Alhamdulillah...Syukur ku kepada DIA kerana telah memberikan rezeki yang halal, kegembiraan, keceriaan serta mengurniakan kesihatan walaupun hari nie kesihatan aku tidak sebegitu kuat.tapi aku cube kuatkan semangat.nak tahu kenapa? bace sampai habis...hehehe (owh..ayat pakse rela kah ini?)

* mood yang fresh sebab baru lepas mandi...xsabar nie nak bercerita serba sedikit dekat
♥ ♥ ♥ mY cOLOuRfuL LiFe ♥ ♥ ♥..walaupun ia tak segitu menarik...mungkin suatu hari nanti anak2 dan cucu cicik aku akan membaca tentang kisah nenek diorang nie...hehehe....(jauh bebeno duk pikir nah.)
Sebelum tue.. TAHNIAH kepada pasukan atlit Terengganu kerana menjadi juara dalam sukan SUKMA 2010 yang telah berlansung di Melaka.(ambe bangge jadi anok ganu nih! walaupun ambe dok ikut sangat perkembangang sukang nih.huhuhu)Aku baru jer balik dari jalan2 dengan mak, abang, adik serta anak buah nie. Baru petang semalam mak datang KL.pukul 4p.m lebih semalam selamat sampai KL.Pukul 8.am bertolak.Aku dan abang sambut diorang dengan hidangan nasi minyak.kenyang dan best makan nasi minyak. Memang suprise laa...sebab diorang nak datang KL nie baru je tau malam tue (ari jumaat malam sabtu.mase tue tengah dinner dengan abang dan family die).Terima kasih kat abang do sebab belanja adik nor nie makan kat KFC. macam tau2 jer adik die nak merasa hidangan yang baru dari KFC.(KFC black pepper crunch)..memang sedap dan pedas!kenyang....
Sebenarnyer mak aku datang sini sebab nak hantar adik bongsu aku sorang nie sambung belajar kat IP (Institut Pertanian) Serdang.Sebelum nie kat Johor.Esok pagi kene daftar kat sana.

Semalam bawa diorang g jalan2 kat keramat umah sepupu.makan masakan dari chef nuh.aku betul2 kenyanag mase tue.Pagi nie aku masak kuew tiow goreng dan keropok goreng.Alhamdulillah kenyang. lepas breakfast, kitorang siap2 nak g jalan2.Arini plak aku bawa diorang jalan2 kat Putrajaya dan Kajang jer (p makan satey kajang.kenyang lagi!).Aku bukanyer arif sangat jalan2 kat KL nie...almaklumla aku dan abang aku nie baru jer setahun jagung duk KL.tadi pun ade gak makan buah langsat (sesat laa..hehehe)..sebenarnyer aku pun tak berapa sihat sangat hari nie.Disebabkan mak yang datang, aku cuba bersemangat... buat2 tak sakit...huhuhu..adoi...arini muke aku nampak macam sellers girl ker???.tadi mase kat alamanda aku masuk laa kat watsons, ade laa sorang customer nie tanya aku pasal produk dalam watsons tue. aku bagitau laa aku bukan pekerja kat situ.erm..mentang2 ler aku nie pakai baju color hijau.adoyai... pastu mase kat kajang plak aku masuk kedai pakaian, customers duk tanya aku pasal pakaian. nasib baik tak tanya pasal keropok dari ganu.hehehe(lawak betul laaa...sat nak gelak...hahaha...)

Minggu nie, minggu yang mengenyangkan dan menggembirakan...asyik makan jer...makan dan makan dan makan....huhuhu..tambahan pula mak bawa buah tangan dari Terengganu dan Kelantan.selera makan aku bertambah laaa...lalalala....:)

Esok mak daa nak balik. Mak cakap tadi selepas adik daftar, die pun akan slow2 berangkat. Semoga mak, abg chik, abg dan ank buah (aimie dan alia) selamat dalam perjalanan.Doaku sentiasa mengiringi kalian semua... aku akan merindui kamu semua.
Sedih dan hiba juga tadi mase diorang hantar aku kat umah sewa nie.huhuhu...
Selepas salam peluk cium semuanya...diorang pun berlalu pergi...meninggalkan aku di sini...
doaku semoga kalian selamat dalam pejalanan nanti(waaa...sempat lagi aku berpuitis nie...huhuhuhu..)

p/s:Thanks abang chik belanja makan satey kajang tadi.Satey Lanang lagi best dari Satey Kajang!

Al-fatihah kepada kawan aku shirazi ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah td.Semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin...aminn...


Mutiara hati untuk hari ini :

" Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut."