Berceritalah si pencuri,
nama aku Dr E,
aku bukannya ader belajar tinggi-tinggi,
kerja kerajaan atau swasta bukan aku bleh jadi,
bapak aku pun bukanyer ader harta sana sini,
dier cuma bawa teksi,
nak minta kerja kuli,
takder tauke nak bagi,
tauke kata dier tak percaya kat muka aku ni,
nak buat camna, dah aku nyer personaliti,
muka cam pencuri..
Katannya lagi,
aku pun nak jadi ahli komuniti,
tapi bila takder punca rezeki,
asyik kena caci maki,
aku pun nak buat bisnes sendiri,
aku mana ada modal, semua kena beli,
nak pinjam wang ngan bank atau instituisi,
sapa nak bagi,
dah muka cam pencuri,
cubalah pinjam kat ceti,
mak aii bunga dier lagi tinggi,
aku tak mau jadi hamba abdi,
bayar bunga hari-hari,
nanti takder hasil ntah mana pergi,
along lintah darat, eiiii geli...
Katannya lagi,
sistem kapitalis aku cukup benci,
makan riba tak henti-henti,
money, money, money,
tulah yang semua orang cari,
dah yang berkuasa tutup mata sebiji,
takpun depa punya share belakang mari,
klau tanya puan zeti,
mesti kata, eh bagus kita nyer ekonomi,
kita kan negara demokrasi,
semua tu import dari uncle sam oversea,
dier memang kaki buli,
mentang2lah dia besar cam gergasi,
kini meraka bawa helah globalisasi,
tak kira bush,kerry atau hillary,
sapa jadi kepala pun kita yang rugi,
walau kita pandang ke timur beli mitshubishi,
oltromen kat jepun pun naik naza bestari,
bijak juga si pencuri ini,
kata pengarang dalam hati...
Klik di sini untuk teruskan pembacaan anda
Kata si pencuri lagi,
harga barang makin mahal setiap kali,
harga minyak 63 dollar setong kini,
sapa nama itu menteri,
itu mister sami,
dah naikan tol ntah berapa kali,
aiyoo lepas nih badan sudah jadi macam lidi,
dah tak mampu makan mcD atau kfc....
bukanya aku takder perut dan hati,
perut lapar hati pun sedih sekali,
tulah pasal aku jadi pencuri,
bukannya aku culik awek guna serbuk cili,
klau ye pun sudah pasti baba's bukan adabi,
bukannya aku rompak guna senjata api,
bukannya aku hijack bas mini,
bukannya aku haruan makan anak sendiri,
bukannya aku tipu nak pancing undi,
bukannya aku jual pirate punya CD,
bukannya aku macam ayah pin ader ramai bini,
bukannya aku kencing berdiri,
aku cuma mangsa situasi,
bukan ku pinta lahir begini,
dah takdir ilahi.....
Kata si pencuri lagi,
fuyooh dia pandai philosofi,
bagilah kucing emas lima lori,
dia mesti nak ikan satu kati,
bagilah monyet emas lima lori,
dia mesti nak pisang satu peti,
bagilah aku, semua aku bawa lari,
kucing ngan monyet sekali,
apa aku peduli,
aku ader anak bini,
nak bagi makan setiap hari,
terpaksalah aku curi,
janji perut diorang terisi,
kalau nampak polisi,
aku pun cabut lari,
sampai sungai besi,
duk kat situ pura-pura main guli,
klau kena tangkap nanti masuk tv,
ni dia pncuri twenty-first-century,
tapi edisi siasat tak cukup berani,
nak bongkar rahsia aku si pencuri,
kerana aku ada kuasa ghaib dan misteri,
habis sudah aku merapu merapi,
hihihihi.....
Eh korang ni bukan puisi,
cuma cerita si pencuri,
tiada kaitan ngan yang hidup ataupun mati.
Sekian terima kasih.
p/s:jiwang.com
0 comments:
Post a Comment