki kesenangan hidup tetapi tidak bahagia bersama isterinya, lantas mencari perempuan lain. Na'uzubillah. Uncle Dol sedih mendengar cerita sebegitu.
Dalam sesuatu perkahwinan tu, kesetiaan pada pasangan dan juga keikhlasan untuk menerima setiap kekurangan pasangan harus ada. Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat sedemikian.
Uncle Dol harap, Norway akan bertemu dengan si dia yang mampu menjaga dan menyayangi Norway dengan penuh ikhlas. Moga-moga Allah permudahkan hidup kita sebagai hambaNya yang sentiasa mengharapkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih uncle Dol. terharunyer doa begitu tuk nOrway...Insyaallah...harap2 mcm tue laaa...huhuhu...
nOrway pun doakn yg terbaik semua nyer tuk uncle Dol...kite hanya merancang, Tuhan Maha Berkuasa menentukan nyer...
Kite xtau ape kesudahan perjalanan hidup kita nie...samaada pnjg atau pendek...
Yang penting jgn berputus asa untuk berdoa. Jgn difikirkan perkara yang dah berlalu sebaliknye kite mengambil ikhtibar darinya...semoga kite lebih kuat, tabah dan bersemngat untuk teruskn kehidupan ini.
p/s:norway harap uncle dol dapat permaisuri hidup yang baik dan taat pada suami.xpe yg dah lps sbg pengajaran tue...hidup mst diteruskn walaupun pahit untuk menelannyer...:)
Post a Comment